Kemarin keluar dating tak dapat dine-in, semalam kitorang laki bini cuba nasib untuk terjah lagi mana-mana kedai yang buka untuk dine-in. Bukan apa, saja. Malas nak masak hari ni 😁. Bukan selalu mood malas masak ni datang. Lepas jer Maghrib, kitorang pun keluarlah jalan-jalan cari makan.
Actually, dah ramai dah peniaga-peniaga yang dah start buka kedai & meniaga tepi jalan. Tapi, yang open untuk dine-in cuma ada dalam dua tiga kerat. Kalau buka pun, hanya terhad untuk beberapa meja jer. Even, kedai makan yang Syu selalu pergi makan sebelum-sebelum ni pun masih belum ready nak terima pelanggan untuk makan dekat kedai. Sebabnya ada lagi pekerja diorang yang masih belum lengkap divaksin. Diorang cuma berani open untuk take-away jer. Sedihnya. Kita nak dine-in. Sob2 😢.
Bila dah hajat nak dine-in asyik tak tercapai, apa lagi. Merata-rata lah kitorang meronda. Bayangkan. Dekat 3 kali lalu mainroad simpang nak masuk ke taman rumah sendiri. Tak masuk-masuk jugak, macam orang sesat tak jumpa jalan balik rumah 😂. Nak tapau makan dekat akak nasi goreng udang selambak tu dah habis lah pulak. Nak tak nak merondalah kitorang cari makan. Actually ada banyak jer kedai makan buka. Even yang meniaga tepi jalan pun bersusun. Cuma tak biasa pergi. Nak cuba tak berani. Takut tak sedap 😁.
|
Apa yang dicari pun tak tahu lah. Kejap ke depan, kejap ke belakang 😃. Dah lah 7 Eleven ni boleh tahan jugak mahal barang-barang dia 😂. Kalau masuk kedai Eco 2 tak ngape lah jugak pusing depan belakang isi penuh raga 😆. |
Gara-gara tak nak balik rumah punya pasal 😂. Kitorang pun meronda-ronda macam orang gila bercari makan. At least, takdelah balik bawa tangan kosong kan. Lepas tapau makan dekat kedai Pak Jabit, kitoang pergi bercari burger dekat taman rumah bujang husband duduk dedulu. Sampai-sampai jer, abang burger pulak tutup kedai kejap sebab gas habis 😅. Aduhai. Spoiled lah. Dek kerana burger abang tu sedap, so kitorang pun decide untuk tunggu. Sementara menunggu tu, kitorang pun pergi menyinggah pulak 7 Eleven bercari jajan & Slurpee. Nasib 7 Eleven nya dekat belakang stall abang burger tu jer. Sekali sekala apa salahnya selit selingan sikit. Janji keluar 7 Eleven, abang tu dah siap pasang gas kat dapur dia 😁.
|
Memandang bigboss sorang ni pernah kerja 7 Eleven , kita bagi dia buat. Mana tahu time tengah isi Slurpee tu dia boleh flashback balik pengalaman dia kerja kat 7 Eleven 😆. |
Seelok-eloknya kalau korang nak beli Slurpee, better jangan campurkan macam Syu buat ni. Ni nasihat daripada husband Syu lah. Tapi masalahnya, dah beli masuk kereta baru nak bagitahu. Tadi time masa kat dalam 7 Eleven tak nak cakap. Menyirap pulak rasa 😂. Bila korang asingkan at least korang boleh rasa perisanya satu-satu. Tapi itu kalau korang beli lebih dari satu cup lah. Kalau korang beli satu cup jer, lagi baik campur dua-dua. Takkan korang nak beli sampai dua cup kan kalau nak minum sorang.
Pada Syu Slurpee Strawberry Yogurt ni sedap jugak rasa dia. Ada rasa masam-masam manis strawberry & bergas. Cuma dia tak boleh challenge kesedapan flavour yang Tutti Frutti tu jelah 😋. Yang pasti sedap. Sedap lagi dari air yang berkeladak hari tu (Masih tak boleh move on dengan air yang satu tu 😅). Apa-apa pun, overall Syu suka kedua-dua flavour Slurpee ni. Rasa macam nak pergi mengulang beli lagi pulak esok. Bukan apa, bila sedut tu memang layan gila. Tambah bila minum time malam-malam. Memang rasa macam kena freeze kejap kepala otak ni 😆.
|
Jadilah dapat sorang satu cup. Kalau beli satu jer nanti takut berperang. Ada sedut banyaklah apa lah. Padahal Slurpee jer pun 😜. |
Jenuh mencari kedai ye. Last last masuk 7E berslurpee. Biasa beli pun campur campur je. Betul Syu, barang dalam 7E semua mahal mahal. Kadang terpaksa membeli jugak.
BalasPadamBetul kak. Ramai peniaga yang belum bukak untuk dine-in. Semalam baru dapat merasa. Itupun pergi dengan kawan sekerja.
PadamKalau sekali-sekala time terdesak boleh lah kak nak beli dekat 7E tu. Memang mahal barang-barang dalam tu. Murah lagi 99 SpeedMart 😅.
Air berkeladak Hahaha.. Ammi pun terbayang penceritaan awak haritu.
BalasPadamPenah minum slurpee sekali dia punya mengilulah.. Kejung otak
Sampai ke hari ni Syu teringat-ingat tau 😅. Memang tak sedap sungguh.
PadamKejung otak kan. Tambah pulak bila sedut banyak-banyak. Tapi lepas dah sedut, ketagih nak sedut lagi. Ha3 😆.
jarang nak beli slurpee di 7e ni , tapi dapat rasakan masam manis stawberi ni
BalasPadamAkak pun jarang jugak beli Slurpee ni. Sebab kadang-kadang bila nak beli, machine-nya selalu rosak 😂. Bila terjumpa machine yang elok, apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang lah!!😆
Padamhahahaha tu lah kalau jadi kak syu pun geram gak. Dah masuk kereta baru nak cakap haha
BalasPadamItulah pasal. Dah masuk kereta baru nak bagitahu. Padahal orang tu sendiri yang isi Slurpee kat dalam cup 😂.
Padam