Sesampai jer di rumah, Mira rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan Ghaz. Dalam dia tengah senyum-senyum happy. Mira tak sangka yang papa dia ada dekat ruang tamu 😂. Bila dia nampak papa dia, terus tak jadi nak sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sebelum dia naik ke bilik, Mira sempat luangkan masa bersembang dengan papa dia. Macam biasalah bila dah bersemban-sembang, papa Mira mulalah bukak topik pasal Fizi. Mira pun dah jadi macam cacing kepanasan lah dibuatnya. Selagi boleh Mira cuba nak elak bila papa dia bukak topik pasal Fizi. Lagipun, Mira bukan ada apa-apa perasaan pun dengan si Fizi tu. Dalam papa Mira sibuk dok berceloteh, tiba-tiba ada mesej masuk. Malam tu, Haji Dollah ajak papa Mira keluar lepak dekat restoran janda. Tak tahulah janda mana. Nak tak nak papa Mira terpaksa ending kan conversation dia dengan Mira. Alasan papa Mira, kawan ajak jumpa dekat surau 😂.
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4
September 15, 2021
Malam tu Ghaz & Fendi tak tahu nak pergi ke mana. So, diorang pun lepaklah dekat cafe kak Zetty. Sambil-sambil tu diorang bersembang-sembanglah dengan kak Zetty pasal Mira. Tak disangka-sangka, dalam tengah rancak bersembang tu ada seorang lelaki tegur kak Zetty. Allah, papa Mira rupanya!! Ghaz & Fendi pun apa lagi. Sorok mukalah tak nak bagi papa Mira nampak 😂. Tak sangka, restoran janda yang Haji. Dollah maksudkan tadi tu rupa-rupanya kak Zatty punya cafe.
Actually, papa Mira tak perasan pun yang Ghaz & Fendi ada dekat tempat kejadian sebab Ghaz & Fendi pandai cover. Bila dah nampak papa Mira ada dekat cafe kak Zetty, Ghaz & Fendi pun jadi tertanya-tanyalah kenapa papa Mira boleh ada dekat situ malam-malam. Ghaz & Fendi pun apa lagi. Diorang pun sibuklah pasang mata. Kemain sakan papa Mira malam tu. Ranggi pakaian dia mengalahkan orang muda. Cara bersembang dengan kak Zetty pun lain macam. Seolah-olah papa Mira ni macam ada hati dengan kak Zetty.
Dalam diorang tengah dok sibuk-sibuk mengintai papa Mira, tiba-tiba muncul Ghaz punya secret admire. Masa ni Ghaz memang dah gelabah. Risau takut-takut papa Mira nampak. Tambah pulak secret admire Ghaz tu jenis yang gedik orangnya. Mana nak reti cover-cover. Tapi nak tak nak sambil-sambil tu Ghaz terpaksa layan jugak. Sebab tak nak orang tu kecil hati.
Dalam diorang tengah nak cover-cover tu, entah macam mana papa Mira pulak nampak diorang duduk bersembang-sembang lelaki perempuan. Naya Ghaz & Fendi. Dah confirm-confirm akan jadi point untuk papa Mira reject untuk dijadikan menantu. Balik jer rumah, papa Mira pun apa lagi. Membawang lah dia dekat mama Mira. Tapi, mama Mira malas nak ambik port sangat sebab dia malas nak percaya cakap papa Mira. Takut jatuh fitnah. Bagus jugak mama Mira ni. Sekurang-kurangnya dia tak sama naik dengan papa Mira dalam bab-bab memburuk-burukkan orang 😂.
Keesokkan paginya, masa nak pergi kerja, Ghaz & Fendi ternampaklah mama & papa Mira dekat depan rumah. Diorang baru balik dari pasar agaknya. Fendi pun bagilah idea dekat Ghaz supaya tegur mama & papa Mira. Mana tahu bila tegur dapat naikkan saham Ghaz untuk jadi calon menantu pilihan. Masa Ghaz tegur, mama Mira okay jer. Tapi papa Mira pulak yang pandang sepesen dengan Ghaz & Fendi. Bila Ghaz & Fendi nampak papa Mira dah buat muka macam nak makan orang, diorang pun tak berani lah nak tunggu lama-lama dekat depan rumah Mira. Takut kena ngap! So, diorang pun gerak jelah pergi kerja macam biasa.
Masa dekat tempat kerja, Mira jumpa Ghaz & Fendi dekat ruangan rehat. Dia cadang nak ajak Ghaz & Fendi balik sama-sama lepas kerja nanti. Tapi Fendi awal-awal menolak dengan alasan tidur dekat rumah mak sedara. Padahal tak pun. Saja jer nak bagi peluang Ghaz luangkan masa dengan Mira. Nak tak nak, Ghaz pun terpaksalah terima pelawaan Mira tu. Rumah pun dah sebelah-sebelah, tak kan nak kata dah pindah rumah lain pulak kan 😆.
So lepas habis kerja, Ghaz & Mira pun baliklah sama-sama. Sesampai jer dekat depan pagar rumah, Ghaz & Mira nampak motor Fizi parking betul-betul depan rumah Mira. Ghaz pulak jadi macam tak syoklah bila nampak motor bos dia dekat rumah Mira. Mira pun tertanya-tanya jugak, apa yang Fizi buat dekat rumah dia. Tanpa buang masa, Mira pun bagitahu dekat Ghaz nak masuk ke dalam rumah dulu. Ghaz pun ya kan jer. Padahal dalam hati dah rasa tak sedap. Bersambung...
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2021
(332)
-
▼
September
(28)
- Yaotiao a.k.a Cakoi
- Jaan-E-Maan (2006)
- #5 : Giveaway Ikan Bilis Salted Egg By Aishah Nizam
- Ber- Wakaka Hari Ni
- #4 : Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajaf...
- Kahwin Dah Lama, Tapi Belum Mengandung
- 🎧🎶 Kpop On - L.A.L.I.S.A By Lisa
- Apam Mekar Unicorn (Sukatan Cawan)
- #3 : Suprise Giveaway By Aienienka
- #2 : Birthday Giveaway Sheila Inspire
- #1 : Giveaway By Shida Radzuan
- Hinakah Berstatus Janda?
- New Camping Tent in The House
- Baru Dia Tahu, Mi Sedap Tu SEDAAP!! 😆
- Kuih Bulan Baker's Cottage
- Selamat Hari Malaysia
- Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4
- Ber-"camp"ung Di Tepi Pantai 😁
- Review : Adorable Food Goddess (2018)
- 10 September : Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia
- GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!
- Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran ...
- Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100
- Shopee : Akaun Kena Banned (Part 2)
- Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1)
- Batik Jewellery Pouch Dari Hadiah Giveaway Shalima...
- August Achievements 2021
- Goodbye!! Hello!!
-
▼
September
(28)
siapa jadi Fizi?
BalasPadamKeith Foo kak 😁.
Padamfuhyooo abg zul aripin kiter ade hehheeee
BalasPadamHa...ah kak Shida. Wajib tonton citer ni. Best sebab lawak 😁. Kalau tengok mesti tersengeh sorang-sorang 😅.
PadamMacam-macam tajuk drama sekarang.. hihi.
BalasPadamWoww baca kat sini pun dh cukup ibarat mcm tgk kat tibi hehehe
BalasPadamAkak baca kat sinilah cerita ni... :) Nak tunggu depan tv malas pula
BalasPadam