Reading List : Dah Selesai Menggila!! 😅

Ogos 04, 2021

Happy

Reading list

Alhamdulillah. Hilang dah kegusaran hati & fikiran Syu pasal reading list ni. Lega rasa bila dapat tahu yang masalah tu datang dari pihak blogger 😅. Risau jugak benda macam ni jadi, especially bila melibatkan blog Syu. Dahlah kita ni blogger sendu yang baru nak kembali berjinak-jinak dalam dunia blog. Bila kena situasi macam ni mulalah gelabah nak melatah 😆. Sejenis Syu, macam ni lah perangai dia. 

Selepas ni bolehlah Syu membaca post terkini rakan-rakan blogger Syu dengan aman & damai. Terima kasih sangat-sangat pada rakan-rakan blogger Syu yang bagi feedback/respond kepada permasalahan Syu tempoh hari. Komen korang memang sedikit sebanyak membantu Syu untuk terus meredhai & merestui tindak tanduk blogger sejak dua menjak ni 😄 (skema nau ayat) . 




Penting sangat ke reading list? 


😊Penting (angguk)!! Mungkin ada sesetengah blogger anggap bahagian reading list ni tak ada apa sangat. Tapi bagi Syu section ni paling penting untuk Syu. Ni antara sebab-sebabnya kenapa Syu rasa runsing bila  "All blogs" pada dashboard reading list blogger tak muncul-muncul :

1) Tak dapat tengok update terkini rakan-rakan blogger

Selama hari ni, Syu hanya akan tengok post blogger-blogger yang aktif jer. Bila ada something wrong dekat reading list ni, segala post terbaru yang korang dah published,memang Syu tak dapat tengok. Even nak baca pun Syu tak boleh. Kiranya Syu tak tahu apa update terkini blog korang. 


2) Susah nak buat blogwalking

Kalau nak tahu dari sinilah Syu boleh baca & blogwalking korang punya blog hari-hari. Bila "All blogs" dalam reading list Syu tak berfungsi, memang Syu mati akal sebab masalah teknikal macam ni sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja Syu nak membawang dekat blog korang 😅. Tu pasal Syu memang perlukan sangat-sangat reading list Syu ni berfungsi dengan baik. Supaya Syu dapat tinggalkan jejak Syu dekat blog korang & sekaligus boleh naikkan korang punya pageviews. Memang tak dinafikan yang Syu boleh buat blogwalking guna cara lain (senarai bloglist, komen blogger-blogger, senarai followers & followed blogs) 


3) Ramai blogger dah tak aktif

Sekarang ni ramai blogger-blogger hebat yang Syu follow dekat luar sana dah tak aktif berblog. Ada yang sampai bertahun-tahun tak published apa-apa post. Bila "All blogs" Syu berfungsi dengan elok, Syu hanya akan dapat post dari blogger-blogger yang aktif jer. So, sekaligus bloger-bloger yang tak aktif akan diasingkan dari dashboard reading list. Kat sini sedikit sebanyak dah memudahkan kerja Syu untuk baca blog post dari tak tentu hala bercari dalam dashboard reading list. 


4) Jimatkan masa

Kadang-kadang, kita ni bukanlah nak hadap blogger ni sehari suntuk. Sebab masing-masing ada komitmen & tuntutan kerja selain berblogger. Mungkin dalam sehari tu dapat jenguk blog dalam sejam dua jer 😂. Selebihnya masak, mengemas rumah, basuh berak anak (statement mengalahkan mak budak 😆) , macam-macam kerja lah!! Jadi untuk menjimatkan masa bercari sana sini, zon reading list ni yang mainkan peranan penting untuk Syu tengok post korang. Dari situ baru Syu akan merayap-rayap singgah blogwalking blog-blog yang lain.


5)  Kurangkan penggunaan data internet

Syu punya internet ni idaklah advance macam korang punya 😅. Streamyx, Unifi & unlimited data segala tu memang Syu tak pakai. Jadi, blogger picisan ni memang gitu. Data & line biashe-biashe jer buat permulaan dalam berblog. Esok lusa bila dah disukai ramai, baru boleh upgrade sikit. Jadi, penjimatan data tu penting untuk Syu sekarang. Supaya Syu boleh kekal menulis & follow perkembangan rakan-rakan blogger Syu.

