November 29, 2021
SETEL : Pam Minyak Macam Pro
Pam minyak guna aplikasi SETEL ni memang mudah sangat-sangat. Korang hanya perlu topup wallet korang & pam minyak di mana-mana stesen minyak Petronas yang berdekatan. Pam minyak dengan SETEL memang korang akan nampak pro walaupun korang hanya mengepam minyak masuk tangki 😆.
Nak dijadikan cerita, minggu sudah masa hari Jumaat Syu pam minyak motor RS Syu. Udah blinking dah kawan tu. Takkan taknak isi kan? Jadi, masa on the way nak balik kerja tu Syu singgah lah kejap stesen minyak Petronas Pengkalan Jaya. Masa tengah nak isi minyak tu ada adik ni tanya macam mana Syu buat. Sebab dia tak nampak pun Syu pergi ke kaunter buat pembayaran 😅.
Sambil-sambil isi minyak dalam tangki motor, Syu sempatlah berceloteh bercerita dengan adik tu macam mana guna aplikasi SETEL ni. Tangan bergerak. Mulut bercakap. Sejenis Syu 😂. No wonder lah masa kecik-kecik sepupu gelar Syu j*b*k ayam 😅. Since dia macam berminat nak tahu, Syu suruh dia download aplikasi SETEL dekat Google Playstores. Lepas tu Syu bagi kod referral dekat dia. Kalau dia apply kod Syu tu, busuk-busuk dapatlah dia dalam RM5. Lepaslah kalau nak isi tangki minyak EX5 dia bagi penuh. Yedak?
MACAM MANA NAK PAM MINYAK GUNA APPS NI?
Nampak tak bertapa mudahnya isi minyak guna aplikasi SETEL ni? Masa nak sisi minyak, korang tak payah dah nak sibuk-sibuk beratur panjang di depan kaunter untuk buat pembayaran. Sekarang ni, pembayaran semua boleh dibuat dihujung jari sahaja. Pada Syu, aplikasi ni memang sangat praktikal untuk digunakan. Tambah-tambah bila berhidup sezaman dengan Covid-19 ni.
Untuk makluman korang, aplikasi SETEL ni hanya boleh diguna pakai di stesen minyak Petronas sahaja. Selain dari tu memang tak boleh yer kawan-kawan. So, apa tunggu lagi. Pam minyak kenderaan korang dengan SETEL. Nak duit wallet SETEL RM5, korang boleh masukkan KOD REFERRAL - 87wdv semasa mendaftar 😉💕.
BACA JUGA
Temuduga Rumah Perakku
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Hari ni semua perkara berjalan dengan tenang & lancar. Walaupun, Syu agak gabra memikirkan pasal temuduga ni malam tadi. Tapi, bila sampai di tempat temuduga. Alhamdulillah, hilang terus semua gabra tu. Mana taknya, ada supporters ikut sekali jadi peneman 😁.
Suami Syu tak dapat nak temankan sebab kena kerja. Jadi, kakak ipar & biras Syu tolong hantarkan ke pusat temuduga 😊. Sanggup diorang menunggu berjam-jam di tempat parking kereta semata-mata nak tunggu Syu. Terima kasih sangat-sangat.
Terus terang Syu cakap, sesi temuduganya memang santai gila. Tak sama macam interview kerja. Majoriti yang datang pakai baju pun sempoi jer. Duduk sebelah-sebelah pun boleh sembang santai-santai. Padahal baru jer kenal dalam beberapa saat (Dalam hati : ke aku yang terlebih ramah? 😅). Even sembang dengan tukang temuduga pun santai-santai macam jumpa member. Tanya ini tanya itu. Gelak-gelak. Kalau lah temuduga SPA macam ni kan sewonok!! Hilang semua gabra. Hi3 😁.
Pegawai yang bertugas pun ramai. Jadi, masa menunggu tu tak ada lah sampai makan sehari suntuk. Lebih kurang macam kita pergi ke PPV cucuk vaksin 😁. |
Masa sembang-sembang dengan pegawai LPHP(Lembaga Perumahan & Hartanah Perak) tadi, dia ada pesan siap-siap yang dia tak janjikan bulan & bintang untuk Syu dapat Rumah Perakku tu. Sebabnya rumah yang Syu nak tu hanya ada 53 buah jer. Permohonannya banyak. Potensi nak dapat hanya 50-50. Bergantung pada rezeki.
Sekiranya permohonan berjaya. Rumah tu mestilah didiami, tidak dijual, tidak dibuat sewa mahupun dijadikan sebagai homestay. Permohonan tersebut akan automatik terbatal sekiranya, pihak LPHP mendapat maklumat yang kita dah beli rumah lain.
Sejujurnya, Syu tak ada lah letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dapat Rumah Perakku ni. Sebab Syu sendiri pun tak tahu rezeki Syu sampai takat mana. Selebihnya, Syu hanya mampu tawakal. Kalau dapat alhamdulillah 😊💕.
BACA JUGA
👉 Perumahan Negeri Perak : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga
November 27, 2021
A Soul For A Speaker
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوْٓا اَيْدِيَهُمَا جَزَاۤءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ
[As for] the thief, the male and the female, amputate their hands in recompense for what they committed as a deterrent [punishment] from Allah. And Allah is Exalted in Might and Wise.
