So, inilah hakikatnya yang Syu kena hadap hari-hari yer kawan-kawan 😂. |
Actually, laptop yang Syu pakai ni dah lama dah Syu beli. Since dari 2011 lagi. Sebelum ni Syu ada pakai satu laptop brand Acer. Tapi banyak sangat masalah. Salah satunya, cepat sangat panas. Even dah pakai cooling fan pun masih tak dapat nak sejukkan laptop Acer Syu tu. Korang bayangkanlah, laptop Acer Syu tu sampai terkepak dua gara-gara terlampau panas 😆. Lepas jer laptop tu arwah, Syu beli laptop Asus (K42JC) ni sebagai pengganti. Itupun atas nasihat kawan Syu. Dia kata brand Asus ni okey & tahan panas. Kalau bukak lama macam mana pun tak akan jahanam compare dengan laptop brand Acer. Tapi sekarang ni Syu tak tahu lah laptop brand Acer masih macam dulu lagi atau pun tak 😁. Sebab bila dah bekerja ni, memang tak ambik port sangat dah pasal update terkini laptop & komputer.
Jenuh nak tatap hari-hari. Tapi hadap jelah 😂. |
Tengoklah, betapa sadisnya screen laptop Syu ni😂 . Punya lama betul dia berkhidmat sampai dah pecah-pecah dah screen. Body alhamdulillah tak ada cacat cela. Cuma ada calar-calar sikit tu biasalah. Calar-calar manja. Laptop ni kalau setakat nak taip surat, apply kerja, berblog & main game ringan-ringan tu boleh lah sikit-sikit. Kalau lebih dari tu mungkin tak mampu agaknya sebab banyak jugak software yang dah tak support dalam laptop Syu ni. Tengoklah, sekarang dah era 2020 dah. Laptop Syu masih lagi dok pakai Windows 7. Tak tahulah boleh upgrade ke Windows 10 ataupun tak . Yang pastinya, banyak software laptop Syu dah tak berapa nak berfungsi dengan betul.
Kalau korang nak tahu, sampai ke hari ni Syu tak pernah format walau sekalipun laptop ni. Kiranya, sepanjang 10 tahun Syu pakai, laptop ni tak pernah buat perangai. Cuma sejak akhir-akhir ni screen LCD Syu semakin hari semakin nazak untuk ditatapi & semakin jugak mintak untuk diratapi 😂. Nampak gayanya terpaksalah keluar duit sikit untuk tukar screen laptop Syu. Nak beli laptop baru makan modal jugak. Tambah-tambah sejak PDPR & class online mula sejak pandemik melanda. Segala barang-barang komputer semua naik harga. Disebabkan ada demand. Macam printer contohnya. Dulu dalam RM300 ke bawah masih gagah lagi nak beli printer. Sekarang ni harga printer memang harga Yahudi sungguh. Kebanyakkannya semua RM300 ke atas. Actually, Syu ada lah jugak pasang angan-angan nak beli printer. Tapi bila dah tengok harga macam tu rupa. Ada baiknya Syu hold dulu niat Syu tu.
[ Note: Tahniah buat Dato' Jijul kita sebab berjaya meraih pingat perak dalam acara Kirin lelaki di Olimpik Tokyo 2020. Walaupun, tak menang pingat emas, tapi beliau dah buat yang terbaik untuk sampai ke peringkat akhir. Syabas Dato' Jijul!! Tak menang pun kita tetap sokong 😉💕.]
Dah lebih 10 tahun, kira oklah tu.. Panjang juga nyawa dia.
BalasPadamItulah.Panjang jugak nyawa dia😅.
PadamTahan bena laptop kitak ya eh. 10 tahun gik ya.
BalasPadamYala tek.Sik sangka juak bah nya boleh tahan sampey nektok 😅.Tukang rekemen laptop tok pon dah berbeli laptop baru.Nya madah laptopnya sikpat dipakey gik.Padahal nya beli sekali ngan kamek time sama belaja dolok😆.
PadamNaniey baru tukar awal tahun hari tu sebab laptop dah hang buat hal.. dari 2007 akhirnya 2021 tukar juga. Boleh buka lagi cuma mungkin kena format dan tukar part yang perlu kot.
BalasPadamMungkin nak kena tambah RAM, baru okey agaknya 😁.
Padamperghhh lama tu 10 tahun. AO baru tahun ni beli laptop baru sebab laptop problem sejak tahun lepas. ni pun ingat nak tambah monitor. baru puas sikit nak ngadap kerja.
BalasPadam#bertabahlah kak syu ye. moga ada rezeki buat kak syu ^_^
Ada monitor senang sikit kan. Puas nengok 😁.
PadamItulah, tengah bertabahlah ni. Takpun ada rezeki nanti akak nak beli satu komputer terus senang. Laptop ni guna untuk buat kerja yang lite2 jer.
