Cara Letak Twitter Tweet Pada Blog

Oktober 07, 2021



Assalamualaikum blogger-blogger kesayangan Syu sekalian. Di hari Khamis yang indah ni, Syu nak share sikit cara-cara macam mana letak Twitter Tweet di tengah (center align). Dengan cara ni, blog korang akan nampak lebih kemas & tersusun. Mungkin ada sesetengah blogger lebih suka screenshot & upload image Twitter Tweet di blog. 



Macam Syu, Syu lagi suka embedded kod dari post yang Syu nak share dekat blog. Bukan apa, senang blogger-blogger lain nak baca & pergi terus ke laman Twitter Tweet yang Syu dah share. Nak tweet reply, share & like pun senang sebab dah link terus ke Twitter 😊💕. Pada yang belum tahu macam mana nak share Twitter Tweet dalam blog, Syu akan tunjukkan caranya satu persatu. Senang jer. Tak susah mana pun. Korang follow jer step yang Syu tunjuk ni. 




CARA LETAK TWITTER TWEET



STEP 1 : Pergi ke laman Twitter korang. Klik pada butang MORE 💬 yang ada tiga titik dekat penjuru belah kanan Twitter Tweet yang korang nak share. Klik pada EMBEDDED TWEET.

STEP 2 : Kemudian korang COPY CODE yang dah dibagi

STEP 3 : PASTE kod yang korang dah copy tadi pada ruangan compose section pada blog di bahagian HTML VIEW.




CARA LETAK TWITTER TWEET DI TENGAH




Once korang dah copy & paste kod tu, hasilnya akan jadi macam ni. Tapi, position Twitter Tweet ni takkan automatik berada di tengah-tengah tau. So, untuk bagi dia center align , korang kena TUKAR kodnya sikit dari <blockquote class="twitter-tweet"> ni kepada <blockquote class="twitter-tweet tw-align-center">. Bila korang guna kod ni, Twitter Tweet korang akan terletak elok di tengah-tengah. Tak faham jugak? Tak apa. Syu bagi contoh dekat korang supaya mudah faham.


Contoh kod asal Twitter Tweet korang macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Kod tadi yang korang dah paste tu, korang cuma kacau dekat bahagian yang Syu bagitahu tu jer. Kod selebihnya janganlah korang kacau. Kalau tak hasilnya akan jadi caca merba. Tapi kalau korang terkacau pun, korang still boleh copy kod tu dekat Twitter. Tak jadi masalah besarlah. Cuma kena buat kerja dua kali lah 😅.


Lepas korang tukar, kod barunya akan jadi macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet tw-align-center"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Actually, cuma perlu tambah "tw-align-center" jer lepas kod "twitter-tweet" tu. Saja tak nak bagi korang pening tengok kod sekerat-sekerat. Senang kan? Kat bawah ni hasil selepas korang replace kod yang Syu ajar tadi. Twitter Tweet yang left align yang korang tengok tadi dah jadi center. Kan nampak elok bila macam ni. So, kalau korang nak letak Twitter Tweet dalam blog korang, korang boleh gunakan step yang Syu dah tunjuk ni dari awal. Sebarang kemusykilan korang boleh drop dekat ruangan komen.



Comments

  1. okay nanti boleh cuba buat..tq sudi share syu :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Syu share tutorial ni. Ada jugak letak post twitter dalam entry. Boleh guna coding tu untuk centerkan.

    BalasPadam
  3. Okeyy lepas ni boleh try sebab nampak lagikk kemas dan cantikkk! Selalu ss je.

    BalasPadam
  4. haaaa yang part nak letak dia dekat tengah tu selalu jadi masalah. Okay thanks kak syu sebab share pasal ni hihi

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!