[Surah Al-maaidah 8:38 ]
Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. We surely belong to Allah and to Him we shall return. Honestly, I'm speechless to say anything about this tragedy. Special condolence I wish to the victim's family & friends. No matter how bad someone is. As human being, who are we to judge & punish people so violently. Patience & calmness are keys to peaceful. Every problem can be solved with discussion. No need to kill 😔.
This man showed to the policeman the way he locked the victim's neck which caused him to death 😔. |
November 26, 2021
Dangal (2016)
Agak lama juga Syu tak buat movie/filem review yer. Actually, ada banyak cerita yang Syu shortlisted untuk di review di blog. Cuma idea nak mengarang tu macam ke laut sikit. Okey!! Without further ado, kali ni Syu nak review satu filem Bollywood yang best untuk dijadikan tontonan seisi keluarga. Jalan cerita, penjiwaan & sumbangan pelakon dalam filem ni memang terbaik. Korang bayangkan, si Amir Khan selaku hero dalam filem ni sanggup berlakon & berusaha menguruskan badan dia semata-mata nak bagi nampak real dalam lakonan dia. Selama 6 bulan dia ambil masa untuk lakonkan kembali watak Mahavir Singh Pogat dalam versi muda. Dari badan segemuk-gemuk alam dia sanggup kuruskan badan dek kerana passionnya dalam bidang lakonan. Ini baru betul-betul menjiwai watak 👏.
Kalau korang nak tahu, filem Dangal ni diadaptasi dari kisah sebenar dua orang atlet gusti wanita di India. Mereka berdua adalah Geetha Pogat & Babita Kumari. Mahavir Singh ni boleh dikatakan mempunyai latar belakang yang hebat juga dalam bidang gusti. Suatu ketika dulu, dia juga merupakan atlet gusti di peringkat kebangsaan. Namun, dia terpaksa melupakan minat & passionnya dalam bidang gusti setelah dia berkeluarga. Dalam filem ni diceritakan bagaimana Mahavir menjerumuskan dua anak perempuanya Geetha & Babita ke dalam bidang gusti. Pada awalnya, Mahavir Singh nak kan sangat anak lelakinya mewarisi kebolehan bergustinya tu. Tapi malangnya, semua anak-anak yang dilahirkan adalah perempuan. 😅 Kesian...
Sampailah satu ketika tu, si Geetha & Babita ni tertangkap bergaduh dengan budak-budak lelaki di kampung dia. Dari situ Mahavir sedar yang anak-anak perempuannya juga boleh dibawa ke gelanggang untuk bergusti. Gara-gara pergaduhan tu, bermulalah hari-hari malang dua beradik ni. Setiap hari diorang terpaksa bangun awal, dipaksa berlari, makan makanan yang berprotein tinggi & berseluar pendek macam budak-budak lelaki yang lain. Malah, kepala diorang yang berambut panjang tu juga habis ditogelkan [😂 Togel betul-betul yer. Bukan togel tipu-tipu tau].
Pada awalnya, dua beradik ni memberontak juga. Tapi, selepas dinasihatkan oleh kawan diorang. Baru diorang sedar yang ayah diorang cuba menjadikan diorang wanita yang jauh luar biasa berbanding wanita-wanita lain di India yang hanya menghabiskan sisa hidup remaja dengan berkahwin, beranak-pinak & duduk di ceruk dapur. Apa jadi lepas tu? Yang ini korang kena tengok sendiri. Tak bestlah kalau jadi spoiler. Syu cerita sikit jer sebahai teaser. Yang pasti filem Bollywood ni antara filem lakonan Amir Khan yang terbest Syu pernah tengok selepas 3 Idiots. Berapa bintang?? Tu kat atas tu 👆☝.
Jalan-Jalan Karnival Jom Santai
Actually, malam Sabtu minggu lepas ada jugak Syu menyinggah dekat Tesco Station 18 ni lepak-lepak dengan kakak ipar & anak buah. Tapi, tak lama lah pun. Singgah makan dekat foodcourt, cari barang dalam Tesco, pergi berurut kejap dekat kerusi urut, lepas tu balik. Nak jalan-jalan cuci mata dekat karnival tu macam tak best pulak. Sebabnya cuaca masa tu tak berapa nak elok. Dengan hujan, jalan berlecah segala. Memang taklah nak menyinggah.
Niat di hati kononnya nak snap lah dalam beberapa keping gambar buat modal bercerita dalam blog. Kamera telefon pulak tak berapa nak canggih. Tambah-tambah view waktu malam. Memang confirm gambar blur. So semalam, masa turun melawat kawasan, meletup-letup lah kamera Syu ambil gambar. Tambah pulak cuaca tengah elok & terang [Ada hujan turun jugak. Tapi, hujan renyai-renyai jer]. Meh Syu belanja gambar meh. Nak kata berseni ambil gambar macam Wak Lat & Kak Fizah tu idaklah. Asal ada jer.
Ini jer yang sempat di snap. Udah lapor. Tak mampu nak snap gambar banyak-banyak 😅. |
Singgah dekat karnival ni memang asyik nak berbeli pemakan jer. Tudung, baju segala tak berminat pun nak beli. Hanya tengok & berlalu pergi. Tapi, ada satu port ni memang susah sungguh Syu nak move on. Dah lah ngam-ngam pintu masuk dia duduk. Strategik sungguh lokasi.
Walaupun dah singgah masuk berbeli. Balik tu macam nak singgah jugak lagi. Sepesen kedai saka macam Eco2 jugak ke apa ni? 😂 Ha3. Nasib baik datang seorang jer. Kalau tak, memang setiap saat kena jeling dengan encik suami.
