MAE by Maybank2U : Rugi Tak Masukkan Referral Code!! 😥

Oktober 28, 2021

Hari ni Syu nak cerita sikit pasal pengalaman pertama Syu daftar aplikasi MAE(Maybank E-Wallet) ni. Harap korang tak repeat apa yang Syu dah buat. Pada Syu, ianya adalah satu kerugian besar bila korang daftar tak masukkan Referral Code semasa mendaftar aplikasi ni. Macam Syu dah rugi RM10 sebab accidentally tertekan apa entah sampai tiba-tiba terlepas masukkan Referral Code blogger Kak Kamsiah. Tambah pulak line wifi office macam sengal pulak time tu 😂. Mungkin, tak berkat agaknya sebab curi-curi waktu kerja semata-mata nak daftar aplikasi MAE ni.



Walapun RM10, agak kesal jugaklah sebenarnya sebab tak dapat berkongsi rezeki dengan tuan empunya kod 😞. Nak buat macam mana. Anggap saja tak ada rezeki. Syu harap korang JANGAN repeat apa yang Syu buat masa nak daftar aplikasi ni. Rugi tau!! Melepas duit dalam MAE korang. Kalau ada RM8 ke atas dalam MAE, korang dah boleh apply kad ni 😁. Tapi kalau Syu ada duit lebih dalam MAE ni sekalipun, Syu rasa Syu tak apply kot kad ni. Bukan apa, kad bank yang sedia ada ada dalam purse pun tak terbela. Lagi nak tambah kad? Macam payah jer ada banyak-banyak kad ni 😂.


MAE Kad


Untuk pengetahuan korang, kalau ikutkan Syu memang tak pernah dengar langsung pasal aplikasi MAE by Maybank2U ni. Padahal aplikasi ni dah dilancarkan pada Oktober 2020 tahun lepas. Kiranya kalau masuk Oktober tahun ni kira ngamlah setahun. Nampak sangat Syu ni ketingalan pasal aplikasi perbankkan MAYBANK ni😂. Apa-apa pun, terima kasih pada blogger Kak Kamsiah sebab sudi berkongsi info Duit Free Dari MAE Maybank di Blogger pagi tadi. Memang bermanfaat sangat untuk Syu bila diberi pendedahan pasal aplikasi ni. Pada yang belum tahu pasal aplikasi MAE ni, MAE ni sebenarnya e-wallet MAYBANK yang memudahkan korang untuk buat apa-apa transaksi pembayaran tanpa wang di tangan (Cashless). Untuk pelanggan MAYBANK, aplikasi ni kira aplikasi nombor dua selepas MAYBANK2U. Cuma MAE ni lebih menarik sikit dia punya fungsi & ciri-ciri dia.



Bila Syu explore satu-satu, bagus jugak sebenarnya aplikasi MAE ni. Macam-macam korang boleh buat especially bila korang ada perancangan untuk buat tabungan & merancang perbelanjaan korang supaya korang tak over spend. Bukan tu jer, kalau korang buntu nak makan dekat mana korang, korang boleh guna aplikasi ni untuk tunjukkan tempat makan yang berhampiran dengan korang. Memang terbaiklah kan.



Actually ada banyak lagi benefits aplikasi MAE ni. Cuma Syu tak habis explore lagi. Nak cerita lebih-lebih pun tak syok jugak sebab Syu pun baru jer daftar hari ni. Tapi bila Syu dah buat comparison dengan aplikasi Maybank2U, Syu rasa aplikasi MAE ni lagi better. Roughly, apa yang Syu perasaan pasal aplikasi MAE ni:


