Hari ni Syu nak review sikit pasal filem Bollywood yang Syu dah tengok hari Sabtu minggu lepas dekat Awesome TV. Walaupun agak lambat nak bercerita, tapi Syu tak peduli. Syu nak cerita jugak 😜!! Bukan apa, sebab filem ni best sangat. Terpaksa war-warkan untuk korang tengok. Actually, ni first time Syu tengok filem Bollywood bertajuk Jaan-E-Maan ni. Padahal dah lama dah filem ni ditayangkan kat panggung. Overall, memang best lah filem Bollywood ni. Syu jatuh cinta sangat-sangat dengan jalan ceritanya.
Kalau nak tahu, filem ni mengisahkan tentang kisah cinta sepasang suami isteri yang berputik kembali selepas diorang bercerai akibat wujudnya salah faham. Ketika Suhaan & Piya ni masih suami isteri, Suhaan ni memegang kerjaya sebagai seorang pelakon. Disebabkan statusnya yang dah berkahwin, dia terpaksa membuat keputusan untuk tinggal berasingan dengan Piya buat sementara waktu supaya statusnya tak diketahui umum. Agak lama jugaklah Suhaan tinggalkan Piya. Sampai lah satu tahu tahap tu Piya dah tak tahan & dia terpaksa buat keputusan untuk tinggalkan Suhaan dengan balik ke rumah keluarganya di New York.
Tapi malangnya, perjalanan karier Suhaan sebagai bintang filem tak berjalan dengan berapa baik. Filem dibawah lakonannya mendapat sambutan yang sangat-sangat teruk dari kalangan penonton. Bila dah jatuh teruk, Suhaan pun balik semula rumah untuk kembali bersama dengan Piya. Sesampai jer di rumah, Suhaan tengok rumah tak ada siapa-siapa. Piya dah tinggalkan dia sorang-sorang. Pada masa yang sama, ada posman datang hantar surat & surat tu rupa-rupanya surat pemfailan perceraian dari Piya. So, tinggal lah Suhaan dalam keadaan terkontang-kanting tanpa hala tuju.
Cerita ni tak habis sampai takat tu jer tau. Lepas jer Suhaan & Piya bercerai, Suhaan ada terima satu lagi surat tuntutan dari mahkamah berkenaan dengan wang alimoni. Wang alimoni tu agak besar jugak jumlahnya & Suhaan kena bayar selagi mana Piya belum berkahwin dengan mana-mana lelaki, Jadi, untuk mengelakkan dari membayar wang alimoni ni, Suhaan berpakat dengan pak cik dia untuk carikan lelaki yang boleh menjadi suami baru kepada Piya. Nak dijadikan cerita, ngam-ngam diorang tengah sibuk buat perancangan, datang lah seorang jejaka bernama Champu ni.
Pada awalnya dia datang situ sebab nak jumpa dengan Piya. Piya ni sebenarnya crush Champu masa dia belajar sama-sama dekat kolej, Lepas Piya kahwin, Champu jadi frust sangat & dia pun membawa diri dia untuk jadi seorang astranaut. Tapi, disebabkan Piya ada contact dia, so dia datang cari Piya balik. Bila Suhaan & pakcik dia tahu yang Champu ni suka dekat Piya, so diorang pun buat satu perancangan untuk jodohkan Champu ni dengan Piya. Mula-mula semua perancangan berjalan dengan elok, sampai lah satu tahap tu Suhaan ternampak anak dia dengan Piya. Rupa-rupanya baru Suhaan tahu masa Suhaan tinggalkan Piya, Piya disahkan mengandung. Masa hari kejadian tu, Piya cuba nak bagitahu berita gembira tu dekat Suhaan. Tapi demi menjaga karier Suhaan, Piya terpaksa membatalkan niat dia tu. Bila Suhaan dapat tahu, barulah dia sedar yang dia dah abaikan Piya semata-mata mengejar cita-cita dia.
So macam mana pengakhiran kisah cinta Suhaan & Piya ni? Syu rasa, ada baiknya korang luangkan sikit masa tengok cerita ni. Kalau korang berminat nak tengok, korang boleh tengok dekat saluran YTube Channel atau korang boleh klik pada banner sebab Syu dah sertakan link-nya siap-siap. Memang best. Tak rugi tengok. Lagipun filem ni memang family friendly & tak ada adengan yang menyakitkan mata macam drama Korea yang tengah viral sekarang ni. So, secara keseluruhannya Syu memang suka filem Bollywood ni. Jalan cerita best. Pelakon pun best. Lagu pun boleh tahan sedap!! Syu paling suka lagu Hum Ko Maaloom Hain ni. Jadi kesimpulannya, 5 bintang untuk filem Jaan-E-Maan ni!!😁
Timm pun peminat crita2 hindustan ni, rasa xpernh tgk lagi..
BalasPadamWajib tengok Timm. Siyes memang best 😁.
PadamBlh lyn ni dgn laki
BalasPadamSilakan. Memang best!! Baru romantik tengok sesama!!Hi3 😁.
PadamBest tgk
BalasPadamLove u la syu kasi link sesiap. Payah gak kengkadang nak cari yg ada subtitle. Nanti ammi tgk gak
BalasPadam