Petang-petang ni tiba-tiba rasa rajin pulak nak buat kuih. Memandangkan barang pun dah sedia-sedia ada dekat dapur. So, Syu pun buatlah apam mekar untuk minum petang hari ni. Saja-saja cuba. Dah lama sangat tak buat. Lagipun, nak buatnya tak susah mana pun.
BACA JUGA
➣ Breakfast Roti Bakar Karamel Paling Simple
➣ Resepi Biskut Makmur Crunchy
➣ Resepi Mango Milkshake Mudah & Sedap Tanpa Gula
Cuma kalau teknik tu ke laut, mungkin end result-nya akan mengecewakan sikitlah. Apam mekar ni lebih kurang sama saja macam apam soda. Cuma versi Syu ni guna susu & bukan air berkarbonat perisa aiskrim soda. Disebabkan Syu guna warna ala-ala unicorn, jadi Syu namakan jelah apam mekar unicorn 😆.
Cara buat apam mekar unicorn
Actually, nak buat apam mekar ni tak susah mana pun. Semua bahan-bahan yang Syu listkan kat bawah ni korang campur & gaul sebati sampai kembang. Syu pukul bahan-bahan ni semua tak lama mana pun (Anggaran dalam 5-7 minit) sebab Syu buat untuk satu adunan jer.
Bila buat tak banyak, masa memukul tu kurang sikit. Misal kata korang nak buat lebih dari satu adunan, korang cuma perlu lebihkan sikit masa memukul. Untuk pengetahuan korang, satu adunan ni boleh lah dapat dalam 18-20 ketul acuan apam yang warna merah tu.
Berbunga-bunga hati bila tengok apamnya pecah elok. Ni baru betul apam mekar namanya 😋. |
BAHAN-BAHAN
1 Cwn. (125 g) - Cawan Tepung gandum
3/4 Cwn. (125g) - Cawan gula pasir/ gula kastor
1/2 Cwn. (95g) - Susu segar
1 Sdk. (Edited : bersamaan 6g yer uncle gedek 😅) - Ovalette (Syu guna sudu KFC 😁)
1 Sdk. Esen vanilla
1 Biji (Gred B) - Telur ayam
Pewarna makanan (Kuning, merah & purple)
Minyak masak untuk sapu dekat acuan (Kalau pakai papercup, tak payah sapu minyak)
Adunan yang korang dah pukul kembang tu korang bahagikan kepada 4 bahagian & letak pewarna makanan pilihan korang. Macam Syu, Syu pilih warna kuning, merah & purple. Baru nampak macam ala-ala unicorn sikit. Untuk lapisan pertama Syu letak warna putih & warna-warna yang lain Syu letak dekat bahagian atas.
Kukus tak payah lama-lama. Dalam 10-15 minit dah cukup. Simple jer bahan-bahannya & cara nak buatnyer kan. So, pada yang nak cuba sila-silakan. Semoga resepi ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh drop dekat ruangan komen. Mana boleh jawab, Syu jawab 😁 . Selamat mencuba!!
Tips apam mekar setaman!
Gebu teroks ni 😁. |
1) Macam mana nak tahu adunan dah betul-betul kembang?
- Adunan bertukar jadi warna putih & creamy.
-Bila ditarik, adunannya tak meleleh & nampak bertanduk.
2) Kalau acuan tak banyak, boleh guna papercup. Tapi kena make sure papercup tu letak dalam acuan. Kalau tak nanti, shape apam tak cantik & adunan senang melimpah bila dituang.
3) Lepas kukus jangan terus buka penutup. Kalau tak nanti apam akan jadi bantat.
4) Masa nak mengukus, api kena kuat. Baru apam akan masak dengan cantik & sekata.
5) Kukus dalam 10-15 minit jer. Tak kisah lah pengukus ada berapa banyak tingkat sekalipun.
cantik kejadiannya..
BalasPadamAda time dia jugak Nohas. Bila tak jadi, terpaksa lah bagi tong sampah yang jamah😅.
