Al-Fatihah Buat Sahabat Blogger Kak Kamsiah Yussof

November 19, 2021

Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah.


Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah pergi ke alam rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jenazah beliau telah selamat dikuburkan pada jam 11 pagi pada esok hari. Saya sebagai anaknya meminta semua pembaca untuk doakan mak saya Komsiah binti Yusoff. Semoga arwah beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga firdaus 


- Tasha-


Innalillah & Al-Fatihah buat sahabat blogger kita Kak Kamsiah Yussof. Agak terkejut juga bila dapat perkhabaran ni dari posting anak Kak Kamsiah sendiri di blog arwah Detik-detik Indah Dalam hidupku. Rupa-rupanya dah dekat 3 minggu arwah tinggalkan kita buat selama-lamanya. Allah...memang tak sangka betul. No wonderlah dah lama tak nampak post arwah dekat blog. Last post pun cerita pasal sup rangka ayam. Itupun ngam-ngam hujung bulan lepas. Lepas tu tak ada langsung dah post dari arwah.


Takziah buat Tasha sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pada Syu, ianya memang suatu kehilangan yang agak besar juga didalam dunia Blogger ni. Masih tak percaya yang arwah dah tak ada.

Comments

  1. al fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....aamiin.

    BalasPadam
  2. Al Fatihah. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin 🤲🏻. Syu pun mendoakan perkara yang sama buat arwah.

      Padam
  3. Al-Fatihah. Innalillahiwainnailaihirajiunn...

    BalasPadam
  4. Al-fatihah..semoga roh arwah Kak Kamsiah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..

    sedihnya...teringat entry nak buat kenduri kahwin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin 🤲🏻. Syu pulak terkenang-terkenang resepi sup arwah. Ngam-ngam hujung bulan arwah posted. Esoknya arwah dah pergi. Innalillahiwailaihirojiun...

      Padam
  5. Sedih ..blogger yang baik kini telah pergi buat selamanya..Alfatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Agak terkejut juga bila dapat perkhabaran ni. Al-fatihah buat arwah 😔.

      Padam
  6. Innalillahiwainnailaihirojiunnn.

    Kan..selalu rajin juga arwah mengomen. Semoga Allah tempatkannya bersama org2 yg beriman serta dilapangkan kuburnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al-Fatihah buat arwah.

      Itulah pasal. Agak terkejut jugak bila dapat tahu dari post anak arwah, Tasha. Tak tahu meninggal atas asbab apa. Sakit ke arwah?

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!