Yaotiao a.k.a Cakoi

September 30, 2021

Youtiao (YΓ³utiΓ‘o)  / Cakoi


- Doh kembang yang ditarik panjang yang kemudiannya digoreng sehingga perang keemasan

- Teksturnya ranggup diluar & lembut didalam

- Kebiasaannya dimakan ketika breakfast bersama bubur & air kopi oleh masyarakat Cina


Yaotiao/Cakoi
Suka  rendam macam ni. Baru  dapat rasa  sekaya nya lebih sikit  πŸ˜‹.


Alhamdulillah rezeki minum petang hari ni dapat Syu merasa makan Yaotiao atau nama lain dia cakoi 😁. Dalam dua tiga hari ni memang teringin nak makan Cakoi. Tak sangka ada orang dah belikan. Nak buat malas πŸ˜†. Cakoi yang husband Syu beli ni versi cicah dengan sekaya. Memang sedap. Sekaya nya pun tak manis sangat. Manis-manis buah gitu. Actually, bahan-bahan doh nak buat cakoi ni lebih kurang jer macam nak buat donat. Cuma bancuhannya agak lembik sikit & kena main dengan banyak tepung. 



Ada sesetengah orang jual cakoi ni cicah dengan kuah kacang pedas. Yang tu pun sedap jugak. Versi yang macam tu Syu pernah makan masa pergi belah-belah utara. Kuih cakoi ni asalnya merupakan breakfast masyarakat Cina. Kebiasaannya diorang tak makan dengan sos pencicah yang manis macam ni. Kita-kita yang Melayu jer buat version manis. Almaklumlah, orang Melayu kan sweet-sweet belaka 😘. Tapi kombinasi cakoi dengan sekaya memang ngam kan? Kalau tak masakan masyarakat Cina pun ada cuba cakoi versi manis macam ni 😁. 


Yaotiao/ Cakoi
Gebu sangat-sangat. Even dah sejuk pun tetap lembut lagi.

Kalau nak tahu, dalam masyarakat Cina, diorang selalu makan cakoi ni dengan bubur ataupun cicah dengan air kopi. Memang macam tu cara asal makan cakoi ni. Kalau di Indonesia pulak, diorang makan dengan sup berempah macam soto tu. Macam-macam version ada makan dengan cakoi ni kan. Kalau korang, korang suka version yang macam mana? Syu prefer yang manis πŸ˜‹. Cicah sekaya macam ni. Lepas tu minum pulak dengan teh kurang manis. Memang layan bila buat minum petang.

Comments

  1. eh menu kita sama la ptg tadi..
    mmg puas hati ni makan panas2 gebu2..

    BalasPadam
  2. haah resepi cakoi lebih kurang donat. tp walaupun bentuknya mudah, bila tengok youtube, leceh juga nak buatnya haha. saya suka makan cakoi macam tu je pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Nampak macam senang jer nak buat. Tapi kalau terlebih main tepung, boleh keras kejung dibuatnya bila nak makanπŸ˜‚.

      Betul. Makan macam tu pun sedap jugak. Tambah kalau panas-panas. Memang layan πŸ˜‹.

      Padam
  3. dua2 suka..yg manis & kuah kacang pedas..lama tak jumpa yg kuah kacang pedas..

    BalasPadam
  4. Ammi suka makan gitu je cakoi ni. Kadang2 kalau ada sambal cicah ngan sambal

    BalasPadam
  5. kalau makan cakoi ..kak shida suka mkn dgn kuah kcg..hehee

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!