Assalamualaikum blogger kesayangan Syu sekalian. Pernah guna servis penghantaran makanan HALO JER? Mesti ada yang tak pernah dengar kan. Syu pun first time guna apps Halo Jer ni. Selalunya Syu order makanan guna GRABFood & Food Panda. Kalau korang nak tahu, aplikasi Halo Jer ni dah ditubuhkan pada tahun 2018 & pertama kali dilancarkan di negeri Johor.
Di seluruh Malaysia sahaja, Halo Jer ni dah beroperasi meliputi 200 kawasan & bakal bertambah ke 250 kawasan menjelang hujung tahun ni. Boleh tahan jugak yer. Selama hari ni memang tak pernah tahu pun pasal kewujudan aplikasi Halo Jer ni. Padahal kawan ni dah lama dah bertapak di Malaysia. Untuk makluman korang, ada 6 servis yang ditawarkan di aplikasi ni. Halo Express, Halo Food, Halo Grocery, Halo Pharmacy, Halo Frozen & Halo Biz. Nak tahu lebih lanjut korang boleh pergi ke website Halo Jer. Nak terus guna diorang punya servis terus pun boleh 😁.
Comel pulak tengok arnab dalam kotak tu 😂. |
Untuk hari ni, Syu nak share pengalaman Syu guna servis Halo Food (Gambar makanan yang Syu order tak dan nak ambik sebab dah lesap masuk dalam perut 😁). Apa yang bestnya pasal Halo Food ni, majoriti makanan yang dijual banyak yang HALAL (Tapi kena tengok betul-betul, takut ada yang sengaja letak tag halal 😅). Peniaga-peniaga pun macam banyak dari kalangan orang Melayu kita. Cuma apa yang tak bestnya, servis penghantaran agak mahal sikitlah jika dibandingkan dengan Food Panda & GRABFood. Tak kiralah lokasi korang jauh ke dekat ke. Setiap penghantaran tetap dicas RM4.
Lepas tu, cash on delivery (COD) sahaja yang tak dikenakan payment fees. Payment fees yang Syu maksudkan ni akan dikenakan pada korang bila korang guna payment method seperti online banking (FPX), E-wallet & card (debit/credit). Untuk payment method macam FPX, cas yang dikenakan adalah tetap, iaitu sebanyak RM0.80 untuk satu transaksi. Manakala, cas sebanyak 3% akan dikenakan bagi pembayaran secara E-wallet & card. Agak costly jugak kan. Tapi benda boleh bayar cash. Apadahal kan? (Dalam hati : aku pun kadang-kadang cashless. Busuk-busuk dalam purse pun ada bawah 50 hengget jer. Ada hati nak pilih COD 😂)
Sepanjang Syu guna aplikasi ni, antara kelemahan dia yang Syu perasan, Halo Jer ni tak ada pilihan untuk order & pick-up macam GRABFood & Food Panda. Voucher & promosi pun sama. Tak hado!! Harap ada lah voucher & diskaun macam GRABFood tu. Baru ramai yang berpusu-pusu nak guna. Secara keseluruhannya Syu suka aplikasi ni sebabnya banyak pilihan makanan Melayu dekat dalam dia. Memang kenalah dengan tekak Melayu Syu ni 😋.
Harga makanan pun boleh dikatakan murah jugaklah. Cuma, bila dah masuk cas penghantaran, harganya jadi lebih kurang jer macam servis penghantaran makanan yang lain. Walau macam mana sekalipun, setia Syu tetap pada GRABFood 😁💕. Kalau sekali-sekala nak guna Halo Jer tu boleh lah. Dengar cerita, Halo Jer dah nak ada Halo Wallet macam GRAB. Kita tunggukan kemunculannya macam mana. By the way, dekat bawah ni Syu selitkan video tutorial penggunaan aplikasi Halo Jer. Semoga bermanfaat 😊💕.
Menarikk
BalasPadamKalau ada cover tempat Rabiah, Rabiah cubalah. Sekali sekala 😁💕.
Padamhari tu dah install...dia tak cover area rumah MY... huhu
BalasPadam😂 Hu3. Kalau yang itu memang tak dapeklah nak menolong MY.
PadamDah jauh la dia jalan. biasa nampak kat group geng pontian je. Tapi tak pernah cuba
BalasPadamAkak pun tak pernah jangka Halo Jer ni dah sejauh ni. Tak sangka jugak banyak kawasan diorang cover. Dapat tahu pasal Halo Jer ni pun dekat FB. Lepas dah cuba menarik jugak 😁.
PadamDia ada cas penggunaan online banking tu sebab diorang pun kena bayar guna FPX tu. Tapi kira okay lah juga caj ke mana-mana RM4 je. Cumanya sayang sebab mungkin syarikatnya tak sebesar Grab dan FoodPanda, itu yang tak boleh nak ada banyak feature macam syarikat diorang
BalasPadamCompany Melayu. Biasalah sis. Kalau ramai support insyallah satu hari nanti diorang bakal jugak jadi macam dua syarikat penghantaran yang besar macam FP & GRAB 😁.
PadamPestime dgr halo je ni.. Ok next time bole try tp mcm x nmpk. Lagi kat kl ni rider2 helo je...
BalasPadamSyu pun first time jugak dengar pasal Halo Jer ni. Kalau ada dekat area Kak Ret, support lah sikit. Rasanya, Halo Jer ni company Melayu. Sekali sekala support bisnes orang Melayu kita apa salahnyer kan. Hi3 😁.
PadamAmmi ada install apps Halo Je kat phone.. Tp masa nak register dia hang manjang. Langsung terencat.
BalasPadamSyu pakai elok pulak laju 😅. Cuma kalau pakai wifi office dia jadi slow sikit.
PadamUtk org2 Kelantan , Kuala Krai , machang , tanah merah , Rantau panjang , pasir pekan dh ada halo delivery gais...blh terus download apps skrg.
BalasPadam