Lautan bergelora boleh ku redahi. Lautan asam & jeruk tidak sama sekali 😂. |
So, siapa-siapa yang duduk dekat dengan kawasan Ipoh & sekitar kawasan Station 18 ni. Korang bolehlah luangkan masa memeriahkan Karnival Santai-santai. Termasuk hari ini, masih berbaki 3 hari sahaja lagi untuk korang makan sambil berhibur. Tak dapat pergi waktu siang. Waktu malam pun boleh. Karnival ni buka dari 11 padi sampai jam 11.45 malam.
Tentang SOP. Jangan risau. SOP di tapak karnival masih dikawal dengan baik oleh pihak penganjur. Jangan lepaskan peluang okey!! Ada banyak makanan & tarikan yang menarik di karnival ni. Bila lagi nak santai-santai kalau bukan hari ni 😉💕.
So, inilah hasil yang sempat ditangkap. BTW, beg helok lawa tu ditaja oleh?? Jeng3!! Kak SA. Ha3😜 |
Ironinya...Tethop Tak Cukup!! 😂
Hari ni agak sedikit stress memikir pasal kerja. Tapi, bagi Syu Deris - "Tenang aja dong!!". Setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya. So, tak payah nak ribut-ribut serabut-serabut. Pekena mee kari semangkuk & segelas teh ais confirm hilang masalah. Tapi, sekejap jelah 🤣.
Hari ni partner makan tengahari ada bawak makanan sendiri. So, tak ada lah teman berceloteh Syu masa nak makan tengahari kat luar. Kalau tak...time tu lah mulut nak masuk makanan & time tu jugaklah mulut nak bergossip.
Makan mee kari lepas tu minum dengan teh ais. Kejap lagi alamat berkocaklah perut 😂. |
Tengahari hari ni senyap!! Hanya tangan Syu jer berbicara & berceloteh dekat Syuderis.com. Tapi, sepesen jugak orang kat kedai makan pandang. Mana taknya. Tangan nak menyuap. Mulut pulak nak makan. Jari jemari pulak sibuk menaip. Godek telefon sana sini. Rancak!! Sepertinya, ada partner makan & tak ada, macam sama jer 😂.
Sambil-sambil nak makan tu sempatlah baca status adik ipar Syu di aplikasi WhatsApp. Agak menarik jugak apa yang dikongsikan. Statement ni diambil dari pengguna laman Twitter yang bernama iKaa. Bunyi macam menganjing tapi hakikatnya betul. Betul sangat-sangat pada orang yang bergaji bawah RM2K macam Syu ni 😅. Kerja banyak gaji sikit. Yang kerja sikit, gaji banyak!!Tu belum campur pakej datang kerja lambat & wayang buat kerja.
Sejujurnya lah kan. Walaupun, gaji Syu laki bini cukup makan, cukup pakai & segalanya serba-serbi cukup. Ada masa & ketika, teringin jugak nak merasa macam mana orang lain rasa. Tapi, hanya sekadar teringin sajalah. Teringin tu kan percuma!! Tak salah kan? 😁
Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk
[Note : Ada lagi nak tambah ni sebenarnya. Tapi cukuplah takat ni. Nak buat panjang-panjang, baik karang lagu terus. Yedak?! Ha3 😅]
BACA JUGA
November 24, 2021
Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia
Masa lunch break tadi Syu sempat luangkan masa blogwalking blog rakan-rakan baru Blogger. Saja curi-curi masa luaskan kawasan jajahan. Singgah rumah orang sini, lepas tu singgah pulak rumah orang sana. Meleret-leret. Sampailah Syu terhenti dekat satu blog ni. Blog Nazfea Solehah namanya. Blog ni tak ada dalam senarai blog yang Syu follow. Jadi, Syu tinggalkan jejak Syu kat sana dengan tinggalkan beberapa komen & follow sebagai tanda sokongan. Bukan apa, saja nak meramaikan kawan.
Muda lagi rupanya tuan tanah blog ni. Selidik punya selidik, dah lama rupanya Nazfea ni berkecimpung dalam dunia blog & penulisan bersama dengan kembar dia. Bukan tu jer. Rupa-rupanya nama Nazfea Solehah & Arra Sephia ni memang terkenal dengan penulisan cerpen & puisi seperti "Hadirnya Doa Merawat Luka" & "Jurnal Pejuang Introvert". Hebatlah kamu berdua ni dik. Dalam diam ya. Ni baru betul ikut resmi padi dalam diam berisi.
Alang-alang dah terlanjur blogwalking dekat blog Nazfea Solehah, Syu ternampak post pasal giveaway ni. Kalau nak tahu, giveaway ni giveaway pertama gabungan diorang berdua buat bersama. Jadi, Syu rasa terpanggil nak luangkan masa untuk join & war-war kan kepada korang. Tak syok lah kalau join sorang-sorang jer. Dalam pertandingan, kalau tak ada opponents tak best!! 😁
Panjang pulak Syu berceloteh yer 😅. Padahal nak ajak join giveaway jer pun. By the way, jom ramai-ramai support giveaway pertama dari blogger Nazfea Solehah & Arra Sephia ni!! Syarat-syaratnya mudah jer. Nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni korang tekan pada banner. - ALL THE BEST OKEY!!😊🍎
One Cup Is A Must!!
Responsif Youtube Video. Buat Online Pun Boleh!!
