Selesai Dos Pertama Di PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar, Perak

Ogos 08, 2021

Vaksin

Agak lama jugak Syu menyepi yer. Ada yang rindu Syu tak 😁? Syu tengok sepanjang Syu tak update post, pageviews Syu mencanak-canak naik. Tak pernah-pernah sampai cecah 1K lebih. Tambah-tambah post pasal reading list. Mesti ramai yang hadap benda yang sama dalam blogger sejak dua menjak ni kan.


Apa boleh buat. Adat menumpang platform berblog. Nak tak nak terpaksalah redha 😅. Okey, tutup cerita pasal reading list. Kalau ikutkan, kemarin Syu nak create post pasal Syu pergi vaksin ni. Tapi entahlah. Tak tahulah kenapa malas sangat nak bukak blog sejak dua menjak ni. Rasanya, hari tu kena suntik vaksin jer. Tak ada pulak disuntik kemalasan sekali 😂.



Apa-apa pun alhamdulillah, sekarang ni kita dah masuk ke fasa ketiga pemberian vaksin, yang mana fasa ni meliputi semua individu berkelayakkan yang berumur 18 tahun & keatas. Apa yang menggembirakan, Syu antara yang termasuk dalam fasa ni. Kalau nak diikutkan, ada 3 fasa perlaksanaan vaksinasi di negara kita ni. Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan (Frontliner).



Fasa kedua pula tertumpu kepada warga emas (berumur 60 tahun & keatas) serta individu yang menghidap penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, jantung, dll.). Berdasarkan data dari "Our World in Data", setakat ni 25.8% (8.26M) rakyat Malaysia dah berjaya divaksin dengan dos yang lengkap & 23.6M lagi dikatakan baru sahaja selesai mendapatkan dos pertama di setiap Pusat Pemberian Vaksian (PPV) yang berdaftar di seluruh Malaysia. 



Dalam entri kali ni Syu tak ada lah nak bercerita pasal pengalaman ambik vaksin, tips & kesan sampingan segala. Sebabnya ramai rakan-rakan blogger Syu dah cover pasal topik tu. Kalau cerita lagi, naik muak pulak baca ye dak?😂 Kat sini Syu just nak cerita santai-santai jer apa yang jadi masa Syu dekat PPV hari tu.



Pernah Melalak Dekat PPV ni


Actually, masa tahun 2014 dedulu Syu pernah melalak (karaoke) dekat Dewan Serbaguna Seri Iskandar ni. Masa tu sepupu Syu kahwin & dia pilih dewan ni untuk buat majlis resepsi dia. So, masa pergi ambik vaksin kat sana tempoh hari, tiba-tiba Syu ter-"throw back" apa yang jadi masa time kenduri sepupu Syu tu. Rasa macam back to the past pun ada 😅.


Masa dekat PPV tu, Syu sempat jugaklah ambik gambar. Yang bestnya, angle gambar yang Syu ambik tu memang cun-cun dekat tempat Syu melalak 😁. Memandangkan hari ni ada kerajinan sikit, so Syu cubalah korek-korek gambar lama Syu dalam laptop. Akhirnya, jumpa jugak gambar masa Syu melalak dedulu. 


Vaksin
Ni antara gambar yang Syu sempat "snap" masa Syu berada di PPV hari tu. Jurugambar tak hado. So, "snap" mana yang termampu jer 😁.


Bila dah ada distraction macam ni, maka hilanglah segala takut nak kena cucuk tu. Sebenarnya malam sebelum Syu nak pergi PPV tu Syu tak boleh tidur lena sebab terbayang-bayangkan jarum yang nak dicucuk kat lengan Syu ni. Punya penakut yakmat! Tak sedar diri. Lengan tu lagi besar dari jarum 😆. Rupa-rupanya, idaklah sakit mana pun kena cucuk vaksin. Mungkin sebab nurse tu buat kerja tertib & baca bismillah agaknya. Dengan izin Allah sakit kena cucuk pun tak terasa sangat. Cuma lepas beberapa jam kena cucuk tu jer macam ada rasa kebas sikit dekat lengan. Selebihnya tak ada kesan sampingan apa pun.



Sebenarnya, yang Syu jadi takut dengan jarum tu bukan apa, sebab sebelum ni Syu pernah kena cucuk jugak. Dia punya sakit masa nak masuk jarum tu punyalah sakit yakmat! Bila kena cucuk jarum dua kali tu yang jadi menyirap dibuatnya tu. Setakat ni, dua kali jer Syu kena cucuk tak rasa sakit. Sekali, masa dekat Hospital Manjung (ambik sampel darah untuk follow-up kes demam Denggi) & kali kedua masa cucuk vaksin kat PPV Dewan Seri Iskandar ni.


Apa-apa pun syukur alhamdulillah. Selesai ambil dos pertama. 28 haribulan ni kena pergi semula ke PPV untuk vaksin kedua. Harap tak adalah kesan sampingan yang teruk macam yang diwar-warkan di sosmed 😁. By the way, dekat sini Syu selitkan sikit infografik tentang persiapan yang korang perlu buat sebelum pergi ke PPV, supaya perjalanan pengambilan vaksin korang dapat berjalan lebih lancar & teratur tanpa sebarang masalah 😉 - SELAMAT BERVAKSIN!


Comments

  1. Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini. Saya sudah selesai dos kedua, jangan suruh ambil hingga dos ketiga sudahlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin2. Harap2 macam itulah Fairus. Syu ada jugak tanya dekat nurse yang cucuk Syu hari tu. Dia kata kalau ada cucuk yang ketiga, mesti diorang yang frontliners yang akan kena dulu. Tak lalu nak cucuk banyak2 kali. Harap dua dos jelah cucuknya 😁.

      Padam
  2. Syukur. Bila dah lepas dos pertama dah lega sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lega sangat. Tak payah dah hari2 nak tertanya2 bila nak dapat notifikasi dari MySejahtera pasal vaksin. Tinggal dos kedua jer lagi lepas ni. Harap2 takde apa2 kesan sampingan lepas lengkap dapat dua dos vaksin nanti.

      Padam
  3. Bestnya Syu dah settle 1st dose.. Tunggu 2nd dose je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, alhamdulillah. Dipercepatkan urusan. Tapi dalam best2 tu, dupdap2 jugak jantung nak pergi cucuk Naniey 😂.

      Padam
  4. Syukur alhamdulillah . Tahniah dah dapat cucuk vaksin . CCL masih lagi waiting list

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Insyaallah, akan sampai masa CCL nanti. Sabar yer 😉💕.

      Padam
  5. rindunyaa seri iskandar.. hehe.. tmpat study dulu uitm..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak cucuk vaksin ya kak syu. Hahahahaha biasalah tu mood, kadang rajin kadang malas :D

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!