Google Adsense : Request Review

Oktober 14, 2021

Blogger

Alhamdulillah, Google Adsense (GA) Syu selamat & bebas dari kena banned & suspended. Walaupun income GA Syu tak berapa nak masyuk macam blogger-blogger lain. Pada Syu, dengan keberadaan GA dalam blog Syu ni macam sesuatu yang Syu nak rasa macam rakan-rakan blogger lain ada dalam blog diorang. Sejujurnya, Syu ni bukanlah hadap sangat dengan duit GA tu. Tapi kalau ada, pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru Syu tadahkan 😁.



Kalau ikutkan earnings harian GA Syu hari-hari kosong tau 😂. Bila view earnings dekat Blogger, macam sedih jer tengok amount-nya. Total balance $1 USD pun tak cecah lagi. Tengok rakan-rakan blogger lain siap ada dapat nombor pin bagai. Yang dah cash out kan duit GA pun ada. Tapi Syu tak kisah pun semua tu. Bagi Syu, itu satu anjakan paradigma untuk Syu terus berusaha lebih (Cehhhh...anjakan PARADIGMA tak boleh blah tu!! 😂). Cuma bila ada GA ni dalam blog, Syu rasa macam satu kepuasan dapat tengok blog Syu ada iklan bertepek macam orang lain. Bukan senang nak apply GA ni masa memula dulu. Syu sampai 4x buat permohonan. Masuk kali kelima baru berjaya. Bila dah dapat peluang ni, takkan nak sia-siakan pulak ye dak? Beria-ria mohon sampai 4x kena reject. Lepas tu menyerah macam tu je. Satu kerugian juga pada Syu sebenarnya sebab cepat sangat putus asa.


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Syu faham. Mungkin ada sesetengah rakan blogger dah jadi tak berapa kisah & redha bila GA kena banned & suspended. Yelah, malas nak menagih simpati & merayu-rayu. Mungkin juga ada di kalangan rakan blogger berasa terkilan & redha dengan apa yang jadi pada GA diorang. Tambah-tambah bila ada sesetengah pembaca yang sengaja sabotaj dengan klik iklan banyak-banyak kali. Dahlah GA ni kadang-kadang banyak sangat songehnya bila ada pelanggaran polisi. 



Sejujurnya, kalau dua benda (suspended/banned) ni jadi pada blog Syu Deris,  Syu rasa macam satu kegagalan tau 😂. Rasa down pun macam ada juga. Dapat letak GA dalam blog ni macam satu achievement buat Syu tau. Bukan sebab nak kan duit tu. Tapi disebabkan passion & semangat nak ada blog macam mana orang lain ada.


Berjaya diterima masuk dalam keluarga GA ni macam satu bonus untuk Syu. Tak tahu macam mana Syu nak describe kan lagi dah. Harap ada lah yang faham apa yang Syu cuba nak sampaikan. Mana-mana yang mengikuti perkembangan blog Syu Deris sehingga ke hari ni mesti korang tahu  sejauh  mana Syu struggle untuk bertapak sehingga ke tahap blog Syu Deris yang sekarang ni. Setiap apa yang Syu capai tu, merupakan satu pencapaian yang baik buat Syuderis.com dalam dunia blog. 


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Bila sebut pasal GA ni kan. Dalam dua minggu lepas kalau tak silap Syu, Syu ada terima SURAT CINTA PERTAMA DARI GOOGLE ADSENSE (notis pelanggaran polisi). Memang gelabah jugak bila dapat notis tu melalui email. Kalau ikutkan Syu tak tahu pun pasal notis pelanggaran polisi tu. Sebabnya Syu dah lama tak buka Syu punya GMail. Tak sangka ada satu malam tu entah macam mana Syu terdetik nak buka & baca email. Syu pun tak tahulah apa dosa Syu pada GA ni. Ada saja yang tak kena 😂. Dah lah, earnings tak berapa nak masyuk. Nak apply pun susah. Tiba-tiba dapat pulak berita buruk macam ni. Memang spoiled mood dibuatnya. Padahal nak letak iklan GA, semua Syu auto kan jer. Cuma ada satu dua kerat jer Syu letak manually.


