Covid-19 : Kes Baharu Meningkat. Apa Cerita?

Ogos 13, 2021

Disapointed


Tengoklah. Sakan betul naiknya. Apa cerita ni?😌. Sungguhlah, Syu memang tepuk dahi tengok kes harian Covid-19 ni semalam. Dari manalah datangnyer sampai naik mendadak macam ni yer.  Ada pertambahan kes dari kelonggaran SOP ke? Atau berpunca dari warga asing yang dok berbaris panjang- panjang masa dekat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Prihatin Hotel Grand Season hari tu? Takpun masih lagi disebabkan kluster kilang yang muncul tak henti-henti? Waallahualam.  Cuma Syu rasa agak terkilan. Seolah-olah usaha Syu duduk terperuk dalam rumah macam tak mendatangkan apa-apa hasil untuk turunkan kes harian Covid-19 ni.

Kes harian Covid-19

 

Pada Syu, kalau rasa tak ada keperluan untuk keluar, better duduklah rumah diam-diam. Letih dah nak bagi nasihat. Kata bingai karang, marah mengalahkan akak Super Ring 😅. Jangan dibuat main dengan varian Delta yang baru ni kome. Jadikan apa yang jadi pada keluarga yang terkena Covid-19 kat luar sana sebagai pengajaran. 


Think wisely. Act brilliantly. Even kerajaan bagi kebenaran dine-in, rentas negeri & daerah segala. Duduk jer rumah. Malas masak, order. Food Panda & Grab hado!! Malas makan, puasa. Selama hari ni reti jer tak payah nak di ajo 😂. Lepas dapat kelonggaran, auto "bodoh piang". Kalau dah menggeletis sangat nak cuti-cuti Malaysia, carilah lokasi yang tak ramai manusia. Tapi pada pandangan Syu, renti-rentikan lah niat tu dulu. Apa-apa pun terus budayakan norma baharu. Harap-harap kes tak naik lagi hari ni.

Comments

  1. Macam sedih kan? Kita duduk rumah tapi kes makin naik . kecewa sangat2 sebab tak tahu nak react mcm mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.Dah naik tepu dah kepala otak ni duduk dalam rumah lama2. Kes tetap naik jugak. Tak tahulah dari mana datangnyer 😑.

      Padam
  2. cerita genre yang seram dan menyakitkan hati nama dia haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni baru trailer jer ni.Ha2.Kita tengok hari ni ape cerita pulak.Silap-silap boleh tukar jadi genre lain 😅.

      Padam
  3. Duduk rumah
    Kes makin naik lagi
    Semoga dilenyapkan terus covid 19 ini Ya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin3. Akak pun harap benda yang sama.

      Padam
  4. Muga Allah SWT selamatkan kita semua dari penyakit ini

    BalasPadam
  5. Semua mengharapkan kes semakin menurun tapi sebaliknya yang terjadi. Termenung juga PC tengok kadar kenaikkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah PC. Tak tahu nak cakap macam mana dah 😔.

      Padam
  6. Tak tahu bila akan selesai kan kak syu, makin meningkat adalah. Nak nak sekarang ada macam macam jenis varian dah, termenung panjanggggg kita memikirkan kehidupan yang akan datang macam mana la agaknya :')

    BalasPadam
  7. Makin hari ma,in naik mcm xde hint nk trn..dh xtau dh nk ckp mcm mana

    BalasPadam
  8. Varian Delta ni lain macam sikit.. kat kampung emak saya ada berapa bijik rumah saja, 2 bijik rumah saja yang tak kena positif.. Kematian pun dah banyak.1 orang staff saya kehilangan suami, seorang lagi kawan saya kehilangan mak. Dua² akibat covid-19

    BalasPadam
  9. Kilang sy baru start swab minggu ni . maybe kot tambah.. lorh

    BalasPadam
  10. Perlis pun peningkatan angka yg mendadak disebabkan kluster baru yang datang semuanya dari kilang . Sebelum ni hanya kluster tempatan & tahanan

    BalasPadam
  11. Kes makin teruk. Harap semua pihak ambil berat.

    BalasPadam
  12. kes meningkat sebab semua terpaksa pergi kerja. banyak kluster kilang dengan tempat kerja. siapa berani report kalau semua pun takde duit nak survive? kerja kilang berapa la sangat kwsp yang ada

    BalasPadam
  13. Pening tengok kes tak surut surut ni. Cepatlah turun sampai 0.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!