Sajak : Dilema Memberat Membukit

November 02, 2021

 Relaxation


DILEMA MEMBERAT MEMBUKIT



Yang dijamah secubit

Yang ditelan hanya sekelumit

Walau yang disantap hanya sikit

Tapi, bebanannya memberat membukit



Benarlah apa yang dipesan

Makan, bila lapar mengundang

Berhenti, sebelum datangnya kenyang 

Bukan melarang

Sekadar peringatan, pentingnya berpantang



Hakikatnya kini 

Lutut makin sakit

Bersimpuh pun kian perit

Berlari mengah

Berjalan pun lelah



Makanya,

Perut diikat, makan bersukat

Tenaga dikerah, keringat juga diperah

Bersusah berpayah

Nyahkan lemak sampai ke sudah






BACA JUGA


👉 Andai Hidup Semudah Gemuk

👉 Dania Sayang

👉 Pentoksik Maya

Comments

  1. Iya.. betul tu Syu..
    bila terlebih makan memang mendatangkan mudarat..
    Best baca sajak Syu nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sha. Tak jaga pemakanan, hasilnya sama macam terhasilnya Syu Deris 😂.
      Mekasih Sha. Sajak tulis saja-saja 😁.

      Padam
  2. hahahaha terkena batang hidung saya bila baca sajak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena batang hidung akak jugak sebenarnya 😂.Ha3.

      Padam
  3. mama pun nak nyahkan lemak ni syu huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom mama 😁💕. Sama-sama nyahkan lemak.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!