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Lepas baca satu-satu dekat section HOW TO FIX (di bahagian Policy Center GA), baru Syu sedar kesilapan Syu dekat mana. Rupa-rupanya, ada satu iklan tu Syu accidently tersalah letak. Bagi GA, kesalahan parking iklan tu adalah menjadi satu dosa besar bagi  diorang 😆. So, pantang larang tu jangan lah dilanggar. Tak pasal-pasal akan dapat warning email macam ni. Nasib tak kena suspend/banned. Apa-apa pun alhamdulillah. Tak ada apa-apa berlaku pada GA Syu lepas submit REQUEST REVIEW. Cuma peluang untuk Syu buat request tinggal 199 je lagi 😅. Lepas ni tak tahu apa lagi kesalahan yang GA nak cari. Bertabah jelah (Dalam hati : Jangan sampai satu hari nanti aku yang remove kau baru kau tahu 😆)



So, apa yang perlu korang buat bila dapat email yang meruntun jiwa dari GA ni?😖 Macam kondisi Syu, GA Syu mungkin boleh diselamatkan lagi kejap-kejap tu juga. Tapi macam kes sampai kena suspend/banned bagai tu mungkin boleh diselamatkan & mungkin juga tak dapat. Semua tu bergantung kepada budi bicara pihak GA. Harap Syu tak pernah kena lah sampai macam tu.


Google Adsense | Request Review


Untuk kes derhaka letak iklan macam Syu ni, apa yang korang perlu buat adalah dengan memperbetulkan segala apa yang GA dah listkan. Yang ni korang boleh pergi ke POLICY CENTER dekat dalam akaun GA korang. Klik pada link yang ada isu tu then korang follow jer arahan yang GA bagitahu dekat seksyen HOW TO FIX. Bila korang dah rasa yakin yang korang dah fix segala isu-isu tu, korang boleh submit untuk REQUEST REVIEW. Dalam tempoh kurang dari 24 jam, dekat Policy Center korang tadi akan keluar NO ISSUES FOUND.



By the way, kepada rakan blogger ATIQAH NAJIHAH. Takziah atas apa yang jadi pada akaun GA Tiqah tau 😢. Terkejut jugak bila baca komen Tiqah kat blog akak hari tu bagitahu pasal akaun GA kena suspended sebulan 😂. Semoga akaun GA Tiqah dapat kembali kepada asal. Pada yang GA tak berapa nak masyuk macam Syu bertabahlah kita sama-sama yer. Insyaallah, kalau ada rezeki untuk merasa duit GA adalah...Cepat & lambat jer. Tapi kalau tak dapat pun tak jadi masalah. Intellifluence kan hado!! 😁

Comments

  1. Sekarang ini Google Adsense makin sensitif. Tak tahu kenapa. huhu.. :D
    Moga terus sukses kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Kuat sentap GA sekarang ni. Banyak no halnya 😅.

      Naim pun sama!! Moga terus sukses & konsisten dalam berblog😉

      Padam
  2. Team GA memang bersungguh betul buat kerja. Tapi team Blogger lambat pulak. Banyak masalah baru asyik muncul.

    BalasPadam
  3. Semoga tak dapat lagi surat cinta sadis dari GA ni

    BalasPadam
  4. memendam rasa dgn adsense ni. last cash out jan 2019... semenjak ari tu dah nak hampir 3 thn ni duit baru usd70 dlm tu. jeles gk dgn blogger lain yg dpt gaji tiap2 bln...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat juga Abam Kie merasa cash out Google Adsense yer 😁. Syu punya Google Adsense macam tak nampak bayang. Earnings bulanan pun masuk berapa kupang jer.

      Syu pun jeles jugak tengok income Adsense blogger lain mencanak naik. Tapi nak buat macam mana, blogger sendu macam Syu memang macam ni 😅. Dah lah PV pun tak banyak. No wonder Adsense pun sendu jugak.

      Padam
  5. tengok gaya google sekarang makin sensitif, memang redho je lah kalau kena suspend atau disband. Tak mampu nak jaga banyak benda haha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!