Kalendar 2022 Yilek!
Sekeping ni saja ada dekat rumah π |
Macam tahun-tahun sebelum ni, kalau Syu berbeli barang di kedai runcit mesti ane kedai akan bagi kelendar. Tahun ni kalendarnya yilek ane cakap π!! Bisnes tak berapa jalan sebab pandemik & terpaksa cut cost untuk tempah kalendar. Nak tak nak terpaksalah print out beberapa kalendar untuk kegunaan sendiri di rumah buat sementara waktu. Nak beli? Jujur Syu kedekut. Benda boleh print sendiri. Apa ada hal π. Yedak?
BERGUNANYA KALENDAR KUDA | Jadi, hari ni gigih bercari printable calendar di World Of Printable. Memang banyak design kalendar cantik-cantik & comel-comel dekat sana. Tapi, nak kena edit sikit sebab tak ada ditandakan cuti umum Malaysia π. Bulan-bulan Islam pun tak ada. Almaklumlah, kalendar basic Mat Salleh. Lagipun, setiap negara tak sama cuti umumnya. Jadi, hanya design kalendar yang asas sahaja yang direka untuk dicetak.
Bila jadi macam ni, baru terasa ada gunanya juga kalendar kuda yang sekeping ni untuk rujukan. Sebab dalam kalendar kuda ni lengkap ada cuti umum negara kita & bulan-bulan Islam. Dulu sikit pun tak hairan. Sampai dibuang-buang sebab terlampau banyak. Sekarang bila dah tak ada, nak tak nak kenalah print out & tanda sendiri dekat kalendar Mat Salleh nun π . Kejap lagi kalau berkesempatan Syu up Kalendar Comel 2022 untuk tatapan korang okey. Nak sambung mengedit & tandakan cuti kejap π. Daaa~
Disember 30, 2021
Kuih "Barang Dalam Kain" Asal Usul Nama Putu Halba Kelantan
Ingat tak entri Syu Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tempoh hari. Dalam entri tu Syu ada cerita pasal kuih putu halba? Kalau nak tahu kuih "Barang dalam kain" itulah nama jolokkan asal kepada nama kuih ni π . Suatu ketika dahulu dalam sekitar tahun 2018, nama jolokan ni selalu digunakan pada kalangan-kalangan peniaga kuih putu halba ni dengan niat nak melariskan jualan.
Kalau nak tahu, kuih putu halba ni memang terkenal & boleh dikatakan sinonim juga dengan negeri Kelantan. Bila pergi ke sana, korang akan nampak ramai penjaja meniaga kuih ni di tepi-tepi jalan terutamanya pada bulan Disember. Dengar cerita kuih ni memang selalu dijual & dimakan ketika musim banjir & musim tengkujuh. Harganya memang murah. RM2 korang boleh dapat dalam 5 ketul π.
Rasa kuihnya seakan-akan kuih putu piring. Cuma teksturnya melekit & dicampur dengan biji halba. |
KENAPA "BARANG DALAM KAIN" ?
Dek kerana kuih ni dimasak dengan cara berbungkus dengan kain. Maka namanya jolokkan "barang" (merujuk kepada kuih) & "dalam kain" (kuih tu duduk bertekup dengan kain semasa dimasak) diberikanπ. Bunyi macam lawak. Tapi, sekiranya ada segelintir yang tersalah tafsir. Ada kemungkinan ianya akan berubah menjadi sesuatu ungkapan tersirat yang berbaur lucah. Walaupun, hanya sekadar nama jolokkan kepada kuih. Bait-bait perkataan ni boleh menyebabkan orang salah anggap & mengundang kepada persepsi negatif.
Orang Kelantan panggil "Bare dalam kain" sebab kuihnya duduk dalam kain ketika dimasak π. |
MENDAPAT TEGURAN MUFTI
Disebabkan nama jolokkannya agak kurang elok untuk digunakan. Maka penggunaan nama jolokkan kepada kuih ni telah mendapat teguran dari Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Katanya, penggunaan jolokan "Barang dalam kain" tu agak tidak sesuai digunakan ke atas makanan sebab dikhuatiri boleh mengundang persepsi negatif masyarakat. Malah, ianyanya nampak seperti kurang sopan jika digunakan ke atas sesuatu yang kita buat pemakan.
