Ada masa & ketika bila kita dah buat blogwalking jauh-jauh. Tiba-tiba bila nak follow blog rakan blogger yang baru, tak ada Followers Widget. Hallah3. Kita suka blog awak tau. Tapi tak boleh nak follow. Jangan pening-pening. Jangan runsing. Hari ni Syu akan tunjuk dekat korang macam mana follow blogger yang tak letak Followers Widget dekat blog. Memandangkan Syu sendiri pernah alami benda macam ni. Jadi Syu kongsikan caranya macam mana.
Mungkin agak renyah sikit. Tapi pada Syu, ini antara solusi & pendekatan yang Syu rasa berkesan untuk korang follow rakan blog korang yang baru. Mungkin ada sesetengah blogger tak suka difollow & barangkali juga nak ringankan blog dari widget yang memberatkan. Tapi, Follower Widget ni memberatkan blog ke? (Pakar Blogger komen sikit π). Sebab Syu ada juga terbaca, widget yang banyak boleh memberatkan blog & meyebabkan page lambat loading. Syu pun tak pasti widget yang mana memberatkan tu. Pada Syu, Followers Widget ni macam tak memberatkan.
Pada Syu, Followers Widget ni antara satu-satu widget yang Syu kira agak penting jugaklah untuk diletakkan di dalam blog. Bukan sebab galak kejarkan followers (Dalam dunia blog ni, bloggers tak kejar followers. Tapi kejar PVs, cliks segala okey π). Tapi, sebab nak memudahkan pembaca-pembaca blog kita follow & baca entri terkini yang kita dah post. Bila kita follow blog seseorang tu. setiap kali ada entri baru ianya akan dipapar di dashboard Reading List. So, dekat situ dah memudahkan followers kita untuk tahu perkembangan terbaru blog kita. Betul ke tidak? Tak betul, kabor ke teman π.
Jadi, bagi menunaikan hasrat korang untuk mem-follow blog yang tak ada Followers Widget caranya adalah dengan menambah URL blog yang korang nak follow di bahagian Manage Blogs I'm Following. Macam mana? Okey, korang ikut langkahnya dekat bawah ni π.
STEP 1 :
Pergi ke bahagian dashboard READING LIST di Blogger
STEP 2 :
Klik pada butang MANAGE
STEP 3 :
Di dashboard MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING, korang klik pada butang ADD
STEP 4 :
COPY & PASTE URL blogger yang korang nak follow. Klik pada butang ADD ANOTHER sekiranya korang nak tambah rakan blogger lebih dari satu.
STEP 5 :
Tekan butang NEXT & kemudian pilih samada nak follow secara PUBLICLY/ANONYMOUSLY
STEP 6 :
Klik butang FOLLOW & URL rakan blogger berserta nama blog akan dipaparkan di dashboard MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING
Setel!! So, itulah caranya macam mana korang nak add rakan blogger korang yang tak ada letak Followers Widget di blog. Walaupun stepnya macam banyak. Tapi, ini antara cara yang korang boleh guna untuk korang sentiasa tahu perkembangan terkini rakan maya korang π. Setiap kali diorang published post, korang akan nampak post diorang dekat dashboard Reading List. Senangkan? Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat untuk korang terutamanya pada rakan blogger yang baru terjebak dalam dunia Blogger. Nah apple!! ππ - Sebarang pertanyaan sila drop diruangan komen atau di contact form.
Info yg menarik
BalasPadamTerima kasih. Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat ππ.
PadamNice sharing. Tak pernah pulak Fiza buat Syu. Thanks.
BalasPadamHaha tq syu for sharing ni...!!
BalasPadamYou're welcome Kak Ret ππ.
PadamAmmi biasanya follow pastu terus je letak link blog yg ammi follow kat blog walking list kat sidebar. Bantu promote blog org gitu
BalasPadamyes..pernah kena jugaks
BalasPadamSusah nak follow kan MA? Kalau kena macam ni nanti MA ikut cara yang Syu tunjukkan ni. Okey!!ππ
PadamYa. Slaah satu caranya terima kasih kak.. :)
BalasPadamSama-sama Naim!!ππ
PadamNice sharing...boleh cuba nanti
BalasPadamOrite kak!!ππ
PadamThank share kak syu
BalasPadamYou're welcome Rabiahππ.
Padam