PadamCantik mekar dia. Dah lama tak makan apam ni. Haritu dah beli acuannya sekali orang lain kemas dapur, hilang entah ke mana 😭
BalasPadamAlhamdulillah. Kali ni buat elok pulak pecahnyer.
PadamHalah3.Siapa lah yang kemas dapur tu 😂. Buat dalam loyang jelah senang. Janji dapat ngap!!😁
cantik.. mmg mekar betol! sedap plak tgknya. hehe
BalasPadamCubalah buat Ezy Fia. Step nak buat pun tak susah mana. Bahan-bahan pun senang nak dapat 😊💕.
PadamCantik dipandang
BalasPadamtentu sedap dimakan
Yang ni memang Syu tak nafikan wak.Hi3 😁.
Padamwah nampak cantik kejadian apam mekar unicorn , memang sesuai dengan nama unicorn ni
BalasPadamCubalah buat CCL. Mana tahu boleh buat untuk minum petang hari 😁.
PadamMekar betul apam tu.
BalasPadamCantik betul kejadian apam mekar Syu buat. Bertambah cantik bila buat versi unicorn colours.
BalasPadamAlhamdulillah kak. Kali ni buat apamnya dengan penuh tertib & beradab. Resepi pun tak derhaka 😂. Sebelum ni pernah jugak buat. Kejap jadi. Kejap tak jadi 😅. Kali ni alhamdulillah. Elok mekar setaman.
PadamCantiknya. Ammi ambik resepi ye.. Semua bahan ada kecuali pewarna
BalasPadamMekaseh. Silakan Ammi. Sangat-sangat dialukan 😊💕.
PadamBuat warna putih saja pun cantik jugak Ammi. Nanti masuk perut tak nampak dah semua color2 ni 😅.
Cantiknya...nak makan pun sayang kalau macam ni
BalasPadamBetul!! Nak ngap masuk mulut pun tak sampai hati😂.
PadamBalik kampung mesti ada kuih apam ni. saya tak pernah buat saya makan je sepupu buat haha
BalasPadamSedap kan. Akak masa kecik-kecik suka sangat makan kuih apam ni. Nak buat tak reti masa tu 😂.
PadamSelalunya, kalau orang tolong buatkan sedap lagi sebenarnya. Ha3 🤣.
Geramnya tengok apam mekar unicorn Syu ni. Cantik sungguh kejadiannya.
BalasPadam😋💕Cubalah buat Farrah. Bahan pun mudah jer nak dapat. Mana tahu, Farah buat lagi elok kejadiannya dari Syu 😉.
PadamSudu KFC? Ada sukatannya?
BalasPadamAda. Demi uncle gedek saya sanggup pergi ke dapur tolong sukatkan 😂.
Padam1 sd. KFC ovalette = 6g
Tak buat apam ni, siap uncle!! Ha3 😝.
Cantiknyaaa warna warni gituu
BalasPadamCantiknya...sayang pulak nak makan haha. Thanks Syu share resepi. Ada masa nanti boleh buat.
BalasPadamYou're welcome Miss Nick. Cubalah buat. Syu pun mula-mula rasa sayang jugak nak makan. Tapi dah nak nama pun buat untuk di ngap. Maka dah selamat dah jatuh ke perut tanpa ada rasa sekelumit sayang pun. Ha3.
Padamohh patut la.mamy buat apam ada yg bantat. Gelojoh buka tudung pemgukus rupanya
BalasPadamBetul tu. Kalau buat pau pun sama jugak mamy. Bila dah masak, angkat sekali tray dengan penutupnya. Dalam seminit dua macam tu baru bukak 😊💕.
Padamwah apam! suka..tapi x pernah buat..takot tak menjadi kihkih
BalasPadamAkak pun takut jugak masa nak buat hari tu. Tapi akak redha kan jer. Tak sangka pulak elok kejadiannya 😆.
PadamCantiknya! Cheq tak reti buat ni hihi 😂
BalasPadamMasuk perut hilang terus cantiknya 😂. Cubalah buat. Pektis mek perfek omputeh kata 😅. Heeee~
Padam