Rabia masih pakai laptop lama lagi
BalasPadamTahan je dari zaman belajar di kolej lagi laptop tu. Cuma format balik je lah. Sebab cepat hang .
Selalu kalau hang tambah RAM jer Rabiah. Kalau format banyak2 kali pun tak guna jugak.Sebelum laptop lama akak rosak, selalu jugak jadi kes laptop hang ni. Tapi lepas tambah RAM terus laju 😊💕.
Padamdah tambah RAM dah kak
PadamOwh...dah tambah. Takpun kan cuba Rabiah transfer mana2 folder & gambar yang ada dalam latop tu ke dalam hardisk, lepas tu run cleanup untuk buang mana2 benda yang tak penting dalam laptop Rabiah tu.Kalau tak mahu jugak, memang dia mintak pengganti baru lettew 😆.
PadamDah boleh berkira2 cari pengganti
BalasPadamYer wak. Tapi duit pulak tak mandang 😅.
Padamsaya tak tukar lg since 2012, tp ni mcm dh mintak nak tukar dah gayanyaa! haha
BalasPadamDah sampai masa apa boleh buat.Ada duit, sila2 kan.Hi3😁.Nak beli laptop saja dah dekat RM2k lebih 😅.
Padamlama tu 10 tahun.. busyra lepas 7 tahun je laptop buat hal dah.. masalah screen jgk.. tp yela kan bila dh lama, mcm2 jdinya.. tahun lepas busyra beli baru brand asus.. so far okay.. alhamdulillah.. semoga urusan akak dipermudahkan.. <3
BalasPadamItulah, bila dah lama pakai macam2 lah penyakit dia keluar 😂.Bila selalu pakai, lama2 mintak nyawalah bila dah sampai masa.
PadamAkak pon tengah dok liki2 cari brand Asus jugak.Bukan apa, brand Asus ni okay sikit. Pakailah lama macam mana pun, susah nak overheat.Kalau brand Acer usah dikenang 😅.Silap2 atas laptop tu boleh goreng telur & sosej sekali😆. Overheat dia memang tak boleh bawak bincang.
Amin3. Busyra pun sama. Semoga dipermudahkan segala urusan jugak😘💕.
Since 2011 n wah lama jugak laptop ni bertahan je . Mesti dah banyak jasa & kenangan
BalasPadamAlhamdulillah, sampai ke hari ni dia masih bertahan 😂.Betul, memang banyak kenangan dengan laptop ni 😊💕.
PadamDah sampai masanya utk yang baru. Biarkan yang lama ni berehat pulak.
BalasPadamNak cari yang baru duit pulak tak mandang 😅. Tunggulah ada rezeki nanti. Baru cari pengganti.
Padamwahhhhh dah 10 tahun pakai. Boleh je tukar screen tu tapi 400 tak silap hahaha
BalasPadamHa...ah,10 tahun dah pakai 😁.Memang cadang nak tukar. Kalau pandai cari,insyaallah boleh dapat bawah RM200.
PadamPehhhh 10 tahun ya! Lama jugak tuuu dia berkhidmat. Tak pernah format, tak pernah ada masalah, memang cermatlah kak syu jaga laptop tuuuu hehehehe
BalasPadamAlhamdulillah Tiqah, tak sangka jugak dia boleh bertahan sampai sekarang😁.
PadamCermatlah sangat akak ko ni🤣. Punca screen pecah tu pun sebab tak cermatlah. Mase travel dari Aussie bantai pergi letak dalam kargo . Pergi Aussie okay. Balek Malaysia barai beg.Agaknya di campak-campaknya beg, tu yang barai tu😂. Sampai jahanam screen laptop.
lama tu 10 tahun, mmg puas pakai sampai lunyai kiranya, semoga dipermudahkan urusan, Cik Timm pun tahun lepas ada perbaik keyboard, melayang jgk dalm 200 lebih, huwa!! screen pun prob jugak tapi difikirkan budget, hold dlu..
BalasPadamBetul,memang puas!! Sekurang-kurangnya kita tahu yang kita tak salah pilih brand laptop untuk dipakai 😁.
PadamBaikkan keyboard RM200, LCD screen pulak nak dekat RM400(hantar kedai). Rasenya kalau tambah duit sikit dah boleh beli laptop baru 😂.
Bertahan lama tu berkhidmat dengan baik. Mungkin dah sampai masanya tu kot Syu. Try survey dulu harga LCD tu. kot murah lagi daripada beli baru. Itulah kan, sejak PdPR ni barang komputer semua harga Yahudi.
BalasPadamMemang lama. Tak sangka dia boleh tahan sampai hari ni. Memang begitulah cadangnya. Kalau nak beli baru makan modal jugak kak 😅.
PadamSangat2 Yahudi harga barang komputer sekarang. Akak bayangkanlah, printer yang harga RM200 boleh naik harga sampai dekat RM500?? Memang cekik darah sungguh.