Itulah antara sebab-sebabnya kenapa Syu perlukan sangat reading list Syu ni. Rasanya cukuplah tu bebelan Syu pasal reading list ni. Dua minggu berturut-turut ni asyik fikir pasal reading list jer. Sembang dengan blogger Atiqah pun pasal isu ni jugak 😆. Jem dah otak. Kita tutup kes okey!! Jom sambung tengok Olimpik Tokyo 2020. Meremang sungguh tengok performance "The Pocket Rocketmen" & Firdaus Sharom tadi. Harap ada lah harapan untuk kontigen Malaysia dalam Olimpik Tokyo ni 😊💕. 

Comments

  1. Balasan
    1. Ada Cik Nor.1 day ago punya post.Cik Nor letak gambar Tiger.Hi3😁

      Padam
  2. HEHHE.. Bukan akak sorang ja , ramai ada masalah yang sama. Maybe Blogger akan fix error kot. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nasib bukan akak sorang jer kena 😁. Akak ada tengok jugak komen blogger-blogger lain kat post akak hari tu.So, akak pun redha & bertabah jer dengan blogger sepanjang nak dekat 2 minggu ni😆.

      Padam
  3. CCL pun hadap problem yg sama reading list dashboard blogger tiba2 hilang 3 4. Hari .. And then hari ni baru kembali seperti biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin blogger ada update something agaknya.Tu yang something wrong happened tu.Akak rasa macam dekat dua minggu jugaklah akak kena😅.Mati akal akak dibuatnya nak buat BW.

      Padam
    2. Dua minggu ?? Lagi lama . Alhamdulillah semuanya dah seperti sediakala . Dh senang nk blogwalking lepas ni

      Padam
  4. Harap-harap blog saya tak hilang dari list tu.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah tak.Kalau hilang, Fairus salahkan blogger!!😂

      Padam
  5. Betul syu.. lega sgt dh pulih spt sediakala.. kakmim pn suka check dr dashboard tu jgk utk tgk blog yg updated

    BalasPadam
  6. Now senang dah nak blogwalking bila reading list dah ok semula. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Naniey.Boleh lah BW dengan aman damai lepas ni😁💕.

      Padam
  7. Alhamdulillah dah settled. Agaknya untuk laptop/computer user je kot masalah. Aien ada ja pakai phone ni reading listnya, tapi tuan tanah malas nak menyinggah. Haha


    ps: Kita ada tak dlm akak punya reading list tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah. Lega dah elok macam sediakala. Tak tahu lah Aien.Tapi akak bukak guna phone pun tak mau jugak😅.

      Alhamdulillah ada!!Tunggu jer akak datang ziarah😁.Nanti ada lah akak membawang kat ruangan komen Aien.

      Padam
  8. Kannnnnn lega kan bila dah okay. haha semalam bukak terus Alhamdulillah okay bw onzzzzz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!!Memang lega sangat.Nak pergi membawang pun tak boleh.Lepas ni BW & membawang ON!!😆💕

      Padam
  9. Salam, alhamdulillah reading list dah ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.Ye betul tu.Alhamdulillah.Boleh lah BW macam biasa😊💕

      Padam
  10. betul, reading list ni sgt penting utk blogwalking, at least dapat baca post terbaru dari blogger lain, bloglist timm pun dah lama tak berupdate, kebnyakannya semua blogger yg dah tak aktif!

    BalasPadam
  11. sy rs blogger tgh upgrade system tu yg ada masalah. skrg dah ok. sng ati sket��

    BalasPadam
  12. As pagi2 memang kena spend masa dulu tengok reading list.. Lepas tu baru ada semangat nak buat kerja lain..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah selesai juga masalah. Saya pun blogwalking guna reading list senang sikit heheheh

    BalasPadam
  14. AGAk-agak saya ada dlm list Syu tak? hehehe.. Happy blogging SyuDeris!

    BalasPadam
  15. Yeah!! Dah okay..
    Memang mudah pun bila ada reading list nie..

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah setel jugakk ya kak syu hahahaha.
    Saya pun selalu rujuk reading list jugakkkk walaupun ada bloglist. Lagi senang rujuk situuuuuu :D

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!