Sebelum ni Syu ada kongsi cara macam mana nak buat video YTube responsif di blog [Cara Buat Responsif YouTube Video Di Blog] . Caranya mungkin agak renyah sikit sebab korang kena bermain dengan kod CSS & html. Kali ni Syu tunjuk satu cara lagi. Kali ni lagi mudah. Korang hanya perlu copy, paste & embedded kan sahaja link YTube video yang korang nak letak pada blog 😉💕.
Semoga perkongsian Syu kali ni bermanfaat pada korang yang nak letak video YTube pada blog dengan cara yang mudah tanpa bermain dengan kod CSS & html yang ternyata menyerabutkan kepala tu. Sebarang pertanyaan korang boleh drop diruangan komen - Good Night!! Nah epal 😉🍎!!
Weekend Lepas Buat Apa Jer?🤔
Alhamdulillah. Sabtu Ahad lepas sempatlah cuit sekejap akaun Google Syu. Dekat sehari suntuk jugaklah menghadap. Itupun sebab banyak sangat selingan 😂. Mana taknya. Laptop nak hadap. Kerja rumah pun nak hadap jugak. Nak masak lagi.
Itu belum campur dengan berbakul kain yang terlihat "rancak" dalam bilik tetamu nun. Itupun nak kena hadap kejap lagi lepas balik kerja nanti. Kalau tak lipat siapa nak buat. Niat hati nak jer upah jiran belakang rumah tu tolong lipatkan. Tapi nanti tak syok pulak di cop pemalas 😂. So, hadap jelah.
SESI "CUCI" GOOGLE ACCOUNT STORAGE
Sebut pasal Google Account Storage Syu. Sejujurnya, agak serabut jugak yer bila asyik dapat notifikasi dari Google ni. Mana tak nya. Ruang penyimpanan di akaun Google Syu dikatakan dah hampir 99% dah digunakan. Bila dah kena macam tu, Google apa lagi. Berdesup-desup hantar email suruh tambah space.
Sajalah tu nak suruh kita keluar duit. Sebulan katanya kena bayar RM8.49 untuk 100GB. Nampak macam murah. Tapi, kalau dicongak-congak balik. Setahun RM101.88 jugaklah nak kena bayar. Domain setahun busuk dalam RM60. Kalau campur yang ini? Koyak jugak poket. So, no thanks Google!! 😅.
Memandangkan Syu tengah ada kerajinan nak buka laptop. So, nak tak nak terpaksalah Syu rajinkan jugak diri untuk manage storage Google Account Syu. Yang jadi penuh tu sebab Syu ter-sync Syu punya photo dalam phone ke Cloud. Setiap kali ada gambar baru dari phone, berdesup-desuplah gambar tu masuk dalam Google Photo.
Korang bayangkanlah, dalam Google Photo sahaja dah 14.2GB. Sudahlah space kawan tu cuma boleh muat 15GB jer 😂. Bila nak delete satu-satu udah pening kepala. Nak buang sayang. Bukan apa, dalam setiap gambar tu semua ada kenangan. Walaupun gambar tu gambar seekor semut sekalipun. Itupun Syu tak habis pilih lagi yang mana satu nak delete.
Penuh gambar kahwin. Tu belum campur gambar makanan & pokok-pokok segala 😂. |
Yang penting Syu dah remove auto sync ke Google Photo. Jadi, tak akan ada lagi muat naik gambar secara automatik dari phone Syu. Selain Google Photo, Syu buang jugak mana-mana file & email yang tak berguna yang ada dalam Google Drive & GMail. Kebiasaannnya, dalam Google Drive ni Syu simpan dokumen temuduga kerja, sijil-sijil belajar & beberapa dokumen peribadi Syu laki bini 😁. Bukan apa, senang bila dah ada soft copy. Tak payah kalut nak scan & upload dua tiga kali bila nak guna.
SESI MEMBALAS KOMEN DI BLOGGER
Lepas dah buang segala mak nenek sampah dalam akaun Google. Syu beralih pulak ke Blogger. Dekat Blogger pulak, sesi melihat & membalas komen pun bermula. Sejujurnya, banyak komen-komen sahabat Syu terbiar sendu diruangan komen. Maaflah yer. Punya lama baru Syu nak respon.
Nak kata Syu tak balas langsung tu taklah. Ada juga beberapa komen-komen yang Syu sempat balas secara random. Itu pun balas dengan menggunakan handphone. Bila buka Blogger guna handphone, korang faham-fahamlah kan. Dia punya view tu kadang-kadang sakit mata nak pandang. Buka guna laptop juga baru puas. Walaupun, laptop Syu dah haok screennya. Entah bila nak tukar pun tak tahu lah 😂.
Nah, berderet masuk awaiting list. Padahal yang lain elok jer lepas 😅. |
Dalam tengah nak berbalas komen tu, Syu terperasan ada beberapa komen missing dari blog. Dekat dashboard ada tunjuk. Tapi, bila view dekat blog tak ada. Rupa-rupanya, dah masuk dalam "Awaiting Moderation". Itu tak apa lah lagi. Yang hairannya ada pulak yang sesat masuk dalam "Spam". Hallah3 😅. Dah kenapa pulak jadi macam tu yer. Mungkin Syu tertekan kot? 😕Tapi, rasa macam tak...Entahlah.
