ANDAI HIDUP SEMUDAH GEMUK
Celik mata
Dipejamnya lagi
Selimut ditarik berdengkur kembali
Malas nak bangun mencari rezeki
Segala yang dihajati
Tinggal angan dan mimpi
Andai hidup, semudah gemuk
Nescaya malas bersulam mengantuk
Hidup bermatlamat ini
Pasangannya usaha
Barulah hidup kekal berjaya
Bulan itu
Nun...jauh di sana!!
Ditatap indah, disentuh payah
Jangan diangan jatuhnya diriba
Nak berjaya?
Ringankan tulang
Istiqamah berusaha
Jangan diikut resminya nyamuk
Makin membunting, makin menggemuk
Bukan berkira dek kerana darah seteguk
Mencuri hasil itu
Tetap tak elok!!
[Note : Ada lagi nak tambah ni sebenarnya. Tapi cukuplah takat ni. Nak buat panjang-panjang, baik karang lagu terus. Yedak?! Ha3 😅]
BACA JUGA
wahhh. lucu jugak puisi ni hehe
BalasPadamwow best2.. terbaik la sajak syu
BalasPadamWah kak Syu ada bakat bersastera ini. Terbaik kak.. :)
BalasPadamSempat lagi tu berpuisi. Terhibur juga membaca. Andai hidup semudah gemuk kannn...
BalasPadam