Alhamdulillah. Sejak kerajaan umumkan kebenaran merentas negeri, semua perniagaan kembali beroperasi seperti biasa. Jalan raya dekat Perak ni pun boleh tahan, semakin hari semakin banyak kenderaan. Mungkin ramai yang dah merancang untuk balik ke kampung. Semalam, Syu & husband cuba nasib untuk rentas ke daerah Manjung pergi bercamping di Teluk Batik Campsite lagi.
Start dari simpang nak masuk ke Teluk Batik tu jammed yer kawan-kawan 😂. Even, tapak campsite yang kitorang selalu pergi tu pun pack dengan pengunjung. Harga pun dah naik tau. Tak macam harga yang kitorang pergi hari tu 😌. Dulu tak ada nak kena isi borang bagai. Cuma buat pembayaran & diorang akan bagi resit jer. Nasib kakak ipar Syu dah booking siap-siap. Kalau tak memang kena balik ke Ipoh balik lah nampak gayanya.
Hari ni, nak cuba naik Cameroon Highlands pulak bercamping dekat Taman Eko Rimba Sungai Pauh. Lepas packing semua barang-barang, dalam lepas Zohor macam tu kitorang pun gerak ke Cameroon Highland untuk pergi ke campsite yang kedua.
Actually, tapak campsite nya memang kitorang dah booked siap-siap dah dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Sebab kapasiti untuk bermalam dekat sana hanya terhad untuk 150 orang sahaja. So, kalau nak pergi kena book awal-awal melalui website Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Selain dari Taman Eko Rimba Sungai Pauh ni, ada banyak lagi tapak campsite yang korang boleh pilih di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ni. Even permit untuk hiking gunung di negeri Pahang ni pun korang kena apply melalui website Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Next entry kalau ada kelapangan Syu akan ajar macam mana nak buat pemohonan di website Jabatan Perhutanan Negeri Pahang okay 😉💕. Sekarang ni Syu nak rehat kejap. Rasa penat betul drive dari Teluk Batik ke Cameron Highland tadi. Kena pulak bawa kereta manual. Rasa nak tercabut kaki asyik menekan pedal clutch, break & minyak memanjang 😅. Good night yer. Esok kita sambung😘💕.
(Notes : Entri agak caca merba sikit yer, sebabnya Syu taip guna phone. Gambar pun tak dapat nak upload sangat sebab line slow 😅. Nanti balik Syu edit bagi elok sikit yer)
aaaaa tak boleh imagine drive guna manual. Drive kejap je dah penat sebab tu prefer auto je. Tak sabar nak tunggu entry permohonan tu hehe
BalasPadamPerghh bawak kereta manual. mencabar woah kereta manual ni kalau jem pun dah rasa mcm semput . Bestnya camping, haritu ada pergi camping dekat rawang saya menyesal buat BBQ penat!
BalasPadamRajinnya Syu camping.. Sha ke CH juga tapi stay hotel.. hehehe..
BalasPadam