Ber-"camp"ung Di Tepi Pantai 😁

September 14, 2021

Alhamdulillah. Sekian lama menanti. Akhirnya, selesai sudah berpantang 14 hari dari vaksinasi 😄. Apa lagi, on vacay lah kita. Memandang status MySejahtera pun dah bertukar ke "Fully Vaccinated", maka hujung minggu lepas Syu & husband dah start buat outdoor aktiviti kegemaran kitorang berdua iaitu berkhemah atau Mat Salleh panggil "camping" 😁.


Sebelum kerajaan umumkan total lockdown, Syu & husband sempatlah jugak spend time ber-camping sama-sama dekat campsite di Gopeng. Bila dah berbulan-bulan terperap tak boleh keluar ke mana, semua barang-barang berkhemah Syu lepapkan dalam stor. Masa keluarkan balik, terpaksalah Syu bagi bersih & cuci sikit-sikit sebab dah berhabuk.


By the way, untuk pengetahuan korang. Weekend hari tu, kitorang decide untuk ber-camping 3 hari 2 malam dekat Teluk Batik Campsite & Teluk Senangin 😁. Selalunya, dua port camping ni memang pilihan Syu & husband untuk ber-camping bila pergi ke daerah Manjung.


Kali ni Syu & husband tak pergi berdua. Kitorang pergi beramai-ramai dengan family belah suami. Alhamdulillah diorang semua pun dah lengkap dua dos macam kitorang. Jadi, tak jadi masalah untuk kitorang semua rentas daerah.  Actually, diorang satu family dah lama "fully vaccinated" sebab diorang bertugas sebagai frontliners.


Teluk Batik Campsite
Alhamdulillah. Lengang tak ada orang 😅. Dalam campsite cuma ada 4 khemah jer termasuk kitorang. 


JUMAAT, 10/9/21 (Campsite Teluk Batik) - Hari Jumaat malam Sabtu tu kitorang ber-camping dekat Teluk Batik Campsite dulu & the next malamnya baru kitorang bermalam pulak dekat Teluk Senangin. Memang seronok tak terkata. Dua malam tu memang sejuk sangat angin pantai.


Memang terubat sungguh rindu nak outing dengan family. Masa malam pertama kitorang pacak khemah, tak ramai pun orang ber-camping dekat Teluk Batik Campsite ni. So, memang seronoklah sebab tak payah-payah sibuk pening kepala nak memilih tapak.


Tapi, esoknya baru ramai orang walk-in dekat campsite & datang bersidai dekat tepi pantai. Nak kata crowded sangat tu taklah. Masing-masing yang datang masih lagi follow SOP. Bagus orang-orang Perak ni. Tapi Syu boleh nampaklah, rata-rata yang datang tu memang muka-muka yang rindukan laut 😁.


Teluk Batik Campsite
Angin malam memang sejuk sangat kat Teluk Batik Campsite ni. Memang selesa lah bila tido 😊.


Untuk makluman korang, sewa tapak tak mahal mana pun. Satu malam cuma RM40 jer untuk satu tapak khemah.  Kalau nak tambah add-on plug point, korang cuma perlu tambah RM10 lagi. Tapi korang kena make sure yang korang  pilih tapak khemah yang dah sedia ada plug point.


Kalau korang pilih tapak yang jauh dari plug point, korang memang takkan dapat power supply sebab diorang tak ada tarik cable untuk supply eletrik macam dekat Teluk Senangin. Bila ada plug point ni senanglah korang nak guna eletrik untuk memasak (Syu bawak rice cooker. Senang nak masak nasi 🍚) & cas handphone bagai. Powerbank boleh simpan untuk kegunaan lain 😁.


Dedulu, tapak khemah ni tak terbela. Tapi sejak Majlis Perbandaran Manjung ambik alih, barulah ada rupa sikit. Selesa sangat bekhemah dekat Teluk Batik Campsite ni. Malam-malam ada pak "guard" & staff MBI ronda. Tempat tak gelap. Nak ke tandas pun dekat 😁. 


SABTU, 11/9/21 (Pantai Teluk Senangin) - Lepas jer makan tengahari, petang sikit dalam pukul 4 macam tu kitorang pun packing segala barang camping & tukar tempat berkhemah ke Teluk Senangin pulak (Dalam hati: "Dah macam orang nomad sampai nak kena berpindah randah bagai 😂).


Kalau ikutkan kitorang nak terus stay sampai hari Ahad dekat Teluk Batik Campsite tu. Tapi memandang air laut pun macam kuat sangat ombaknya. So, kitorang terpaksa buat keputusan untuk tukar tempat camping. Lagipun, kitorang ada bawak budak-budak sekali. Takut pulak nak lepaskan diorang mandi-manda time ombak tengah kuat.


Bukan apa, risau. Sebab pernah ada kes orang mati lemas dekat Teluk Batik tu 😂. At least, kalau dekat Teluk Senangin, ombak lautnya tak ada lah deras sangat. Dasar laut pun landai jer. Tak curam ke dalam macam dekat Teluk Batik. Budak-budak pun boleh mandi. 