Pada Syu, ada betulnya juga tindakan Mufti Kelantan tu menegur penggunaan nama jolokkan macam tu. Nampak tak molek & tak sedap untuk didengar. Benda nak buat makan. Lepas tu letak nama panggilan bukan-bukan & tak berapa nak senonoh untuk dipanggil π . Walaupun bukan dengan niat. Ianya tetap tak nampak elok.
Tapi, nama seperti kuih tahi itik tu mungkin masih boleh diterima lagilah jika dibandingkan dengan "Barang dalam kain". Korang faham-faham sendirilah yer maksud "Barang dalam kain" tu apa. Walaupun hanya sekadar nama jolokkan, tapi ianya macam "sesuatu" yang agak memalukan pula bunyi panggilannya π. Tak boleh bayangkan masa nak buat pesanan kita cakap - "Adik, beri bare dale kain se!!". Ni kalau adik tu tersalah faham, boleh dapat makan selipar percuma jawabnya π.
Disember 29, 2021
10 Template Blog Cantik & Murah Di Etsy
Templat blog di Etsy memang cantik-cantik semuanya. Rambang mata bila tengok. Ada yang murah & ada juga yang mahal. Bergantung pada tema, susun atur & rekabentuknya. Tapi, semahal mana sekalipun template korang itu tak bermakna yang blog korang sudah cukup bagus untuk menarik minat pembaca. Blog yang terlampau sarat & serabut juga kadang-kadang boleh menyukarkan pembaca untuk cari entri yang korang dah post.
Selain dari Etsy ni, ada banyak platform lain yang menjual templat blog. Malah, templat blog percuma pun korang boleh dapat. Cuma, apa yang tak seronoknya pasal templat percuma ni adalah bila mana CSS, html & Javascript templat tu bermasalah & corrupted, korang sendiri pun jadi buntu macam mana nak betulkan π . Bila korang beli secara terus dengan perekanya sendiri, sekurang-kurangnya diorang boleh tolong korang sekiranya templat yang korang beli tu bermasalah.
Berdasarkan pengalaman Syu Beli Templat Di Etsy, proses membeli templat memang sangat-sangat mudah. Malah, pereka templat blog Syu juga sangat membantu apabila ada permasalahan pada templat. Memang tak dinafikan, ada sesetengah templat blog di Etsy mahal sampai harga cecah ratusan ringgit. Tapi, kalau korang bijak memilih. Korang boleh dapat templat yang harganya tak sampai pun RM30. Tak percaya? Dekat bawah ni Syu senaraikan 10 templat blog yang cantik & murah untuk korang miliki - Klik pada gambar untuk tengok live demo.
1) Snowdrop
2) Orianna
3) Siobhan
4) Heather
5) Clementine
6) Lily
7) Soulmate
8) Tulip
9) Nettle
10) Dahlia
Disember 28, 2021
Salah Apakah Aku?
SALAH APAKAH AKU
Hidup aku ini...
Dipulau terbuang
Di depan dipandang jelek
Di belakang dihina diherdik
Aku hairan...
Salah apakah aku?
Sejujurnya
Hatiku ini
Masih terkilan berbaur pilu
Niatku pulang kenangkan ibu
Demi lempiaskan segala sayang & rindu
Namun malangnya
Tatapan tajammu ibarat panah seribu
Tanda amaran
Kau masih membenciku
Aku masih kelu...
Di mana salahku?
Walau sebenci gunung pun kau titipkan padaku
Aku ini
Tetap cerminanmu
Sekalipun luka tampak terlihat padaku
Hakikat yang mengalir itu darah kamu
Ya...
Darah kamu!
Ironinya
Teman sedagingku juga begitu
Diam seribu bahasa
Tanpa sebarang kata
Seperti ada dendam yang masih berbisa
Aku masih tertanya
Salah apakah aku?
