Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger sekalian. Agak petang sikit baru Syu dapat bersiaran 😂. Entri kali ni Syu nak bercerita sikit pasal satu kempen kesedaran yang disambut setiap tahun diseluruh dunia. Kempen ni dianjurkan oleh International Association for Suicide Prevention (IASP) dengan bertujuan untuk memberi komitmen global & tindakan secara menyeluruh bagi mencegah tindakan atau perilaku membunuh diri (Commit suicide).
Untuk pengetahuan korang, kempen kesedaran ni telah diwujudkan sejak tahun 2003 lagi dah ianya telah diendorse oleh World Health Organization (WHO) sendiri. Setiap tahun pada 10 September, seluruh negara akan bersama-sama menyambut Hari Pencegahan Bunuh Diri (World Suicide Prevention Day) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai.
Tahun ni, dengan bertemakan "Bertindak segera harapan terbina" diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya dapat bersama berganding bahu dalam membendung kes bunuh diri ni dari terus berlaku. Bukan terhad kepada orang yang nak bunuh diri jer. Tapi kepada masyarakat sekeliling, keluarga & rakan-rakan yang terlihat & terlibat secara tidak langsung dengan seseorang yang keinginan & berpotensi untuk commit suicide.
Berdasarkan statistik bunuh diri di Malaysia, setakat bulan Januari sehingga Julai tahun ni, dikatakan sebanyak 638 kes bunuh diri telah dilaporkan (Sumber : Berita Harian). Ini sekaligus menjadikan peratusan kes bunuh diri di Malayasia meningkat kepada 143 peratus jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Nampak agak meruncingkan jugak yer di situ. Berikut antara 10 fakta bunuh diri yang korang perlu tahu.
- Setiap 40 saat seorang individu maut akibat bunuh diri (Setiap hari dikatakan 7 kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia)
- Bunuh diri punca kedua tertinggi kematian
- Wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki
- 65% kes bunuh diri adalah melibatkan golongan lelaki
- 3.6 % dari 100,000 populasi kaum India merncatatkan rekod kes bunuh diri tertinggi di Malaysia
- 56.6 % membunuh diri dengan cara menggantung diri & 15.1% mengunakan racun
- 72 kes bunuh diri dengan terjun banggunan
- Lebih 800, 000 kematian penduduk dunia disebabkan bunuh diri
- Pusat Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan mencatatkan 2 orang kemasukkan setiap hari
- Di Malaysia, 266 kes bunuh diri dilakukan ketika PKP dilaksanakan
Semoga kempen ni dapat membuka mata rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kejadian bunuh diri. Tambah-tambah di musim pandemik yang mencabar ni. Kita semua sedia maklum yang rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia tengah bergelut bermati-matian untuk meneruskan hidup. Dengan masalah ekonomi yang tak berapa nak stabil sudah semestinya ada yang tak terkecuali dari menghadapi masalah kemurungan. Kemurungan ni lah yang majoritinya menjadi penyebab utama berlakunya peningkatan kes bunuh diri. Kemurungan ni kadang-kadang kita tak boleh jangka. Dari luar kita tengok orang tu macam okay jer. Tapi hakikatnya, orang tu macam berperang dengan dunia dia sendiri. Bila dah jadi terlampau teruk, jalan terakhir yang akan dipilih adalah dengan bunuh diri.
Diharapkan agar pada tahun-tahun yang mendatang, kes bunuh diri ni dapat dikurangkan. Kalau boleh sifar kes bunuh diri pun tak apa!! Jadi, sekiranya ada dalam kalangan sahabat, keluarga ataupun korang sendiri yang ada menghadapi masalah kemurungan & mempunyai niat untuk membunuh diri, korang boleh hubungi mana-mana talian yang tertera dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat & kaunseling. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu meredakan masalah kemurungan & niat untuk membunuh diri tu menjadi lebih parah.
MHPSS :
03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih :
15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999
(Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM :
WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur :
03-76272929
Kena alert dengan kaum keluarga dan kawan kawan. Kalau nampak mereka ada cubaan nak bunuh diri, jangan cakap dosa, nanti masuk neraka. Mereka memang dah tahu itu semua, tapi jangan kita tambah bebanan otak dia kannn, better tenangkan diri dia duluuuu.
BalasPadamPerlu ada kesedaran dan kerjasama seluruh masyarakat kita menangani masalah ini
BalasPadamBetul wak. Kena cakna pasal orang-orang yang ada kecenderungan untuk bunuh diri ni. Bila tak ada orang yang ambik tahu, bagi nasihat & pertolongan, diorang akan mati akal untuk berfikir. Sudahnya, bunuh diri lah jalan terakhir yang diorang pilih.
Padamorg yg bunuh diri ni mostly dorang akan depress dulu.. kdg mungkin kita sbagai org sekeliling x prasan perubahan mereka.. smoga kita smua jauh dri prkara mcm ni.. amin..
BalasPadamdulu banyak kes bunuh diri dikalangan non-muslim sebab itulah cara mereka nak lepaskan diri dari masalah. tapi sekarang ramai sangat yg tak kira agama & bangsa yang depress. Tertekan dan ditekan oleh keadaan.
BalasPadamBetul. Sekarang ni trend bunuh diri tak kira bangsa & agama. Bila dah kena depression memang diorang akan pilih bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Mungkin dah tak tahan sangat dengan tekanan hidup agaknya.
Padam