Malas nak semak kepala berfikir, Syu hantar jer feedback pada pihak Blogger berserta screenshot. Harap Syu boleh tahu sebabnya kenapa. Yang pasti, komen-komen korang semua dah dibalas & diterbitkan. Cuma beberapa komen Kak Azhafizah Syu terpaksa padam. Sebab komennya ber-double muncul dekat dashboard. Minta maaf yer kak 😅. Tapi, komen akak tetap ada. Cuma komen yang sama sahaja Syu buang.
Yang ini usah dikenanglah. Blog yang Syu sedia-sedia follow pun masih dok masuk dalam spam. |
For those komentator yang komennya masuk dalam "Awaiting List" & "Spam", Syu harap korang tak berkecil hati tak nampak komen korang muncul dalam blog Syu yer. Memang tak dinafikan ada komen yang dah lah lama duduk bersarang dalam tu 😂.
Syu sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Apa-apa pun, jangan serik mengomen okay!! Syu suka bila korang tinggalkan jejak. Baru Syu tahu yang blog Syu ada yang memerhati 😊💕. Terima kasih!!
November 21, 2021
Ronda-ronda Taiping Bandar Warisan
Okay, ni alkisah hari Isnin minggu lepas. Nak bercerita macam biasalah mood "M" berleluasa 😂. So, hari ni baru ada kerajinan sikit nak buka laptop. Ini pun curi-curi masa jugak nak coretkan sesuatu dekat blog tau. Nak dijadikan cerita, kitorang laki bini rasa malas sungguh nak masuk kerja Isnin hari tu. Jadinya, kitorang masing-masing merancang bercuti sakit secara sengaja 😁. Sekali sekala apa salah ponteng kerja kan. Tapi, nak ponteng pun mesti kena dengan cara yer. Bukan sembrono jer "miss in action" tanpa sebab & bukti. Itu memang meminta sangat untuk dimaki berguni-guni dengan bos.
So, pagi-pagi Isnin tu, Syu & husband masing-masing pergi klinik panel ambil medical leave (ML). Untuk tahun ni, ML Syu memang tak pernah ambil langsung. Jadi, Syu manfaatkan sisa-sisa ML yang ada untuk pergi jalan-jalan. Takkan nak ambil emergency leave (EL) pulak kan. Rugi cuti tahun Syu. Dah lah Syu dah plan nak guna cuti tahun tu untuk pergi berkhemah pertengahan bulan Disember nanti.
Sejujurnya, memang Syu tak berapa sihat pun hari tu. Tapi, sakitnya tak ada lah teruk sangat sampai tak boleh bangun. Yang pasti, lepas jalan-jalan pusing satu Taiping eloklah segar bugar dibuatnya 😂. Hilang segala sakit kepala bagai. Nampak gayanya, ni petanda sakit nak pergi jenjalan agaknya ni.
Lepas pergi klinik & dapat MC segala, kitorang pun berhora-hore lah ke Taiping. Saja jalan-jalan makan angin. Nak pergi time Sabtu & Ahad, encik husband pulak kerja. Bagus jugak pilih hari bekerja untuk jalan-jalan ni sebenarnya. Orang pun tak ramai. Highway pun lengang jer.
So, apa jer yang kitorang berdua buat dekat sana? Apa lagi kalau bukan jalan-jalan cari makan dekat Kuala Sepetang. Ingatkan, nak cubalah naik boat cruise & buat eagles sightseeing. Malangnya, cuaca pulak tak mengizinkan. Jadinya, kitorang hanya singgah makan & pusing-pusing Kuala Sepetang jelah.
😌 Nak kata sedap sangat tu...tak jugak. Tapi boleh lah kalau takat nak bagi 3⭐. |
Sejujurnya, tak ada apa sangat pun kat Kuala Sepetang ni. Cuma Syu rasa sayang sebab kawasan dekat Kuala Sepetang ni macam tak berbela. Kalau dijaga elok,insyallah ada potensi untuk jadi kawasan ekepelancongan yang sama level macam dekat Kuala Selangor tu.
Sementara nak tunggu hujan berhenti, Syu & husband pun pergilah singgah makan dekat Mee Udang Laut Segar Pak Hashim. Nak singgah Mee Udang Mak Jah tak buka lah pulak. Makan dekat sini agak mahal jugak yer. Bila makan nasi goreng udang & mee udang dekat sini, teringat terus akak nasi goreng udang yang Syu selalu beli tu. Udangnya lebih kurang macam ni jugak. Harga pun tak sampai RM15 sepinggan 😅.
Lepas jer makan, kitorang pun ronda-rondalah pekan Taiping sekejap cuci mata. Nak jenjalan lebih-lebih dekat Kuala Sepetang macam tak ada apa sangat. Tambah pulak cuacanya tak berapa nak elok. Jadinya, kitorang cuci mata dari dalam kereta sajalah. Tak ada lah keluar kereta, sebabnya hujan punya pasal 😆. Start dari susur keluar Changkat Jering> Kuala Sepetang> Bandar Taiping> Kemunting> Semanggol sampai lah destinasi akhir Bukit Merah. Habis kitorang ronda. Lepas Magrib baru bergerak pulang ke sarang.