Dahulu
Ketika meratap berduka
Akulah yang dicari
Buat sumber inspirasi
Pemikir solusi
Kini...
Sendiri aku terpinggir sepi
Dipandang tidak
Ditegur jangan sekali
Terkilan kah aku?
Barangkali ada jua
Walaupun ianya hanya sekelumit rasa
Namun
Apalah dayaku
Hanya mampu berserah pada waktu
Cuma satu pesanku
Jangan alpa
Dan jangan dicuba berbuat lupa
Dalam darah aku ini
Tetap darahnya kamu!
Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang
Selesai berkhemah di Taman Eko Rimba Sg.Pauh selama 3H2M, cuti Syu & encik suami masih berbaki lagi 2 hari. Terasa sayang pula kalau habiskan sisa-sisa cuti di rumah saja. Kalau ikutkan niat di hati memang nak terus balik menghala ke Simpang Pulai sebab mood berkhemah jadi spoiled sebab hujan.
Entah macam mana, tiba-tiba datang idea spontan dari encik suami. Ngam-ngam nak sampai di persimpangan Simpang Pulai & Gua Musang, tiba-tiba ditanya - "Kita pergi Kelantan nak?". Yang Syu selamba jelah jawab - "Ikut awak". Ingatkan memain π. Rupanya dikonanya ke kanan menghala ke Gua Musang. I is redha sajalah.
Sejujurnya perancangan nak pergi ke Kelantan ni memang tak ada langsung dalam senarai percutian Syu laki bini untuk penutup tahun 2021 ni. Kami berdua hanya cuba nasib jer. Sebenarnya, masa dalam perjalanan nak ke Gua Musang tu sempat juga kitaorang bertanya pada abang ipar pasal situasi semasa di Kelantan.
Katanya Kelantan banjir & ada tanah runtuh π . Tapi tak pasti kawasan belah mana. Syu pun ada juga tengok berita & video sumber dari YTube untuk double confirm pasal situasi semasa di sana. Memang ada banjir guys. Berlakunya di kawasan daerah Pasir Mas.
Demi nak menyedapkan hati yang tengah gundah gulana ni, Syu pun cakaplah dekat encik suami - "Kita cuba dulu. Kalau jalan tak okey...kita patah balik tau π". Padahal dalam hati dah berbelah bahagi samada nak teruskan perjalanan atau nak balik terus.
Tapi bila difikir-fikirkan semula. Kalau balik guna jalan Simpang Pulai pun tetap berisiko juga sebenarnya. Sebab sepanjang-panjang jalan tu anginnya kuat, hujan lebat & berkabus tebal π . Jadi, dua-dua jalan ada risiko. Nak tak nak terpaksa harung juga.
Dalam takut-takut tu, alhamdulillah. Sampai juga akhirnya di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Lebih kurang 4 jam setengah perjalanan dari Cameron Highland. Sepanjang perjalanan nak ke Kelantan tak ada banjir tanah runtuh segala. Cuma cuaca agak sedikit mendung & ada sedikit hujan renyai.
Walaupun tempoh masa perjalanannya agak lama & jauh, dalam hati Syu bersyukur sangat-sangat sebab perjalanan dari Cameron Higland ke Kelantan berjalan lancar tanpa sebarang masalah & musibah. Malah sepanjang berada di Kelantan cuacanya elok panas. Kalau hujan pun cuma renyai-renyai sahaja. Itu pun hanya pada sebelah malam.
PASAR MALAM WAKAF CHE YEH
Sesampai saja di Kelantan, malam tu kitorang jejakkan kaki terlebih dahulu ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh cari barang pemakan. Sambil-sambil tu suami Syu nak cari dompet baru juga. Sebabnya dompet yang dia pakai dh koyak. Jadi nak tak nak terpaksa bercari dompet baru buat pengganti.
