Masa mula-mula kahwin dedulu, husband ada cakap yang dia tak suka mi SEDAAP ni. Sebab katanya tak sedap 😅!! Bulan lepas, masa keluar berbeli barang dapur, Syu sempat grab senyap-senyap barang sebungkus. Asyik makan MAGGIE jer, lama-lama naik jemu lah pulak. Sekali sekala, kita tukar selera makan mee goreng segera SEDAAP pulak.
Syu beli pun sebab nak lepas gian makan Mi SEDAAP jer. Lama sangat dah tak pekena. Syu tak ada lah ambik banyak. Sebab yang sorang tu kata tak suka 😁. Lagipun dalamnya dah ada 5 bungkus. Nanti grab banyak-banyak takut tak termakan pulak. (Eh, kejap-kejap. Grab sebungkus? Dalam ada 5 bungkus. Apa bendalah ayat Syu ni. Bungkus dalam bungkus? Ha3 😂. Patutnya 5 pek lah kan?)
|
"Jelas terasa sedapnya". Memang ngam lah dengan slogan dia 😅. |
Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu Syu masaklah satu pek sekali dengan pakej scrambled egg. Husband nampak dia pun jadi terliur. Cubalah makan dalam sesuap. Kunyah-kunyah. Tiba-tiba dia diam kejap (Menghayati kesedapan agaknya 😁). Lepas dah telan baru ada respon kata sedap 😆! Lambat nau respon nya. Dia punya gaya makan mee segera macam makan hati.
Bila ditekak dah kata sedap, tak pasal-pasal disuruhnya Syu buat yang baru. Yang Syu punya di ambiknya. Dalam hati Syu "Baru dia tahu, mi SEDAAP tu SEDAP!!". Dulu kemain menyombong 😆. Asal nak beli jer kata tak sedap. Asal tunjuk jer, memanjang kata tak sedap. Padahal tak pernah di rasanya. Bila dah tau sedap, sampai ke hari ni asyik dok mengulang restock mi SEDAAP sampai mi MAGGIE pun dilupakannya.
|
Maaflah. Food plating tak semenggah sikit 😅. |
Malam tadi kitorang try pulak yang pek JUMBO sekali pakej scrambled egg 😁. Tapi kan, yang pek JUMBO ni macam kurang sikitlah rencahnya. Yang membezakan dengan pek biasa cuma dia punya kuantiti mi jer. Mi dalam pek JUMBO ni macam banyak sikit berbanding dengan pek biasa.
Bila makan mi goreng segera. Tiba-tiba teringat masa zaman belajar dedulu. Selain nasi, mi segera ni lah makanan pengganti nasi time poket tengah senak. Nak mintak duit dekat mak & abah segan. So, makan jelah mi segera sampai lah abah telefon tanya ada duit lagi ke tak 😅. Kadang-kadang sampai kena marah sebab tak bagitahu duit dah licin. Bukan tak nak mintak, cuma terfikir & kesian dekat abah sebab ada banyak lagi yang dia nak kena tanggung kat rumah.
Actually ada banyak lagi perisa mi SEDAAP ni. Cuma setakat ni yang Syu boleh terima mi goreng jer. Itupun beli yang original. Pernah cuba yang sambal & ayam. Tapi tak sedap 😆. Siapa dekat sini suka Mi SEDAAP angkat tangan!! 🙋
Akak pun suka yang ni Syu. Betul² sedap. Hehe...
BalasPadamSamalah, masa kat u... mi adalah penyelamat di kala duit poket semakin berkurangan. Huhu... Bukan pasal takut nak mintak... tak, tapi kesian kat mak ayah. Kan!
Betul tu kak!! Betul2 SEDAAP 🤣!!Memang kena lah slogan yang ditulis kat packaging tu. Tak tipu.
PadamUrmmm...bertakung pulak air mata bila kenang zaman belajar 😂. Betul kak. Bukan takut nak mintak. Cuma kesian & tak sampai hati. Masa belajar dedulu, adik-beradik ramai yang kecik-kecik & bersekolah lagi. Dah confirm-confirm nak pakai duit banyak kan. So, kita pun berfikirlah nak tolong mak & abah jimatkan kos perbelanjaan. Niat dah baik. Tapi ending nya kena marah pulak🤣.
🙋♀️🙋♀️🙋♀️ sayaaaa.
BalasPadamTak ada lah suka. Tapi boleh la sekali sekala nak makan. Mi segera goreng Mee Sedap lah yang best. Saya lebih prefer mi segera berkuah dan brand mestilah MAGGIE! hehehe
Betul. Sekali sekala nak makan tu boleh lah.
PadamMi segera berkuah semestinya lah MAGGIE kan. Suka yang kari, asam laksa & tomyam 😋.
suka juga makan mee sedap mi goreng ni sebab pengaruh member duduk hostel dulu lepas tu ketagih dan jimat duit juga..haha
BalasPadammee sedap yg mi goreng je setakat ni yang saya suka makan yang perisa lain tu agak kurang sikit..
😊💕Kan. Sama lah. Syu pun selalu beli yang mi SEDAAP goreng jer. Ada jugak mi SEDAAP yang berkuah, tapi tak sesedap yang mi goreng ni😅
Padamumah akak stok. ni tak putus, he hee kena ada je
BalasPadammalm2. lapar menu ank bujang
tp. lama2 boring dah ktanya
Syu selalu spare dua brand mi segera jer kat rumah. Tak MAGGIE, mi goreng SEDAAP ni. Bila ada, time terdesak lapar boleh masak ye dak 😁. Kena tukar-tukar jugak. Asyik hadap mi SEDAAP memanjang pun jemu jugak.
PadamLebih suka mi maggie daripada yang lain2nya
BalasPadamHi3😁. Syu pun suka mi MAGGIE jugak wak.
PadamJika Naim lebih kepada produk Maggie . hehe. Lapar pulak lihat mi hehe
BalasPadamKita geng! Selalu beli yang jumbo tu, memang puas hati makan la kalau jumbo tu hahahahaha. Haaaa baru tahuuu kesedapan dia macam mana kan kak syu, lepas ni mesti selalu suruh kak syu masakkan hahaha
BalasPadamSep sikit!! Ha3😝
PadamMemang puas makan yang jumbo sebab mi nya lebih. Tapi kalau rencahnya dia bagi lebih sikit pun okey jugak. Bila mi dah jumbo, macam tak terasa sangat pulak rencahnya.
Itulah. Baru tahu mi SEDAAP tu sedap 😆. Dulu masa masak mi MAGGIE ada gak husband suruh masak. Sejak mi SEDAAP ada, elok jer masak sendiri. Senang nak masak pun. Celur mi, masuk perencah, gaul-gaul, siap!! 😁
tak pernah try lagi
BalasPadamrabia masak maggi goreng guna jenama maggi tu
yg kari punya maggi kari