Lama tak singgah Bukit Merah. Kalau jumpa saudara dekat Semanggol tak pernah pun teringin nak pergi. Padahal dah dekat sangat dah tempatnya 😅. |
Masa on the way nak balik tu kitorang sempatlah singgah kejap dekat Ramly Mart di R&R Simpang Tiga, Semanggol. Ingat nak belilah fast food dia dekat Ramly Kiosk tu. Tapi bila tengok macam ramai manusia, Syu decided beli makanan sejuk beku jelah. Nak kata beli banyak tu taklah. Cukup sekadar nak merasa sesetengah produk Ramly yang susah nak dapat dekat pasaraya-pasaraya & kedai makanan sejuk beku yang ada dekat tempat Syu ni. So, itulah alkisah ponteng kitorang laki bini Isnin minggu lepas. 😁 Heeee~
Inilah hasil yang sempat dicekup. Cheese cake & keropok lekor memang sedap yakmat. Menyesal pulak beli sikit!! 😂 |
Sajak : Pentoksik Maya
PENTOKSIK MAYA
Berfikir ligat seiring jemari
Ditekan, dihentak di papan kekunci
Di sini rancak, di sana juga rancak
Tanpa berdosa!!
Si pentoksik maya.
Di sini dijaja, di sana juga dijaja
Puasnya tidak
Rasa bersalah pun tiada
Tak mahu mengalah, pantang juga menyerah
Memang dasar si pentoksik maya!!
Cakap siang itu dipandang-pandang
Cakap malam pula didengar-dengar
Lain orang, ada mungkin lain pandang
Lain pandang
Barangkali, lain pula terjemahannya.
Sengketa itu
Jangan dicipta andai tidak bertanya
Setiap yang hujung mesti ada pangkalnya
Jangan mengherdik
Jangan juga sekali menghina
Gundah gulana si polan yang terkena.
Walau bergunung ilmumu di dada
Berpijak kaki tinggi di menara
Andai tidak ada padamu sekelumit rasa
Sungguh kelam hitam hatimu
Wahai pentoksik maya.
Ingat,
Andai buruk di luahkan
Buruk jua bakal ditelan
Bukan menyindir mahupun diajak berlawan
Sekadar peringatan buat pedoman.
BACA JUGA
November 20, 2021
What To Do Today?
Recently I received so many notifications regarding my Google storage through my Gmail. It mentions that my Google storage is almost full. I think today, I am going to do some sort of cleaning & removing any unwanted files & mails. Maybe I'll unsubscribe some of the newsletters that I've subscribed over the years. It is the best option for me to stay away from all those junk emails. I am pretty sure it might not take a whole day to clean up all that mess.
Once finished, I'll try my best to spend a couple of time to respond to all my beloved commentator traces in the comment section & do some random blogwalking. Very sorry for not being able to reply all your messages. Thanks also to keep continuing support me in the blogging world until today. Hope my fellow supporters can continually spread lots & lots of positive vibes amongst bloggers. Just give me a couple of time to sort all the stuffs & respon to each of your comments. Here is my apple smile as a token for your loyalty 😊🍎. Have a nice & a cheerful weekend to all of you.
November 19, 2021
Asal Usul "Hari Ini Rancak. Di Sini Rancak. Di Sana Rancak. Berdosa!!"
Kenal tak abang ni? Dia lah punca kepada macam mana boleh viralnya ayat "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" tu 😂. Sekarang ni dekat platform Tiktok sahaja, dah ramai Tiktokers yang guna suara abang ni sebagai background sound untuk buat video Tiktok. Alhamdulillah. Setakat ni, Syu masih belum terjebak lagi. Lagipun, Syu tak berapa aktif sangat bertiktok. Almaklumlah, tak ada bakat & tak berseni untuk jadi seorang penghibur.
Style bergambar dia dah macam Uncle Gedek pun ada. Boleh geng dengan Uncle Gedek rasanya lepas ni 😂. |
Dek kerana cara penyampaian dia yang bersahaja, sedikit sebanyak berjaya menarik & mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan bait-bait ayat abang ni. Kalau nak tahu, abang ni sebenarnya seorang driver lori kontena. Nama dia Ahmad Safuan. Tujuan asal dia muat naik video "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" di akaun Tiktoknya tu hanya sekadar suka-suka jer. Malah, abang Safuan ni sendiri pun tak menyangka yang videonya tu boleh jadi seviral ini. Di TikTok, video tu sahaja dah mencecah 4.6 juta tontonan 😁.
Actually, abang Safuan ni ada bagi penjelasan dekat dalam YTube Channel dia pasal ayat "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" ni. Katanya, ayat tu bukan idea asal dari dia. Dia hanya sekadar mengguna & menyesuaikan ayat tersebut mengikut situasi semasa dia ditempat kerja. Ayatnya nampak biasa, tapi cara & intonasi penyampaiannya memang tak dinafikan dapat buat orang terhibur. Even Syu sendiri pun boleh ketawa bila tengok balik video abang Safuan ni 😂.
Kalau nak tahu, idea asal ayat ni adalah dari seorang abang "Mat Rempit" dari Pulau Pinang. Identiti dia Syu sendiri pun tak pasti. Sebab bila tengok dalam video asal, memang tak ditunjuk pun muka & disebut nama segala. Nak dijadikan cerita masa tu abang "Mat Rempit" tu tengah keluar merempit ramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Jadi masa dia tengah buat video, dia pun bercelotehlah dengan panjang lebarnya pasal aktiviti yang diorang buat masa tu. Sampailah satu part ayat dia sebut tu seakan-akan sama macam yang ada dalam video Tiktok abang Safuan ni.
