Merah Merona, Bibir Merana

Ogos 12, 2021

rambutan merah

Masa lockdown macam ni, memang meriah betul musim buah-buahan yer. Hari tu durian, ni menyusul pulak musim buah rambutan. Tengok dekat depan rumah, sakan betul rambutan mak cik sebelah ni berbuah. Kena pulak panas sejak beberapa minggu ni. Memang elok merah merona warna dia. Alhamdulillah diberi rezeki untuk merasa. Ada lah masuk kali kedua mak cik sebelah bagi sedekah. Terima kasih mak cik 😁. Manis & elok lekang isinya  dari biji. Sedap yakmat!! Habis seplastik yang mak cik baru bagi hari tu. Tapi malangnya, bibir Syu dah start menunjukkan tanda-tanda yang Syu tak suka 😅. 


Alergik getah rambutan


Actually, bibir Syu ni tak tahan kena getah kulit rambutan. Tapi Syu abaikan jer selama ni, sebab Syu ingat Syu alergi dekat certain rambutan jer. Dah suka rambutan punya pasal. Syu bedal jelah macam biasa. Kemarin, dah start gatal-gatal kat bibir. Hari ni tumbuh pulak macam ruam-ruam halus. Dah lah gatal namate. Bibir bahagian mulut atas Syu pulak dah start jadi kasar (contoh macam kat gambar). Kebiasaannya kalau Syu kena alergi rambutan macam ni Syu akan letak Bonjela. Tapi, Bonjela kat rumah ni pulak dah habis. Matilanak 😂! Bertabahlah wahai bibir.


Alergik getah rambutan
😁 Pinjam kejap bibir brother sorang ni. (Sumber : Google)


Comments

  1. Merah mak ngah ni mesti manih melecaih kan.. nyum2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Manis namate. Tu yang ralik makan sampai seplastik tu 😂. Tambah pulak dapat isi jenis lekang. Memang lagi layanlah jawabnyer.

      Padam
  2. lepas ni syu kena cari pulasan senang pulas ja xyah guna gigit hahahaa ^_^
    GWS syu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu tak gigit pun masa nak kupas tu kak. Mungkin masa nak makan tu ada sisa getah dia sikit kot. Tapi, alergik2 pun Syu tetap bedal jugak. Ki3😁.

      Padam
  3. Moktan kalau lekang2 syok ja makan. dan jangan berair sangat hahah tu bestt. nak lagi best kupas masuk peti makan sejuk2. nikmat kak syu oiii hahah

    alamak alergik getah moktan ka. Lepasni kupas guna pisau! jangan gigit dah okiii
    Cepat sembuh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang syok!! Kalau tak, takdelah habis sampai seplastik akak makan 😅.Tak dan nak masuk peti dah Ain.Habis licin dah masuk dalam perut 😆.Ralik makan. Sebab isi dia lekang & tak benyek.

      Ha...ah. Alergik. Tapi bedal semacam jer 😁.

      Padam
  4. alahai sian plak elergik.. gatal2 mmg merimaskan.. lg2 kat bibir.. huhu..

    rambutan febret sy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah!! Feberet jugak 😁. Tapi bibir pulak tak tahan kena getah rambutan 😅.

      Padam
  5. Merah menyala rambutan tu. Mesti manis..
    Alergik teruk juga tu walaupun tak gigit tapi sisa getah kat isi yang tak nampak boleh buatkan bibir gatal gatal.

    BalasPadam
  6. Kejut saya, ingatkan gambar kak syu dah tadi, nasib baik baca caption hahaha.
    Saya naik gitu gak kalau makan kerang sebab alergik dengan kerang. Gatal dia tak boleh bawak bincang :')

    BalasPadam
  7. Semoga kak syu cepat sembuh dari alegik getah rambutan

    BalasPadam
  8. aduhhh kesiannya. benda yang disukai tapi bawa sakit pulak. ibarat cinta terhalang gayanya kekeke get well soon kak syu

    BalasPadam
  9. Aduhaii.seksa juga tu Syu. kena kupas guna pisaulah macam ni.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!