SETEL : Pam Minyak Macam Pro

November 29, 2021

Pam minyak guna aplikasi SETEL ni memang mudah sangat-sangat. Korang hanya perlu topup wallet korang & pam minyak di mana-mana stesen minyak Petronas yang berdekatan. Pam minyak dengan SETEL memang korang akan nampak pro walaupun korang hanya mengepam minyak masuk tangki 😆.



Nak dijadikan cerita, minggu sudah masa hari Jumaat Syu pam minyak motor RS Syu. Udah blinking dah kawan tu. Takkan taknak isi kan? Jadi, masa on the way nak balik kerja tu Syu singgah lah kejap stesen minyak Petronas Pengkalan Jaya. Masa tengah nak isi minyak tu ada adik ni tanya macam mana Syu buat. Sebab dia tak nampak pun Syu pergi ke kaunter buat pembayaran 😅.



Sambil-sambil isi minyak dalam tangki motor, Syu sempatlah berceloteh bercerita dengan adik tu macam mana guna aplikasi SETEL ni. Tangan bergerak. Mulut bercakap. Sejenis Syu 😂. No wonder lah masa kecik-kecik sepupu gelar Syu j*b*k ayam 😅. Since dia macam berminat nak tahu, Syu suruh dia download aplikasi SETEL dekat Google Playstores. Lepas tu Syu bagi kod referral dekat dia. Kalau dia apply kod Syu tu, busuk-busuk dapatlah dia dalam RM5. Lepaslah kalau nak isi tangki minyak EX5 dia bagi penuh. Yedak?




MACAM MANA NAK PAM MINYAK GUNA APPS NI?




Nampak tak bertapa mudahnya isi minyak guna aplikasi SETEL ni? Masa nak sisi minyak, korang tak payah dah nak sibuk-sibuk beratur panjang di depan kaunter untuk buat pembayaran. Sekarang ni, pembayaran semua boleh dibuat dihujung jari sahaja. Pada Syu, aplikasi ni memang sangat praktikal untuk digunakan. Tambah-tambah bila berhidup sezaman dengan Covid-19 ni.



Untuk makluman korang, aplikasi SETEL ni hanya boleh diguna pakai di stesen minyak Petronas sahaja. Selain dari tu memang tak boleh yer kawan-kawan. So, apa tunggu lagi. Pam minyak kenderaan korang dengan SETEL. Nak duit wallet SETEL RM5, korang boleh masukkan KOD REFERRAL - 87wdv semasa mendaftar 😉💕




BACA JUGA


👉 Setel dengan SETEL

Comments

  1. Balasan
    1. 😉💕 Cubalah guna aplikasi ni dekat Petronas. Senang kerja nak pam minyak.

      Padam
  2. Sekarang mudah sahaja, Terima kasih kak, Naim selalu isi minyak dengna Petronas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn...mudah sangat kerja mengepam minyak lepas guna SETEL 👍.
      Tak payah nak pergi beratur dekat kaunter dah.
      Sama-sama Naim 😉💕.

      Padam
  3. baru pertama kali juga dengar SETEL ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. WAJIB cuba!!Sekali cuba, mesti nak cuba lagi. Sebab kerja cepat setel dengan SETEL 😁💕.

      Padam
  4. Best pakai settle ni tapi yg tak bestnya bila time network kebabai. Jenuh menunggu nak approve payment. Yg kat belakang pulak dah buat muka cuka haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😂 Bab network kebabai tu memang tak dapek den nak nolong.
      Macam stesen Petronas dekat tempat Syu ni alhamdulillah laju jer bila guna SETEL. Mungkin coverage dekat stesen Petronas yang Azmer pergi tu tak elok agaknya. Kalau macam tu, suruh dia pindah!!😆 Ha3.

      Padam
  5. wah..1st time gak dgr ni. tq for sharing, leh try ni. suka benda2 yg dihujung jari anda!!!

    BalasPadam
  6. kta mmg guna SETEL je senang...
    nak gi kaunter malas hahahaa...

    BalasPadam
  7. Nanti ammi download mana lah tau nearest petrol pump adalah PETRONAS. sebab husband suka gi PETRON

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Ammi. Tapi, make sure wallet tu topup pakai wallet husband 😁💕.

      Padam
  8. Ada tengok iklan pasal ni...macam menarik je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik kan? Kalau malas isi minyak, guna apps ni boleh terus auto rajin.
      Cubalah kak. 😁 He2~

      Padam
  9. selalu nampak setel ni. tapi mama ni tak penah lagi nk install

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mama selalu isi minyak better install apps ni. SETEL ni memang memudahkan kerja.
      Tapi, kalau mama taknak install dalam handphone mama takpe. Tak jadi masalah. Mama boleh install dalam handphone papa.
      Yang pasti, kod rujukan jangan lupa letak. Kalau tak nanti tak dapat RM5 😁💕.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!