Tapi yang bagusnya, abang Safuan & abang "Mat Rempit" tu masing-masing tak claim pun ayat tu sebagai diorang berdua punya. Abang Safuan cakap, kalau abang "Mat Rempit" tu nak claim sekalipun tak menjadi suatu masalah. Sebaiknya dia berterima kasih dapat pinjam ayat tu sampai jadi viral. Terbaiklah abang Safuan 👍.
Al-Fatihah Buat Sahabat Blogger Kak Kamsiah Yussof
Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah.
Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah pergi ke alam rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jenazah beliau telah selamat dikuburkan pada jam 11 pagi pada esok hari. Saya sebagai anaknya meminta semua pembaca untuk doakan mak saya Komsiah binti Yusoff. Semoga arwah beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga firdaus
- Tasha-
Innalillah & Al-Fatihah buat sahabat blogger kita Kak Kamsiah Yussof. Agak terkejut juga bila dapat perkhabaran ni dari posting anak Kak Kamsiah sendiri di blog arwah Detik-detik Indah Dalam hidupku. Rupa-rupanya dah dekat 3 minggu arwah tinggalkan kita buat selama-lamanya. Allah...memang tak sangka betul. No wonderlah dah lama tak nampak post arwah dekat blog. Last post pun cerita pasal sup rangka ayam. Itupun ngam-ngam hujung bulan lepas. Lepas tu tak ada langsung dah post dari arwah.
Takziah buat Tasha sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pada Syu, ianya memang suatu kehilangan yang agak besar juga didalam dunia Blogger ni. Masih tak percaya yang arwah dah tak ada.
Selamat Hari Lelaki Sedunia
Allahuma salli 'ala Muhamad wa Ali Muhammad (اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ). Di hari Jumaat yang ceria & indah ni, Syu nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA buat :
Terima kasih kerana menjadi lelaki-lelaki yang terbaik dalam hidup Syu. Walaupun, ada banyak pahit & manis dilalui sepanjang perjalanan hidup bersama kalian semua, pada Syu ianya adalah satu pelengkap dalam asam garam kehidupan. Semoga kalian semua mampu menjadi lelaki, suami, ketua, pembimbing serta memberikan tauladan yang baik dalam keluarga - YOU ALL ARE APPLE OF MY EYE!! 😊🍎
November 18, 2021
Cara Follow Rakan Blogger Yang Tak Ada Letak Follower Widget
Ada masa & ketika bila kita dah buat blogwalking jauh-jauh. Tiba-tiba bila nak follow blog rakan blogger yang baru, tak ada Followers Widget. Hallah3. Kita suka blog awak tau. Tapi tak boleh nak follow. Jangan pening-pening. Jangan runsing. Hari ni Syu akan tunjuk dekat korang macam mana follow blogger yang tak letak Followers Widget dekat blog. Memandangkan Syu sendiri pernah alami benda macam ni. Jadi Syu kongsikan caranya macam mana.
Mungkin agak renyah sikit. Tapi pada Syu, ini antara solusi & pendekatan yang Syu rasa berkesan untuk korang follow rakan blog korang yang baru. Mungkin ada sesetengah blogger tak suka difollow & barangkali juga nak ringankan blog dari widget yang memberatkan. Tapi, Follower Widget ni memberatkan blog ke? (Pakar Blogger komen sikit 😁). Sebab Syu ada juga terbaca, widget yang banyak boleh memberatkan blog & meyebabkan page lambat loading. Syu pun tak pasti widget yang mana memberatkan tu. Pada Syu, Followers Widget ni macam tak memberatkan.
Pada Syu, Followers Widget ni antara satu-satu widget yang Syu kira agak penting jugaklah untuk diletakkan di dalam blog. Bukan sebab galak kejarkan followers (Dalam dunia blog ni, bloggers tak kejar followers. Tapi kejar PVs, cliks segala okey 😆). Tapi, sebab nak memudahkan pembaca-pembaca blog kita follow & baca entri terkini yang kita dah post. Bila kita follow blog seseorang tu. setiap kali ada entri baru ianya akan dipapar di dashboard Reading List. So, dekat situ dah memudahkan followers kita untuk tahu perkembangan terbaru blog kita. Betul ke tidak? Tak betul, kabor ke teman 😁.
Jadi, bagi menunaikan hasrat korang untuk mem-follow blog yang tak ada Followers Widget caranya adalah dengan menambah URL blog yang korang nak follow di bahagian Manage Blogs I'm Following. Macam mana? Okey, korang ikut langkahnya dekat bawah ni 😉.
STEP 1 :
Pergi ke bahagian dashboard READING LIST di Blogger
STEP 2 :
Klik pada butang MANAGE
STEP 3 :
Di dashboard MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING, korang klik pada butang ADD
STEP 4 :
COPY & PASTE URL blogger yang korang nak follow. Klik pada butang ADD ANOTHER sekiranya korang nak tambah rakan blogger lebih dari satu.
STEP 5 :
Tekan butang NEXT & kemudian pilih samada nak follow secara PUBLICLY/ANONYMOUSLY
STEP 6 :
Klik butang FOLLOW & URL rakan blogger berserta nama blog akan dipaparkan di dashboard MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING
Setel!! So, itulah caranya macam mana korang nak add rakan blogger korang yang tak ada letak Followers Widget di blog. Walaupun stepnya macam banyak. Tapi, ini antara cara yang korang boleh guna untuk korang sentiasa tahu perkembangan terkini rakan maya korang 😉. Setiap kali diorang published post, korang akan nampak post diorang dekat dashboard Reading List. Senangkan? Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat untuk korang terutamanya pada rakan blogger yang baru terjebak dalam dunia Blogger. Nah apple!! 😁🍎 - Sebarang pertanyaan sila drop diruangan komen atau di contact form.
