TeaLive Onde-onde : No More Repeat Order!! 😂

Oktober 01, 2021

Syu order Nishio Matcha  & Onde-onde Smoothie.

Ni alkisah semalam tau. Memandangkan dah end of September. Saja nak manfaatkan voucher 50% HOTDEALSGF di GrabFood sebab dengar kata expired semalam. Konon-kononnya, taknak terlepas peluang dapat diskaun 50% lah kiranya. Tapi, pagi tadi bukak elok jer ada lagi promo jer. Geram pulak rasa 😂. Nampak gayanya, Syu tertipu yer akak-akak adik-adik. 


Kelebek punya kelebek, tekak rasa teringin nak cuba minum TeaLive. Selama hidup dekat muka bumi Allah ni, seumur hidup Syu tak pernah cuba minum TeaLive 😆. So, semalam terdetik nak cuba. Saja nak rasa. Memang semalam, hari "saja-saja" agaknya. Saja nak order, saja nak rasa. "Saja-saja" segala. Nak dijadikan cerita, Syu pun order lah flavour yang tengah viral sekarang ni. Alah yang onde-onde tu. Bunyinya macam sedap sangat. Tapi Syu order satu cup je lah. Yang satu lagi Syu order flavour mactha. 

😂Nampak macam sedap, tapi hakikatnya...mengucap panjang bila nak sedut.

Bila dah cuba dua-dua flavour ni. Allah...sampai ke hari ni mengucap panjang nak menyedut. Tak pernah-pernah tau kitorang laki bini minum air boba tak habis. Ada lagi airnya dekat peti ais nun tak berminum. Kitorang hanya mampu minum separuh cup jer. Tak mampu nak teruskan . Nampak gayanya "tongsam" lah yang ngap!! Bukan apa, yang flavour onde-onde tu sedap airnya. Tapi seredak-seredak kelapa tu yang mengganggu tekak. Mungkin sebab dah kembang kena air agaknya. Bila sedut tu rasa macam tekak ni kena geletek 😂.  Yang matcha tu pulak. Emmm...malas nak cerita. Sedap lagi green tea pasar malam yang letak cincau tu (😂 Minta maaf ya TeaLive).

Dia punya  coconut crunch tu agak menganggu tekak sikit. Rasa macam makan hampas kelapa pun ada 😂.

Ini review jujur Syu lah yer. Maaf buat penggemar-penggemar & pentaksub TeaLive termasuk kawan Syu. Serius TeaLive tak sedap 😂. Maaf sekali lagi yer TeaLive. Tak tahu lah kot-kot tekak Syu ni dah nak masuk era acik-acik ke tak tahu lah kan. Bila dah rasa...Allahuakbar. Airnya manis leting!! Tapi salah sendiri jugak sebab pilih tahap kemanisan 100%. Rasakan. Nak bergegar jugak lah kepala otak minum. Lepas tu yang sedihnya, bobanya keras. Macam tak masak sempurna. Agak menyesal jugaklah beli.  Dua-dua flavour memang mengecewakan.  Baik mactha mahupun onde-onde.


Lepas ni memang tak akan order dah TeaLive 😂. Syu prefer beli dekat Wakaka jer. Minuman boba rakyat marhaen dengan harga mampu milik. Walaupun bukan jenama terkemuka, tapi rasanya sedap & puas hati bila minum. Ngam lah dengan trademark dia "Makan Minum Sampai Wakaka". Emmm...tetiba rindu pulak dengan waffle dia. Ha3 😋. Nak ke Batu Gajah jauh pulak.

Comments

  1. Indah khabar dari rupa ye alkisahnya tak bole telan sebab kelapa parut tu mengganggu tekak, boleh bayangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu takpe. Memang tak repeat order dah. Frustrated gila dengan rasa & tekstur dia 😂.

      Padam
  2. Tealive ni BiskuTea Caramel je yg sedap dulu. Yang lain tu biasa-2 je. Haha. Malangnya Biskutea tu dah takde skrg ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah cuba😅. Rugilah kalau sedap tapi dah takde. Syu baru first time minum Tea Live ni. Memang takleh nak masuk lah😂.

      Padam
  3. K.shida pun xpernah cuba..selalu gak minum tealive syu..tp order hat fav jer..hehee menu baru2 xpernah order..

    BalasPadam
  4. Knret pun suka chatime lagi.. Tealive ni klu beli mangonsmothie ke ok lagi ar hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah...tak pernah try Chatime. Yang selalu repeat beli pun Coolblog & Wakaka jer. Hi3.

      Padam
  5. Samalah kita tak pernah minum tea live. Kalau aiskrim tu adalah jugak merasa. Hehe...

    Tak sedap ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius tak sedap 😂. Tapi kalau Fiza nak rasa, silakan 😅.

      Padam
  6. Belum cuba lagi flavour baru ni . Bila dha campur macam macam ni rasa seram pulak nak minum . Kalau sedap tak apa m kalau tak sedap membazir je

    BalasPadam
  7. Ada eskrem onde2 gak kan syu? Ke jenama lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Ammi. Tapi rasanya bukan Tea Live. Brand Nestle kalau tak silap Syu😅.

      Padam
  8. selalu tealive ni saya order flavour coco je, yang lain tak pernah order takut tak kena dengan selera.. dah try yg iced onde-onde sedap juga dan tak manis sangat, kenalah dengan tekak saya. yang smoothie ni tak pernah order pula, susah juga nak sedut kalau dah penuh serendah macam tu..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time akak cuba Tea Live ni TS. Honestly, memang akak tak boleh masuk air yang berkeladak ni. Sangat mengganggu tekak bila nak menyedut 😅. Kalau tak ada seredak kelapa tu mungkin okay agaknya.

      Padam
  9. air tealive memang manis, saya dah lama stop minum haha tapi kalau craving order hazelnut milk tea boba je sebab tak berani yang pelik2 sangat kang tak terminum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang manis 😅. Akak rasa ni first & last lah akak order Tea Live. Dah lah mahal. Tak sedap pulak tu 😂. Setia dengan Wakaka jelah. Takpun Cool Blog.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!