Kalau nak tahu, pasar malam di Wakaf Che Yeh ni lebih kurang jer macam
Gerbang Malam Ipoh juga π.Cuma, pasar malamnya lagi meriah & banyak
pilihan berbanding Gerbang Malam Ipoh. Dekat pasar malam ni ada
bermacam-macam pilihan barangan & makanan yang korang boleh pilih
& beli. Kalau masuk memang rambang mata nak berbeli.
CHECK-IN HOTEL
Kalau ikutkan, Syu dah tempah Hotel Mr. J di Booking.com. Tapi dek kerana encik suami nak stay di hotel yang berhampiran dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh, nak tak nak Syu terpaksa batalkan tempahan & buat tempahan baru. Bukan apa, katanya senang nak keluar cari pemakan lagi dekat pasar malam tu kalau lapar.
Jadi, malam tu Syu pilih Dynasty Inn Wakaf Che Yeh sebagai tempat kitaorang laki bini bermalam. Memang dekat pun hotelnya dengan pasar malam. Tapi, hujung-hujungnya dua-dua hanyut membuta gara-gara penat punya pasal π.
Hotel ni okey ke tak? Pada Syu, kalau nak tidur semalaman tu kira boleh lah. Tapi, kalau nak tidur bermalam-malam. Syu rasa Hotel Mr.J macam okey lagi jika dibandingkan dengan Dynasty Inn ni. Yang bestnya cuma lokasinya strategik dengan pasar malam jer. Jikalau difikir dari segi kemudahan & keselesaan, sejujurnya Syu boleh bagi 2⭐ sahaja dari 5⭐.
RAMBANG MATA DI PASAR SITI KHADIJAH
Keesokkan harinya kitorang laki bini pun pergilah ke Pasar Siti Khadijah berbeli buah tangan. Ya Allah...memang rambang mata dibuatnya. Terlampau banyak sangat pilihan sampai tak terpilih. Tengok itu nak beli. Tengok nak beli. Tapi misi utama Syu datang ke pasar ni cuma satu jer. Nak beli ragi untuk buat tapai π.
Setakat ni kan, Syu rasa ragi tapai dekat Kelantan ni saja yang elok & manis. Di Perak Syu masih belum jumpa lagi pembekal mahupun penjual yang jual ragi tapai yang betul-betul elok & rasi dibuat tapai.
Kalau guna ragi yang ada dijual di Perak ni kebanyakkan hasilnya semua masam π. Itu pasal Syu tak berapa yakin nak guna ragi tapai yang ada jual di Perak ni sebabnya Syu pernah terkena.
Terlampau banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya π . |
MISI MENCARI KUIH AKOK
Selesai berbeli barang di Pasar Siti Khadijah, kami berdua laki bini pun memulakan misi mencari kuih akok. Kuih ni memang kuih kegemaran kitaorang berdua. Kalau ikutkan dekat Pasar Malam Simpang Pulai ada jer abang seorang tu berjual kuih akok ni.
Tapi saja nak cuba yang di Kelantan ni dia punya rasa macam mana. Jadi, sebelum nak bergerak balik kami berdua singgahlah sekejap ke Pak Weil Akok Salor. Memang sedap kuih akoknya. Sampai ke hari ni teringa-ingat rasanya.
Selain dari Pak Weil Akok Salor ni, ada lagi beberapa kedai yang terkenal jual kuih akok di Kelantan ni. Antaranya :
- Akok Cikgu
- Kak La Akok & Kuih
- Kedai Akok Nik Nah
- Akok Padang Enggang
- Kedai Akok Sohor
- Bahulu Akok Beko Kak Pah Kg Tok Khamis
- Kedai Akok Jerteh Gong Kemuntong
- Akok Pok Long
- Akok Kg.Cina
- Akok Padang Kala
Sedap kuih akoknya. Tak manis sangat π |
Pada Syu, kuih akok dari Pak Weil ni memang sedap. Tahap kemanisan kuih akoknya bukan tahap potong kaki. Manis yang sememangnya boleh diterima tekak. Harga pun kira okeylah. 60 sen seketul. Lagipun bukan mudah nak buat kuih ni, tambah-tambah bila masak guna dapur arang. Nak masak tu kira makan masa lah juga.
