Sekian lama menyepi. Hari ni Syu muncul balik. Lama jugak yer Syu tak bersiaran di blog ni. Ada dekat seminggu jugaklah 😂. Untuk pengetahuan korang. Lepas jer kena vaksin hari tu, Masuk jer hari kedua, Syu tak berapa nak sihat. Kira kuat jugak penangan dos kedua yer. Hari pertama okay. Elok jer gembira-gembira siap boleh pergi bercari tong mo & nasi kukus dekat Seri Iskandar. Bila masuk jer hari kedua, nah...terus auto mengigil, sakit kepala & demam (Dalam hati : ingatkan kebal sangat sebab hari pertama tak rasa apa. Rasakan 😆). Esoknya baru Syu rasa okey sikit. Itupun, lepas telan beberapa biji Paracetamol.
Sejak beberapa hari ni pun Syu masih sibuk dengan urusan kerja, movie marathon & projek menjahit Syu. Syu sempat jengah blog pun sebab nak blogwalking & balas komen rakan-rakan blogger. Saja buat ubat rindu. Itupun just go through roughly guna phone jer. Tapi tak best!! Sebab feel dia tak sama macam kita tengok through screen laptop. Isunya, nak bukak laptop pulak malas sebab meja kerja Syu bersepah dengan barang menjahit 😂.
Dengar khabar, tak lama lagi barangkali, no more work from home (WFH) untuk Syu 😅. Semalam, kawan sekerja Syu roger Syu. Dia bagitahu yang permohan untuk mula beroperasi dah pun disahkan oleh MITI. Jadi nak tak nak, Syu dah kena buat persiapan sikit untuk lapor diri ke office. Mana-mana dokumen kerja nak kena di-compile bagi elok & tertib. At least bila masuk kerja, bos tahu apa kita buat kat rumah selain makan, tido & menggemokkan diri 😆. Tak salah kan kalau propa sikit dengan bos. Hi3.
By the way, pejam celik dah masuk bulan September yer kengkawan. Bulan kegemaran Syu ni 😁. Harap bulan September ni Syu boleh kekalkan momentum Syu berblog. Bukan mudah yer sebenarnya 😂. Kadang mood tu macam ke laut jer. Tambah pulak lepas ni dah nak kena start kerja semua bagai. Kalau boleh Syu nak duduk rumah jer tau. Tapi apa kan daya. Kat belakang rumah Syu tak ada tanam pokok duit untuk dipetik hari-hari. So, nak tak nak kena lah usaha jugak pergi keluar bekerja 😂. Apa-apa pun , hello September!! Be nice with me okay!! Tak nak noti-noti. Harap bulan ni & bulan-bulan seterusnya jugak, segalanya berjalan dengan smooth like smoothies!! Manis, sejuk & menyegarkan gitu!!
Alhamdulillah . Semoga kak syu sentiasa sihat selalu
BalasPadamAlhamdulillah.. Semoga dipermudahkan segala urusan Syu.
BalasPadamProjek jahit apa tu??
Amin3. Mekaseh Naniey. Syu buat jewellery pouch😁💕.
BalasPadamBetul. sekejap je masa berlalu. Coming back here is like looking at my old blog. Suke suke suke.
BalasPadambetul tu skejap je dh bulan 9.. smoga lepas ni akan lebih baik dari sbelumnya.. amin
BalasPadamDah nak masuk akhir tahun. Cepat je rasanya.
BalasPadamSemoga hari-hari mendatang baik-baik sahaja untuk kita umat bumi ini..
BalasPadamSamalah dengan saya kak syu, penangan vaksin haritu, mood malas makin menjadi jadi >.< Tapi kita lawan! Hehehe. Dah kena masuk office, memang lagi sibuk la nanti kak syu, tapi takpe, setelkan mana penting dulu, blog ni sekadar sampingan aje.
BalasPadamDah baik ke dari side effect vaksin tu. Boleh tahan kuat juga penangan second dose. Apapun semoga Syu cepat sembuh dan sihat. Aaaaminn..
BalasPadamSelamat kembali bertugas dan semoga semangat terus berblog.