  1. Dia punya features tu lebih elok sikit berbanding aplikasi Maybank2U.
  2. Boleh buat transaksi perbankkan sama seperti di aplikasi Maybank2U.
  3. Pembelian tiket (movie, bus, ERL, penerbangan, dll.) - Tapi mahal sikitlah. Better direct beli dekat website tiket tu terus 😄.
  4. Boleh cari tempat makan bila korang ketandusan idea nak makan dekat mana - Tapi korang kena filter dulu untuk cari kedai yang berstatus HALAL. Sebab dalam aplikasi ni semua merchants dia campur sekali.
  5. Boleh split tabungan korang mengikut kategori simpanan yang korang nak ( Melancong, membeli-belah, kecemasan, dll.) - Tak payah main kutu dah lepas ni nak kumpul duit 😂.
  6. Penjejak perbelanjaan automatik (Automated expenses tracker) - Korang boleh keep track perbelanjaan bulanan korang mengikut kategori. So, senang korang nak tahu korang banyak habiskan duit dekat mana.
  7. Ada diselitkan jugak tips-tips berkaitan dengan perbankan.

MAE Referral Code
Guna kod rujukan NB109223 untuk dapatkan reward RM10 dalam e-wallet korang. Sah sehingga 5 Januari 2022. 


By the way, untuk info lebih lanjut berkenaan dengan aplikasi MAE ni korang boleh baca di website Maybank2u. Kalau tak keberatan korang boleh guna Referral Code Syu untuk dapatkan RM10 yang Syu terlepas nak dapat masa daftar tadi 😅. Serius rugi tau kalau sign up tak guna Referral Code. Siapa nak bagi RM10 free senang-senang macam tu jer. Cara set up/sign up akaun di aplikasi MAE korang boleh klik link dekat bawah :


👉 Pelanggan baru MAYBANK - Belum ada akaun MAYBANK2U
👉 Pelanggan MAYBANK - Yang dah ada akaun MAYBANK2U



Dah ada M2U klik pada EXISTING. Yang belum ada klik pada APPLY 😉.


Bagi pelanggan MAYBANK, lepas set up aplikasi ni korang akan dapat dua akaun. Satu akaun e-wallet MAE & satu lagi official bank akaun korang di MAYBANK. Jadi jangan terkejut pulak bila korang tengok dekat dashboard MAYBANK2U & MAE korang ada dua akaun. For those yang pernah ada pengalaman guna aplikasi ni share-sharelah sikit pengalaman & pengetahuan korang. Mana tahu ianya bermanfaat untuk orang lain terutamanya macam Syu yang baru tahu pasal aplikasi ni 😊💕.


(Tips : Masa nak sign up, JANGAN tekan back atau pangkah. Nanti korang akan terlepas peluang untuk masukkan referral code macam Syu 😂. Rugi tau!!)

Comments

  1. Besok kat ofis nak cubalah. Malas pulak nak on laptop kat rumah ni. Nak pakai Henfon mcm alahaiiiii tak puas mata memandang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Tapi jangan lupa masukkan referral code tau Ammi. Nanti tak dapat RM10 😂.

      Padam
  2. semua urusan dihujung jari je dah skrg kann., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Wak Lat. Semua kat hujung jari jer sekarang ni 😁💕.

      Padam
  3. ramai share pasal ni di socmed kak ana tengok syu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu jarang bukak socmed kak. Tambah-tambah FB 😅. Ni pun dapat tahu lepas baca blog kak Kamsiah.

      Tak share rugi, sebab referral code tu boleh buat tambah-tambah duit dalam MAE 😁. Sebab tu ramai yang share dalam socmed. Kot-kot ada orang guna.

      Padam
  4. Patut tadi nampak ada group blogger share jugak pasal nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Sue. Ramai yang share pasal ni. Kalau nak daftar better masukkan referral code. Masa nak daftar tu pulak kena hati2 jangan tersalah tekan pangkah & back segala.Nanti jadi macam Syu. Dah rugi RM10 😅

      Padam
  5. dh buat lama dah tp x reti pakai.. mmg terlepas rm10 sbb ms tu xde pulak heboh org share referrral code

    BalasPadam
  6. Kalau buat transaksi guna aps maybank2u memang ada keluar pasal mae nie.. cuma selalu pangkah je.. hehehe

    BalasPadam
  7. Da buat da dpt rm 5 je bukan rm 10

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye,betul. Dulu RM10. Sekarang dah kurang jadi RM5. Jadilah, dari tak dapat langsung 😌.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!