Dari tahun lepas bela. Banyak ini jer yang menjadi. Dah kenapa lah dengan korang ni 😅. |
Dalam bab-bab berkebun ni ada masa & ketika tak semuanya yang ditanam menjadi. Contoh macam kes pokok berjuntai yang macam Syu tanam ni. Kalau ikutkan ada 4 jenis semuanya. Empat-empat pokok ni perangainya sama, sejenis hidup segan mati tak mahu.
Banyak kali dah tukar tanah & tempat, ada saja yang tak kena. Campak baja pun macam tak ada function. Sudahnya Syu lantakan jer 😂. Siapa suruh bebal sangat. Dah bagi kasih sayang sepenuh hati boleh pulak buat perangai. Bukan kita kerah suruh buat kerja rumah bagai. Suruh hidup beranak pinak dalam pasu pun sikit punya seksa.
Tengoklah yang orang ni bela. Elok segar bugar penuh pasu. Warna pun cantik jer. Sejuk mata memandang. Yang kita punya? Sakit hati tengok 😂. |
Sudahnya, satu pasu jer yang dapat survived. Yang lain (String of Turtles, String of Dolphins, String of Pearls) semua dah RIP. Ini pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Tengok Mat Salleh elok jer tanam dalam pasu beranak-pinak. Siap berjurai-jurai lagi sampai nak cecah lantai.
Yang kita punya? Mengucap panjang dibuatnya. Hari-hari tengok perkembangan memang seperti meminta untuk dicarutkan 😂. Tapi, tak baik nak carut-carut pokok kan. Mana tahu, dalam tengah kita dok siram tu dia dok berselawat berdoa untuk kita. Nak tak nak bertabah jelah . Terus jer bela walaupun hidupnya segan mati tak mahu 😅.
Ada tak dalam kalangan kawan-kawan blogger Syu bela pokok ni. Kalau ada tolong lah share tips sikit dekat ruangan komen. Jenuh dah Syu bercari artikel pasal penjagaan pokok ni. Mak sedara dekat kampung tanam pokok bunga elok jer tak banyak perangai. Siram dengan air siang ikan pun elok membulat. Pokok yang kat rumah Syu ni banyak pula songgehnya. Ke sebab pokok ni patutnya duduk dekat tanah tinggi? Musykil dah Syu 😕.
kalo sy agknya xsempat tumbuh pokok2 ni.. haha..
BalasPadamsy lg xreti nk jg..
tp mcm berminat jgk nk menanam.. huuhu
Syu suka menanam. Tapi bila tak menjadi tu yang sedih tu 😂.
PadamKena membelai selalu ni..
BalasPadamBanyak lagi kerja lain yang nak dibuat. Takkan asyik nak kelebek pokok 24/7 😂.
Padamcantik..tapi pokok pokok manja ni.. malas la nak tanam.
BalasPadamCantik kan pokok ni. Memang terlebih manja sangat MY. Payah sangat nak hidup pun 😅.
PadamMY malas nak tanam. Syu pulak terbalik. Syu rajin nak menanam, tapi pokok pulak PEMALAS nak hidup 😂.
kalau hidup ni lawa..cuba syu search cara jagaan..biasa pokok2 rare cmni ssh jaga kot hahaaa
BalasPadamItulah pasal. Memang lawa kalau dia hidup. Ada juga search kak. Tapi bila dah apply kat pokok tak jadi.
PadamNak kata rare tu, mungkin lah kot...tu pasal macam susah sikit nak bela sebab manja bebeno. Ada saja yang tak kena. Ini tak boleh, itu tak boleh. Jadi menyampah nak bela 😂.
Haha kesian..dh diberi cukup kasih sayang,disiram,dibaja..masih degil jugakbya. Cuba ugut kalau kau tak mau tumbuh aku cantas buang kau..
BalasPadamMemang degil pokok ni. Jenuh bela, tak nak dia beranak-pinak 😅.
PadamPernah jugak cakap macam ni, tapi dalam hati jelah 😂 : "Lain kali kalau tak nak hidup, sila mam..."
Sudahnya, sampai ke hari ni dia hidup segan mati tak mahu. Geram pulak rasa 😂.
kome bagi dia makan apa sampai dia terbantut gitu?
BalasPadamTeman bagi dia makan nasi hari-hari. Ha3 😆.
PadamBagi baja, air, matahari & kasih sayang lah Ammi. Segala mak nenek baja udah Syu bagi. Baja kopi, baja NPK, baja tahi kambing ayam segala. Tahi orang jer belum terfikir lagi nak bagi 😂.
Sy x pandai menanam 😂 Tp suka tngk uma org yg segar dgn bunga & tnmn
BalasPadamtak pernah lah pulak bela pokok ni. Tanah tu kot yang problem?
BalasPadam