PERTAMA KALI CUBA PUTU HALBA
Selesai cari akok, Syu teringin sangat nak cuba kuih Putu Halba. Dari dalam kereta asyik terpandang-pandang orang meniaga tepi jalan berjual kuih ni. Syu jadi tertanya-tanya macam mana rasa putu halbanya. Sedap ke tidak. Bila tengok dari segi rupa & cara masaknya lebih kurang macam Kuih Putu Piring.
Kalau korang nak tahu, nama kuih Putu Halba ni pernah ada kontroversi juga tau sekitar tahun 2018 dahulu. Tapi dek kerana mendapat teguran dari Mufti Negeri Kelantan pada masa tu. Nama jolokkan pada kuih Putu Halba tu tidak lagi digunakan lagi sebab boleh mengundang persepsi negatif kepada orang ramai. Nak tahu apa NAMA JOLOKKAN KUIH PUTU HALBA ni? Nanti Syu cerita pada entri yang seterusnya ππ.
Kuihnya sedap. Cuma Syu tak boleh terima bila ada letak biji halba π. |
Kalau nak tahu, Putu Halba di Kelantan ni memang berbeza sangat jika dibandingkan dengan Putu Piring. Bentuk & rupa memang seakan-seakan sama. Tapi lepas korang makan, korang dapat rasa satu gabungan rasa yang agak luar biasa sebab rasa putunya kuat dengan rasa halba. Malah, teksturnya juga agak melekit sedikit berbanding dengan kuih Putu Piring. Rasa putunya memang sedap dah. Cuma Syu tak berapa berkenan dengan biji halba tu π.
Selesai berbeli putu, kami berdua laki bini pun bergerak pulang ke sarang. Tak berani nak tunggu lama-lama dekat negeri orang sebab ada dapat maklumat yang beberapa kawasan di Kelantan dah banjir. Dek kerana tak nak terkandas di negeri orang, ada baiknya kitaorang bergerak balik ke Perak awal sikit.
Masa dalam perjalanan balik, sempatlah juga suami Syu bawa menyinggah ke kampung halaman arwah bapa mertua Syu yang terletak di Kampung Bukit Pulai Chondong. Memang cantik kampungnya. Selesai ronda-ronda kampung, baru kitaorang berdua bergerak pulang ke Perak melalui jalan Gerik (Tak berani nak lalu jalan Gua Musang-Simpang Pulai π. Takut angin kuat & tanah runtuh punya pasal).
Disember 27, 2021
10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Membuat Tapai
Hari tu Syu ada kongsi cara buat Tapai Pulut. Hari ni Syu nak kongsi sikit pantang larang orang-orang lama yang dikatakan boleh menyebabkan tapai tak menjadi sekiranya dilanggar. Dedulu, nak buat tapai ni renyah. Banyak proses & pantang larang yang nak kena diikut. Macam Syu, masa buat tapai memang tak ikut pun pantang larangnya. Sebab pada Syu, jadi tak jadi satu-satu tapai tu bergantung kepada ragi, faktor kebersihan, persekitaran & dengan izin Allah juga ππ. |
"Ada pantangnya, kalau tak ikut, tapai akan menjadi tidak manis, jadi merah, masam dan tawar" - Nordin Yusof @ Abang Din |
Kalau ikutkan, banyak juga pantang larang buat tapai yang Syu & mak Syu pernah langgar masa buat tapai ni sebenarnya π . Siap pakai bekas merah lagi. Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Tapainya tetap menjadi. Tak jadi masam & merah pun tapainya. Elok putih serlah & manis. Tak pula jadi macam yang orang tua-tua dulu cakap π.
Untuk pengetahuan korang, ini antara pantang larang yang Syu pernah dengar mak & arwah opah Syu ceritakan sepanjang proses nak buat tapai :
- Buat ketika dalam keadaan yang bersih - tak datang bulan.
- Dah buat tapai jangan bagitahu dekat siapa-siapa. Takut tapainya merajuk @ tak menjadi.
- Buat dalam keadaan yang tenang. Jangan marah-marah.
