Sajak : Pentoksik Maya

November 21, 2021

Cyber Bully



PENTOKSIK MAYA



 Berfikir ligat seiring jemari

Ditekan, dihentak di papan kekunci

Di sini rancak, di sana juga rancak

Tanpa berdosa!!

Si pentoksik maya.



Di sini dijaja, di sana juga dijaja

Puasnya tidak

Rasa bersalah pun tiada

Tak mahu mengalah, pantang juga menyerah

Memang dasar si pentoksik maya!!



Cakap siang itu dipandang-pandang

Cakap malam pula didengar-dengar

Lain orang, ada mungkin lain pandang

Lain pandang

Barangkali, lain pula terjemahannya.



Sengketa itu

Jangan dicipta andai tidak bertanya

Setiap yang hujung mesti ada pangkalnya

Jangan mengherdik

Jangan juga sekali menghina

Gundah gulana si polan yang terkena.



Walau bergunung ilmumu di dada

Berpijak kaki tinggi di menara

Andai tidak ada  padamu sekelumit rasa

Sungguh kelam hitam hatimu

Wahai pentoksik maya. 




Ingat,

Andai buruk di luahkan

Buruk jua bakal ditelan

Bukan menyindir mahupun diajak berlawan

Sekadar peringatan buat pedoman.







BACA JUGA


👉 Andai Hidup Semudah Gemuk

👉 Dania Sayang

👉 Dilema Memberat Membukit

Comments

  1. Pandai Syu bersajak. Betul tu. Bila menulis blog ni, kata² pun kena jaga juga. Apa kata orang, telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah Fiza sikit-sikit. Sajak suka-suka. Tapi, bait-baitnya memang idaklah setanding sasterawan negara kita 😂.

      Betul tu. Bila menulis sesuatu jangan sembrono jer. Nanti kecil hati orang. Ada tak puas hati, bincang baik-baik dekat belakang. Baru betul dikatakan profesional 😁. Bukan apa, bila dah terlajak kata tu, orang mungkin terasa.


      "Terlajak kata, ibarat luka
      Dibuang pembalut, kekal berparut
      Ungkapan maaf ringan diungkap
      Melupakannya jerih sekali."

      Ni yang malas start bersajak ni. Terbawak-bawak ideanya. Ha3 😂.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!