Mood "M" Memanjang
Agak lama juga Syu tak post sesuatu dekat blog. Selalunya dalam selang dua tiga hari mesti ada up post. Tapi, sejak Jumaat lepas mood kemalasan menghadap papan kekunci ni makin menjadi. Kalau ikutkan, ada banyak cerita yang nak dicelotehkan di Blogger ni. Tapi, tak tercoret dek jari jemari Syu ni 😅. Harap Syu boleh kekal konsisten dalam dunia blog ni walaupun hanya sekadar part-time.
Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana blogger hebat dekat luar sana boleh maintain & kekal kosisten dalam menulis blog. Boleh up gambar cantik-cantik. Menulis panjang-panjang. Hari-hari ada sahaja post & content yang vavavom. Macam Syu ni memang jauh sekali lah jika nak dibandingkan. Menulis pun ikut mana dan. Keyword dalam menulis jangan cakaplah. Memang hentam kromo jer. Blog niche pun sama. Tak tahu fokus utamanya dekat mana 😂.
Sebelum kewujudan syuderis.com ni ramai blogger-blogger hebat berkampung dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. Kelabnya masih ada lagi sehingga ke hari ni. Tapi, macam mana nak join kelabnya yer. Ada siapa-siapa tahu? Setakat ni Syu hanya joined Kelab Blogger Malaysia dekat Facebook jer. Ada tak siapa-siapa antara kalangan rakan blogger yang rajin, lincah & cerdas dalam bab-bab kelab ni? Dapat buat setahun satu event kumpul semua blogger-blogger dekat Malaysia pun syok jugak. Bukan apa, teringin jugak nak beramah mesra duduk sembang santai-santai dengan rakan-rakan maya ni 😁. Baru meriah muhibbah dapat kelab-ing macam ni. Nak buat kelab sediri tak reti sebab tak cukup berkaliber 😆. Kabel pun tak berapa nak kuat. Harap sangat kalau ada "someone" yang dapat buat macam Ben Ashaari tu. Baru betul "Bukan Sekadar Blogger". Okey done berceloteh!!😛
November 12, 2021
Giveaway by Lady Dini 1.0
꧁﷽꧂
Alhamdulillah, di hari Jumaat yang sejuk mendung ni memang mata tu layu jer. Ni kalau disorongkan bantal memang hanyut ni. So, gara-gara nak hilangkan mengantuk, sempat jugaklah Syu go trough section reading lists untuk buat blog walking. Nak dijadikan cerita, terpandang post dari sahabat blogger Lady Dini. 💃Ada GIVEAWAY kome!! Yeah...Ada jugak point Syu nak bercerita dekat blog 😋.
Buat julung kalinya blogger Lady Dini buat giveaway kita yer kengkawan. Harap korang tak lepaskan peluang untuk join. Syarat-syaratnya mudah yer. Nak tahu? Korang boleh klik pada banner untuk tahu lebih lanjut. Hadiahnya adalah SPECIAL Lady Dini cakap. Kita bab-bab special ni yang berderau darah ni. Kih3 😁.
Untuk pengetahuan korang, hanya 3 pemenang bertuah yang bernasib baik jer akan berjaya dapat hadiah special tu tau. So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat submit penyertaan korang. Sebab giveaway ni hanya berlangsung selama seminggu jer. Pada yang dah join - WISH YOU ALL THE BEST!!😚💕
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2021
(332)
-
▼
November
(37)
- SETEL : Pam Minyak Macam Pro
- Can We?
- Temuduga Rumah Perakku
- A Soul For A Speaker
- Just Enjoy The Sat.ur.day
- Dangal (2016)
- Jalan-Jalan Karnival Jom Santai
- I Love You, So I Let You Sleep!! 😊💕
- Ironinya...Tethop Tak Cukup!! 😂
- Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk
- Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia
- One Cup Is A Must!!
- Good Night!! Sleep Tight!! 😊🍎
- Responsif Youtube Video. Buat Online Pun Boleh!!
- Weekend Lepas Buat Apa Jer?🤔
- Good Morning!! Here's Monday Again 😅
- Ronda-ronda Taiping Bandar Warisan
- Sajak : Pentoksik Maya
- What To Do Today?
- Good Morning Fellas!!😊🍎
- Asal Usul "Hari Ini Rancak. Di Sini Rancak. Di San...
- Al-Fatihah Buat Sahabat Blogger Kak Kamsiah Yussof
- Selamat Hari Lelaki Sedunia
- Cara Follow Rakan Blogger Yang Tak Ada Letak Follo...
- Mood "M" Memanjang
- Good Morning Sunshine!!
- Giveaway by Lady Dini 1.0
- Apa Nak Buat : Kontraktor Mesin Rumput Terpecahkan...
- Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti
- Family Mart Kuala Kangsar, Perak
- Blog Header Bertukar
- Hari Keputeraan Sultan Perak 2021
- Deepa Raya Kita Ke Mana?
- Shopee Akaun Kena Banned : Cara Kemukakan Rayuan
- Giveaway Ombak Bergigi Dot Com
- Sajak : Dilema Memberat Membukit
- Tragedi Apa Bulan Oktober 2021?
-
▼
November
(37)