Varian Lambda (C.37)- Pertama kali di kesan di Peru pada Disember 2020- Menurut World Health Organisation (WHO), varian Lambda ni dikategorikan dalam variant of interest (VOI)- Merebak dengan pantas & kebal kepada vaksin Covid-19
Untuk makluman korang, beberapa hari yang lepas, Tan Sri Dr. Noor Hisham sendiri ada membuat pengesahan dilaman Facebooknya mengenai varian ni. Katanya, varian Lambda ni lebih mudah berjangkit & kebal pada individu yang dah divaksin. Tapi ada jugak sumber yang menyatakan bahawa vaksin Covid-19 dari China mampu menangkis varian ni. Wallahualam. Tak tahulah sahih ke tidak. Walaubagaimanapun, di Malaysia masih belum ada tanda-tanda varian ni wujud. Risau jugak, sebab kontigen negara kita baru jer balik dari sana. Harap-harap tak ada apa-apa lah yer.
Syu harap pada rakyat Malaysia yang dah lengkap divaksin, korang fikirlah panjang-panjang pasal kelonggaran yang abah dah bagi hari tu. Think & act wisely. Even, penyelidik dari Universiti Tokyo pun dah bagi amaran yang varian Lambda ni mungkin lebih kebal kepada vaksin & mudah berjangkit jika dibandingkan dengan varian sedia ada. Covid-19 ni tak memilih orang kome. Ikut suka deme jer nak jangkit siapa-siapa. Kalau rasa diri tu kebey beno. Silakan 😂. Kena jangkit, nangeslah kome kat tepi bucu katil nun sampai kesudah. Kalau boleh, ambik iktibar dari keluarga-keluarga yang dah pernah kehilangan orang yang tersayang sepanjang pandemik ni, supaya ada timbul sikit kesedaran pasal bahayanya Covid-19 sekiranya menjangkiti ahli keluarga kita. Lindung diri, lindung semua!!
BACA ARTIKEL
1) Varian Lambda lebih menular & kebal vaksin Covid-19 - Kompas.com
2) Mutasi luar biasa Lambda dibimbangi kebal vaksin - Kosmo.com
3) Jepun sorok kes varian Lambda - Sinar Harian
Takut denga eh. Di Sarawak kinek di serang variant delta. Huhu .. bila mok abis. 🥺
BalasPadamYa lah tek.Kamek pun takut juak bah bila dengar virus tok makin menjadik2. Dah lah boleh bermutasi, pasya kebal vaksin gik ya 😂.Kamek rasa nak, virus Covid tok nang sik kan habis.Selagi ramey orang sik vaksin,selagi toklah nya pandey bermutasi jadi lebih advance.That's why lah kamek rasa kelonggaran SOP tok sik patut diberik nektok, sebab ramey lagik yang sik divaksin.Mek harap rakyat Malaysia tok dapat berfikir & bertindak dengan bijak.
PadamAdoyai.. Dah imun vaksin pulak. Dah tu nak buat macam mana lagi .
BalasPadamItulah pasal. Tak tahu nak buat macam mana dah. Nak tak nak kena berjaga2 jelah.
PadamHarap2 tak masuk Malaysialah si Lambda ni
BalasPadamAmin wak. Harap macam tu lah.
PadamAllahuakbar...
BalasPadamDorang ni benda besar mcm tu dirahsiakan. faham saja mesti berbelah bagi olimpik nak dijalankan tetiba ada variat baru
Semoga tak masuk malaysia lah varian ni
Itulah.Harap tak masuk Malaysia varian Lambda ni.
PadamTahun lepas diorang dah tak dapat buat olimpik,. So bila dapat peluang untuk buat tahun ni, diorang pun cuba selagi dayalah tak nak kena pospone lagi 😂. Nak tak nak diamkan ajer sebab tak nak bagi orang risau.
Macam macam dah sekarang ni, tak mustahil akan datang akan ada lagi macam macam jenis varian kann kak syu, memang kena get ready dahh. Nak hidup sekarang pun takut :(
BalasPadamItulah pasal.Jangan kata hidup, nak mati pun takut jugak. Takut sangat kalau mati amal tak cukup 😂.Kalau boleh nak meninggal dalam keadaan yang baik2 macam arwah Siti Sarah tu.Akak cemburu betul dengan kematian dia.
Padammcm2 jenis dh keluar virus ni.. risau.. huhu..
BalasPadamwalaupon dh lengkap vaksin xde plak terfikir nk ke mana2 lg stakat ni..
doa yg baik2.. insyaAllah xde lambda masuk malaysia.. aamiin!
Amin3.Harap2 tak masuk Malaysia si budak Lambda ni.
PadamTakut la sekarang ni. Varian yang baru ni semua jenis 'pangkat tinggi' susah mati. Nak keluar pun takut. Paling secure duk dlm rumah sendiri je.
BalasPadamminta dijauhkan dari varian2 baru ni yg tentunya lagi ganas
BalasPadamAmin mama.Minta sangat dijauhkan.Cukuplah Delta berleluasa sekarang ni.Itupun dah banyak ragut nyawa especially pregnant woman.
Padamadoiii harap2 atlit2 yg balik dr jepun baru2 ni dijauhkan dari pembawa virus lambda ni...
BalasPadamItulah kak Ret.Harap2 takdelah siapa-siapa yang angkut bawak balik.
PadamAdoi... ini lah berita yang kita takut sangat!
BalasPadamSamalah uncle.Takut jugak dengar bila Jepun ada varian Lambda ni.Dah lah dirahsiakan pulak tu masa orang tengah seronok berolimpik 😂.
PadamYang ada pun tak terkawal dan berleluasa ini kan pula lambda..huhuhu
BalasPadamMakin hari makin banyak pulak virus yang hadir .. Delta .. Lambda ..
BalasPadamItu lah. Risiko buat event besar membabitkan seluruh dunia.
BalasPadammasa baca pasal varian lambda bulan lepas tak lah takut sangat tapi bila baca ada kes dari olimpik terus cuak sebab kontinjen malaysia pun ramai jugak dekat olimpik tu. Semoga saintis jumpa jalan untuk musnahkan virus ni
BalasPadamaaaa.. menyeramkannn.. takuttt lahhh. hmmmm.. moga dijauhi sejauhnya daripada virus ni... Amin
BalasPadamAda dengar haritu masa olimpik. Risau pulak atlet balik negara masing masing kan. Lagi ganas dari delta plus. Seram pulak kalau kebal vaksin.
BalasPadam