Assalamualaikum sayang-sayang Syu sekalian. Dah ada kat kampung ke tu? Ke baru nak balik? Pada yang duduk jauh merantau di negeri orang mesti satu kelegaan pada korang sebab dapat rentas negeri kan? Walaupun sudah hampir seminggu sempadan negeri dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia merentas, Syu yakin ada sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum berkesempatan untuk berbuat demikian atas sebab kekangan kerja.
Almaklumlah, kebenaran merentas negerinya kan jatuh pada hari Isnin. Takkan nak apply cuti tergempar pulak kan? Memang minta kena maki dengan bos jawabnya. Nak tak nak terpaksa tunggu sampai hujung minggu ni. Hari Selasa minggu depan Public Holiday bersempena Maulidur Rasul, Syu pasti ramai yang mohon cuti straight sampai ke hari Selasa tu 😂.
For those yang merancang untuk merentas negeri menggunakan lebuhraya, berikut antara senarai R&R PLUS yang dah dibuka untuk korang singgah masa korang merentas negeri untuk balik kampung nanti. Bukan takat singgah jer. Dine-in pun dah boleh. Tapi, untuk mereka-mereka yang lengkap dua dos jer okay. Semoga info ni bermanfaat untuk korang.
- R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
- R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
- R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
- R&R Rawang (Arah Utara)
- OBR Sg. Buloh
- R&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)
- R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
- R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)
- R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
- OBR Ayer Keroh- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Machap (Arah Utara & Selatan)
(Dibuka mulai : 8 Oktober 2021)
- R&R Ajil (Arah Utara)
- R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
- R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)- R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)
- Pengguna lebuh raya digalakkan membawa perlengkapan ibadah sendiri. Sabar tunggu giliran untuk melakukan ibadah & sama-sama putuskan jangkitan Covid-19.
- Pengguna lebuh raya di R&R perlu mematuhi SOP dan elakkan ke R&R yang telah penuh. Jaga jarak fizikal, cuci tangan dan sentiasa memakai pelitup muka.
- Pengguna lebuh raya di R&R dinasihatkan untuk tidak terlalu lama di R&R. Beli makanan secara take away.
Alhamdulillah
BalasPadamMereka dapat berniaga semula
tak ke mana pun sebab seram tengok jalan jam sana sini. Hot spot pun dah sesak dengan orang
BalasPadamRnR kegemarn adalah RnR Tapah haha
BalasPadamSama lah kita, ha3 😆. Akak suka singgah situ beli makanan, buah & jajan2 😋💕. Lagi satu R&R Jejantas Sg. Buluh 😁. Sanggup berhenti singgah semata-mata nak makan Sate Kajang dengan Burger King 😂.
PadamSinggah RnR untuk solat je..
BalasPadamSyu package sekali solat, makan & buat investment. Kih3 😆.
Padam