Dalam beberapa hari lepas, kalau tak silap Syu satu dunia mengadu & marah pasal gangguan perkhidmatan 3 platform media sosial ni. Facebook, Instagram & WhatsApp 😅. Sampai jadi trending lah dekat Twitter. Berdasarkan laporan DownDetector, gangguan ni jadi masa pukul 11.30 malam waktu Malaysia. No wonderlah Syu tak tahu sebab benda ni jadi masa Syu dah syahid dibuai mimpi.
Bukan apa, mungkin Syu bukan jenis yang 24 jam tak berlekang menghadap sosmed macam FB, Insta & WhatsApp agaknya. So, bila 3 platform media sosial ni hilang dari radar, pada Syu ianya tak memberi kesan apa pun pada Syu. Lagipun, kejadian ni jadi masa waktu tidur Syu. Memang sikit pun Syu tak hairan apa yang jadi. Kalau Syu ada masa kejadian tu berlaku sekalipun, pilihan tetap Syu adalah untuk TIDUR. Lantak nak jadi apa pun 😆. Dah malam, lagi baik tidur. Kan?
We’re aware that some people are having trouble accessing our apps and products. We’re working to get things back to normal as quickly as possible, and we apologize for any inconvenience.
— Facebook (@Facebook) October 4, 2021
Mungkin Syu tak rasa terkesan dengan apa yang jadi ni. Faham-faham jelah. Sebab insan bernama Syu Deris ni memang tak terlampau addicted sangat dengan platform sosmed macam FB & Insta. Kalau WhatsApp tu mungkin ada kepentingannya sikitlah. Sebab memang selalu guna untuk berkomunikasi hari-hari. Pengguna dari negara lain mungkin terkesan banyak masa tu. Almaklumlah, malam di Malaysia dah confirm-confirm tak sama dengan waktu di negara-negara lain. Time siang-siang hari mestilah pengguna-pengguna tegar sosmed-sosmed ni nak buka & guna.
Apa-apa pun ketiga-tiga platform sosmed terkemuka ni ada bagitahu tentang masalah ni di Twitter. Siap minta maaf lagi. Tapi rata-rata, ramai jugaklah yang marah bila benda macam ni jadi. Mungkin ada dalam kalangan pengguna tu terdiri dari kalangan pemilik syarikat-syarikat besar, businessman/businesswoman yang menggunakan ketiga-tiga platform sosmed ni untuk berbisnes. So bila down, mati akal lah diorang-diorang ni. Kita tak boleh nak cakap yang marah tu semuanya pentaksub sosmed-sosmed. Kita kena fikir, yang sosial media jugak antara salah satu platform untuk buat marketing. Bukan hanya untuk share & update kehidupan diri sendiri jer.
Instagram and friends are having a little bit of a hard time right now, and you may be having issues using them. Bear with us, we’re on it! #instagramdown
— Instagram Comms (@InstagramComms) October 4, 2021
Tapi yang pasti, komen-komen dekat Twitter memang hidup gila!! Memang tergelak bila baca komen satu-satu 😂. Yang menganjing, memaki, siap buat meme guna gula-gula dalam drama Korea "Squid Game" pun ada. Macam-macam. Kalau tak percaya pergi baca dekat Twitter. Nasiblah Twitter tak down. Ada jugak platform sosmed terakhir untuk mereka-mereka ni menghiburkan hati. Apa-apa pun Syu bersyukur, Blogger tak kena tempias. Kalau setakat bermasalah sikit tu mungkin boleh diterima lagi. Tapi kalau masalah besar sampai tak boleh nak recover memang habislah. Tak ada lah platform untuk Syu berceloteh panjang 😅.
We’re aware that some people are experiencing issues with WhatsApp at the moment. We’re working to get things back to normal and will send an update here as soon as possible.Thanks for your patience!— WhatsApp (@WhatsApp) October 4, 2021
Dulu pun company ni pernah down jugak. Mungkin diorang patut pakai sistem atau server lain-lain. Ni tak. Kalau problem, semua tiga-tiga sama-sama problem.
BalasPadamItulah pasal. Memang pernah down pun sebelum-sebelum ni. Cuma kali ni macam teruk sikit.
PadamAkak pun tak tahulah BK. Tak reti bab-bab sistem yang diorang pakai. Yang pasti tiga-tiga platform sosmed ni memang kena serentak 😆.
Wak kalau pukul sebelas lebih dah tido
BalasPadamMemang tak jumpalah
Samalah dengan saya wak. Memang tak tengok dah FB, Insta & Wassup ni. Even kalau tak dapat tido sekalipun, saya lebih rela layan YTube Channel & movie 😅.
PadamPatutlah ammi pun tak perasan. 11.30 malam ammi tengah cuba rentas negara dalam mimpi
BalasPadamSamalah kita Ammi. Masa benda ni jadi hari tu pun, memang Syu tak bukak langsung FB, WhatsApp & Insta segala. Sebabnya jadual harian Syu dah bertukar sebab esoknya nak kerja. Antara sosmed & tidur, Syu pilih tidur. Ha3 😆.
Padamkite tau pon sebab dgr radio..hahahah.
BalasPadamAkak tahu pun lepas tengok Twitter. Boleh tahan trending. Ha3 😆.
PadamMacam macam meme keluar masa ni. Twitter rileks je tempat santai santai semua orang :)
BalasPadamDi hari kejadian saya tidur awal sikit sebelum kejadian berlaku.
Betul kak. Kreatif betul. Ada saja idea diorang nak buat meme macam tu. Tak terfikir langsung dek akal.
BalasPadamSamalah kak. Pukul 11.30 malam tu memang saya dah hanyut dah. Segala mak nenek FB, Insta & WhatsApp memang tak layan dah. Tidur lagi penting. Itu pun sebab esoknya nak kena kerja 😅.
Saya tahu ada problem punn lepas dah bangun tidur esok hari tuuu sebab malam tu dah belayar alam mimpi hahahaha
BalasPadamkita yang dekattwitter ni memang tak tahu la bila FB, IG dengan WA down. Tahu2 trending haha
BalasPadam