Alhamdulillah. Isnin yang sangat indah & permulaan yang sangat baik jugak untuk bulan Oktober ni. Otak rasa fresh jer nak buat kerja. No Monday blues bagai 😁. Mungkin sebab dah puas memerap & bertapa dalam rumah agaknya. Start malam tadi, Syu dah start ubah jadual tidur Syu.
Normally masa PKP hari tu Syu selalu stay up & dah Subuh baru pejamkan mata. Layan movie blog semua. Tapi malam tadi, walaupun tak boleh nak tidur, Syu tetap paksakan diri untuk lelapkan mata. Bukan apa, sebab esoknya dah nak kena bangun awal. Nanti confirm tak cukup tidur esoknya.
Lepas settlekan hal husband untuk bersiap pergi kerja, Syu siap-siapkan diri Syu pulak. Dalam pukul 7 macam tu dah settle semua kerja Syu. Buang sampah, siram pokok, bersihkan kandang kucing,cuci pinggan mangkuk segala. Kalau nak tahu, Syu masuk kerja 8.30 pagi. So, ada lah sikit masa nak layan blog sekejap dalam sejam. Sempatlah create satu post pasal Parcel Kayangan Dari Bumi Kenyalang pagi tadi. Itu pun ada jugak "typo" 😆.
So, apa jer yang jadi dekat office hari ni? Macam biasalah kan. Bila dah lama tinggalkan office, otak pulak tertinggal dekat rumah. Ada jer yang Syu lupa hari ni. Kawan-kawan Syu pun sama tak terkecuali. Office pun berhabuk & kotor. Of course nak kena buat cleaning sikit supaya selesa nak buat kerja.
Lap meja, sapu & mop lantai, cabut segala macam hiasan raya yang dah berkurun-kurun tak cabut. Lama betul sambut Raya Aidilfitri 😂!! So, nak tak nak kitorang dekat office pun ramai-ramai lah bergotong-royong kemas satu office. Memang sakan berhabuk. Meja, lantai, cermin semua lah. Even kaki Syu pun jadi hitam dibuatnya.
Selesai jer kemas officer berjemaah, kitorang pun buatlah kerja masing-masing. Hari ni, setengah hari kerja Syu sibuk dengan urusan permohonan permit pekerja asing jer. Risau jugak sebenarnya kalau-kalau permohonan tak lepas masa mohon masa PKP hari tu. Sebabnya, sticker permit tu masih belum sampai-sampai lagi. Lepas follow up balik dengan orang MyEG, alhamdulillah semua permit dah settle & approved.
Rupa-rupanya masa 30 haribulan hari tu, runner MyEG ada call office untuk buat penghantaran. Tapi tak berjawab. Almaklumlah, kitorang semua mana masuk kerja lagi time tu. So, office pun kosong tak ada orang. Nak tak nak, hari ni Syu terpaksa terpaksa follow up semula dengan MyEG untuk buat penghantaran semula stiker permit.
Sambil menyetelkan hal permit, Syu sempat lah keluar kejap buat penghantaran dokumen ke pemaju. Of course bila dah keluar tu akan ada selingan sikit 😁. Alang-alang dah ke pekan. Bukan selalu. So, masa dekat pekan tadi Syu sempat singgah kedai jual makanan ringan dekat belakang UTC Ipoh.
Bukan apa, Syu teringin nak makan jeruk pelam. Dapatlah grab dalam setengah kilo. Kalau ikutkan banyak Syu nak beli sebenarnya. Demi menyahut seruan misi menguruskan badan, Syu terpaksa menahan nafsu.
Ni sekali hadap jer ni. Dah lah Syu hantu jeruk. Kena pulak sambil buat entri ni sambil mengunyah. Memang sekali hadaplah gamaknyer 😋. |
Memang rambang mata tengok jajan-jajan yang ada dalam kedai tu. Tak sempat nak snap gambar sebab rushing nak balik office. Bukan apa, nanti mengular lama-lama takut kena aim 😂. Sekali sekala tak mengapa yedak.
By the way, lupa Syu nak bagitahu. Hari ni buat pertama kalinya Syu dapat dine-in. Memang best lah hari pertama masuk kerja hari ni. Harap hari-hari yang seterusnya berjalan lancar macam hari ni 😊💕. Amin...
Selamat kembali berkhidmat!
BalasPadamTerima kasih BK 😁.
PadamSelamat bekerja.. Esok jangan tinggalkan otak kat rumah lagi tau.
BalasPadamAmmi ni walaupun seminggu 2-3x gi keje ttp jugak tertinggal hati kat rumah.
Selamat bekerja jugak Ammi😜!! Tak...tak tinggal dah. Hi3 😁.
Padamselamat bekerja , haihh nampak sedap juga jeruk tu , lama tak makan jeruk ni
BalasPadamMekasih CCL. Sama lah. Dah lama tak makan sejak kena kurung 😅. Tu pasal sanggup mengelat kejap pergi beli dekat pekan time waktu kerja 😋💕.
Padamsedapnya jeruk..Selamat bekerja :)
BalasPadamSedapkan. Syu paling suka jeruk pelam macam ni 😋.
PadamSemangat kan masuk kerja hari pertama setelah lama tak g opis..hahaha..sedapnya jeruk tuuu
BalasPadamTahu takpe 😁. Rasa macam masa mula-mula masuk kerja dedulu. Otak kosong. Blur2. Ha3 😂.
PadamAmboi... flex gambar jeruk nampak... dapnya!
BalasPadamSaja. Nak bagi uncle gedek terliur 😜. Tapi kan, bukan orang lelaki tak berapa suka makan jeruk ke 😅.
Padamsyok kan dpt keje kat ofis..
BalasPadamlg feel nk buat keje.. hehe..
selamat bekeje utk syu! =)
Selamat kembali bekerja Syu. Macam macam boleh menyempat tu. kecur tengok jeruk mangga tu. Lama tak makan jeruk mangga tu. Zaman kanak kanak suka nau makan jeruk mangga. dah besar ni makan jeruk mangga moden. Potong potong mangga lemak dan tabur asam boi je. Hihi
BalasPadamMekasih kak. Akak cerita pelam potong-potong letak asam boi pun Syu dah terliur membayangkannya. Wanita & jeruk ni memang sungguh berpisah tiada 😁. Tapi kan kak, mangga muda dekat tempat Syu ni macam susah betul nak dapat. Kalau beli yang hijau pun macam dah lembik kat dalam. Frust gila rasa.
Padamselamat kembali ke office! Sedapnya jeruk tuuuuu dah lama tak makan!
BalasPadam