Pantai Teluk Senangin
Pemandangan yang sangat-sangat dirindui 😊💕.

Dekat Teluk Senangin, harga tapak khemah ada murah sikit lah compare to Teluk Batik Campsite. Kalau pandai cari, tapak khemah yang free of charge pun korang boleh dapat 😁. Cuma tak ada plug point & kemudahan tandas lah untuk korang guna waktu malam. Lepas tu kalau datang malam-malam, bila nak pacak khemah tu memang gelap gelita gundah gulana lah jawabnya 😆.


Kalau macam Syu & husband, kitorang berdua memang tak kisah dah sebab kitorang memang dah prepare siap-siap kelengkapan untuk bercamping. Head lamp, power bank, shower bag, ice box, dapur segala. Insyallah boleh survive semalaman. Bukan apa, cuma risaukan budak-budak sajalah. Takut ada yang nak kencinglah ape lah. Almaklumlah budak-budak. Banyak no hey nyer 😅. 


Jadinya, kitorang pun sewalah tapak khemah berpondok yang ada sekali power supply & lampu. Satu pondok owner cas RM90 sehari. Tak kisah nak pacak berapa khemah pun keliling pondok. Tandas pulak casnya cuma RM1 untuk satu kepala. Boleh guna bila-bila masa sampai habis waktu berkhemah.


Actually, ada jer sewa tapak yang murah lagi. Tapi disebabkan kitorang nak kan lokasi berkhemah yang dekat dengan pantai, so kitorang pilih tapak khemah yang ada pondok. Keliling pondok kitorang pasang khemah, yang pondok tu pulak kitorang buat sebagai tempat memasak & dining area.


Untuk tapak khemah yang tak ada pondok, cas satu tapak cuma RM30 (Tapak & power supply) jer. Cuma nak pasang khemah tu kena belakang sikit dari pondok. Bila dah duduk belakang pondok, dah sah-sah lah tak nampak pandai. Tu pasal kitorang tak nak . Datang ber-"camp"ung nak tengok pantai, bukan nak tengok pondok 😂.


Pantai Teluk Senangin
Ombak tak berapa kuat. Angin pun sejuk jer 😊.

For those yang masih lagi berstatus "partially vaccinated" tu, sabar tau! Insyaallah akan sampai turn korang untuk rentas daerah & beriadah macam Syu ni. Pada yang belum vaksin pun sama, jangan sedih-sedih tau. Kalau tak silap Syu sekarang ni dah boleh walk-in ke PPV.


Tapi untuk divaksin tu kena tunggu lah yer sebab ianya based on first come first serve. Yang dah " fully vaccinated" macam Syu, jangan lupa diri pulak bila dah dapat pelepasan SOP 😂. Tetap amalkan SOP & kawalan kendiri sebab risiko untuk dijangkiti tu masih ada. 


(Notes : Gambar tak dapat nak ambil banyak, sebab jadi AJK masak memasak 😂. Handphone pun memang tak pegang sangat. Takut hilang. Jadi dapatlah dalam dua  tiga shot jer buat post dekat blog.)

Comments

  1. Bestnya camping tepi pantai . Rindu nak lepak2 tepi pantai . Rindu suasana pantai .rindu bunyi ombak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Tu pasal akak pilih untuk berkhemah tepi pantai. Sebab dah rindu sangat nak hidu bau air masin laut & main pasir kat pantai. Memang terubat sangat rindu bila dapat keluar bercuti 😂.

      Padam
  2. wah seronoknya...tapi dalam kepala ni..nak balik kampung je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu bercamping terus balik kampung sekali. Hi3. Sambil menyelam minum air. Alang-alang dah satu hala. Singgah balik kampung kejap 😁.

      Padam
  3. walaupun teluk senangin dekat je dgn k.shida tp xpenah lg berkhemah syu..
    bestnyaaa bila lah boleh berendam lg nih hehee

    BalasPadam
  4. Bestnye.. nama tempat yg ada tapak khemah berpondok tu apa ye.. ada kontek no tak..tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😊💕Tapak camping tu dekat pantai Teluk Senangin. Masuk jer pintu gerbang terus boleh nampak. Katini boleh contact nombor ni yer - 0103202525(Ustaz Mat)

      Padam
  5. Thankyouuuuuu. Baruu nk plan nk pi camping. Tercari2 jugak dekat google tu, boleh ke nk camping bagai. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  6. Boleh share tak nama camp site teluk senangin tu. Rasa nak pergi plak... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campsitenya betul-betul lepas pintu gerbang masuk Teluk Senangin dekat belah kiri. Nak buat tempahan tapak khemah boleh call Ustaz Mat - 0103202525 ni. Kalau tak nak duduk campsite, homestay pun ada disediakan. Satu malam RM150 kalau tak silap saya 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!