Status Kontak Kasual Di Apps MySejahtera?

Mei 04, 2021

 Actually, since hari Jumaat lagi Syu dah dapat status ni dari Mysejahtera πŸ˜Œ. Tapi baru hari ni Syu bukak & baca betul-betul. Korang tolong alert yer...Jangan jadi macam Syu!! Pada awalnya agak terkejut jugak bila tengok balik status ni. Tiba-tiba kepala otak ni dok flashback balik. Semalam pergi mana? Kemarin pergi mana? Nampak tak? Dah kena macam ni baru ada akai!!πŸ˜‚

Macam status Syu ni, pada asalnya dia tulis kontak kasual jer. Tapi memandangkan semalam Syu ada kena cirit-birit , so masa buat assessment tadi Syu marked yang Syu ada gejala ni. As a result, ini lah current status Syu sekarang. Kontak kasual bergejala!! Stress pulak rasa πŸ˜…!! Harap-harap tak ada apa-apa la yer kawan-kawan.

Kontak kasual ni macam mana yer sebenarnya?? Okay, dia macam ni. Bila mana korang dapat status macam ni, itu menunjukkan yang korang dah jejak dekat tempat yang ada orang terkena jangkitan Covid-19. Waima korang tak bersentuhan sekalipun dengan diorang, tetapi posibiliti terkena jangkitan tu mungkin ada sebab korang dah berada di dalam circle orang yang positif Covid-19. Mula-mula korang akan dapat satu announcement dari MySejahtera then status ni akan muncul dalam sistem berdasarkan sejarah check-in korang pada masa tu.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM]

For those yang kena macam Syu, jangan risau okay. Sebab status ni akan muncul 14 hari jer dalam apps korang tapi dengan syarat korang kena buat penilaian kendiri di bahagian "Things To Do" dalam apps MySejahtera. Kalau tak status korang akan bertukar menjadi status berisiko tinggiπŸ˜†. Don't play-play okay!!


Ingat!! Masa buat assessment, Jawab dengan Jujur Okay!! 

Comments

  1. Moga moga selamat semuanya. Kalau kak syu tak sihat, terus pergi swab test okey :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, harap-harap takda apa la kan...
      Takut la nak buat swab test. Tak suka tau ada benda-benda asing masuk hidung ni,hu3πŸ˜…

      Padam
    2. Things to do tu kene buat stiap hri ke syu? pstu keesokan tu status terus bertukar jdi wrna kuning ke mcamana? risau ni tersilap tekan😭Tk blh masuk premis

      Padam
  2. Ha...ah,kena buat setiap hari. Kalau tak, status di MySejahtera akan tetap berwarna kuning. Silap tekan macam mana yer? πŸ˜…

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!