GARDENIA Toastem Pandan Kelapa : Baru Dapat Merasa 😅

Oktober 18, 2021

Akhirnya!! Dapat jugak merasa makan GARDENIA Toastem Kelapa Pandan ni. Punyalah lama bercari dekat kedai-kedai, asyik tak ada memanjang bila nak beli. Selalu dapat tengok jer rakan-rakan blogger buat entri pasal roti ni. Masa nak naik Cameron Highland semalam, Syu sempat grab dua bungkus roti GARDENIA Choco Raisin dengan Toastem Pandan Kelapa. Alhamdulillah, rezeki. Jadilah, buat lepas kempunan nak merasa Toastem Pandan Kelapa. 



Ingat nak tambah roti Butterscotch satu lagi. Tapi rasa macam banyak lah pulak berbeli roti😅. Takkan nak makan roti jer semata-mata nak naik ke Cameron Highland kan. Confirm-confirm pedih perut. Sejuk-sejuk mesti nak kena makan nasi jugak. Roti ni cuma untuk buat lapik perut jer buat minum dengan air panas. 


Gardenia Toastem Pandan & Choco Raisin
Nak merentas ke Pahang baru dapat merasa si Toastem Pandan Kelapa ni 😅. 

 

By the way, sedap sangat ke roti Toastem Pandan Kelapa ni sampai licin stock dekat semua convenient stores 😂? Dengar kata kalau bakar lagi sedap (Memang sedap pun 😋💕). Kakak ipar Syu anak beranak memang suka roti GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni. Tambah-tambah bila Syu bakarkan atas pemanggang hari tu. 



Pada Syu rasa dia kira okey lah. Lebih kurang jugak macam rasa Butterscotch, tapi version pandan kelapa & kurang manis. Kira sedaplah jugaklah. Cuma rasa dia tu tak boleh challenge dengan GARDENIA Butterscotch & Chocolate Raisin 😋.  Mungkin sebab Syu suka roti yang manis kot. Cadang nak beli lagi lepas ni. Tapi nak bakar dulu lepas tu makan dengan sekaya Yeo's. Mesti sedap kan 😋💕?



Ada lagi yang belum try ke GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni? Kalau dah cuba, why not korang komen sikit. Mana tahu, apa yang Syu rasa tak sama macam korang rasa 😁. 

Comments

  1. memang sedap tapi susah nak dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak. Tempat Syu memang susah betul nak dapat. Ini pun rezeki. Tak sangka masa nak naik Cameron Highland hari tu ada satu kedai runcit tu ada jual roti GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni. Masa tu tinggal 2 bungkus je lagi. Tapi Syu grab satu jelah. Saja nak test. Kalau sedap boleh repeat lagi cadangnyer 😁.

      Padam
  2. Antara butterscotch dan pandan, saya suka pandan. Sebab tak muak walaupun makan banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😋💕 Barangkali akak suka GARDENIA Butterscotch sebab dia berlemak & manis agaknya. Bukan apa, GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni manisnya macam sedang-sedang jer compared to Butterscotch 😅. Mungkin sebab tu BK tak muak makan.

      Padam
  3. Saya suka roti butterscotch!. Tak pernah rasa lagi roti pandan ni. tak pernah nampak lagi dekat market

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun suka Butterscotch. Toastem ni pun sedap jugak, especially bila dibakar. Cuma pada akak, rasa dia tu tak setanding Butterscotch lah 😅.

      Susah nak dapat roti ni kalau kat tempat akak. Ini pun nasib-nasib jer. Rezeki 😁💕. Kalau ternampak cubalah beli NJ. Baru tahu rasa dia macam mana 😋.

      Padam
  4. tak sempat lagi kite mersa wak...laku keras wak...
    tapi klo Butterscotch lagi best xde la teringin sangat nak rasa haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...laku keras sungguh. Asal nak beli jer SOLD OUT memanjang 😅.
      Pada akak Butterscotch best lagi lah. Mungkin akak suka roti manis. Kalau macam Toastem Pandan Kelapa ni manis dia lite2 jer. Tapi sedap. Especially bila dibakar. Cubalah rasa. Mana tahu berkenan ditekak terus nak repeat lagi 😁.

      Padam
  5. Balasan
    1. Suka jugak pandan. Tapi suka lagi Butterscotch. Hi3😋.

      Padam
  6. Saya sampai ajak abah pergi Tesco sbb alang-alang cari barang dapur boleh jenguk sekali seksyen bakeri kan. Habis jugak roti pandan tu hahahah. Betul punya laku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun ada jugak bercari dekat TESCO/LOTUS dengan 7E. Memang tak hado. 😂 Licin!! Ini pun rezeki terserempak masa nak beli ais dekat satu kedai runcit tu.Kalau tak, tak tahu bila dapat merasa 😅.

      Padam
  7. Family Sha memang suka Toastem Pandan Kelapa ini.. selalu jadikan bekal dalam kereta kalau jalan jauh.. sedap dan tak manis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dia punya manis tu lite2 jer 😋.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!