- Pulut yang nak dibuat tapai hanya untuk dibuat tapai sahaja. Jangan dicuit sikit pun untuk buat makan.
- Masa buat tapai jangan cakap perkara-perkara yang tak elok. Even perkataan tak jadi pun jangan disebut. Takut masin apa yang dicakap. Kata-kata tu kan satu doa. Sebaik-baiknya berselawat ke atas Nabi.
- Jangan diintai-intai kawan tu kalau dia belum masak. Takut terkencat proses penapaiannya.
- Simpan ditempat yang gelap & tak ada siapa pun tahu. Kawan tu dah masak nak riuh sekampung pun tak mengapa π.
- Tukang buat tapai tak boleh makan benda masam-masam & sireh (orang tua-tua dulu suka makan sireh) ketika membuat tapai. Nanti tapainya jadi masam & berwarna merah.
- Jangan guna peralatan yang berwarna merah ketika membuat tapai. Nanti tapainya jadi merah juga.
- Jangan peram tapai atas lantai. Nanti tapai tak menjadi.
Sejauh mana kebenaran pantang larang buat tapai ni pun Syu tak pasti. Pada Syu, orang tua-tua dahulu memang tertib dalam buat apa jua perkara. Mungkin dalam setiap pantang larang ni ada maksud yang tersirat yang cuba diorang sampaikan.
Nama pun nak buat barang pemakan bagi orang makan kan. Semestinya tukang membuat makanan tu kena dalam keadaan bersih & suci. Masak dalam suasana yang tenang & tak marah-marah. Baru berkat & menjadi makanan yang nak bagi orang makan tu π.
Sebaik-baiknya masa tengah masak tu berselawat supaya dapat bagi terang hati orang yang makan. Bukannya dimaki-maki marah-marah makanan tu. Rezeki kan. Tak elok dimarah-marah dibentak-bentak. Itu pada pendapat Syu lah yer.
Bagi Syu, pantang larang masa buat tapai ni antara perkara-perkara yang sebaiknya kita berfikir banyak kali samada ada mahu percaya ataupun tidak sebab dikhuatiri boleh jatuh syirik. Ikut boleh petua & pantang larangnya. Percaya jangan. Kalau terjadi pun mungkin ianya hanya satu kebetulan.
Disember 25, 2021
MySJ Trace : Soalan-soalan Lazim
1. Apakah itu MySJ Trace?
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. MySJ Trace membolehkan identifikasi individu yang pernah berada berdekatan dengan individu yang telah dijangkiti COVID-19.
2. Apakah perbezaan antara aplikasi MySJ Trace dan MySejahtera?
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu pengawalan penularan wabak COVID-19. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. Manakala, MySJ Tracemenjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanankontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakityang telah disahkan positif COVID-19.
3. Siapakah peneraju MySJ Trace?
MySJ Trace dibangunkan melalui kerjasama strategik Agensi Kerajaan Malaysia: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Malaysian Institue of Microelectronic Systems (MIMOS).
4. Bagaimanakah MySJ Trace berfungsi?
Aplikasi ini membolehkan telefon bimbit yang berdekatan saling berkongsi beberapa data menggunakan teknologi Bluetooth. Data yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabilaseseorang pengguna disahkan positif COVID-19, pengguna itu akan melakukan proses memuat naik data yang terkumpul daripada telefon bimbit pengguna ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.
7. Apakah itu pengesanan kontak (contact tracing)?
Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu
yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dengan
individu yang telah dikenalpasti positif COVID-19. Ia membolehkan pihak KKM
mengesan dan menghubungi individu-individu tersebut sekaligus merancang
tindakan seterusnya.
8. Sekiranya saya dikenalpasti sebagai kontak rapat pesakit COVID-19, bagaimanakah saya akan dihubungi?
Pengguna akan menerima notifikasi dan SMS di aplikasi MySejahtera.
9. Data apakah yang dikumpul oleh MySJ Trace?
Data yang dikumpul ialah Unique User ID (UUID) yang dihasilkan oleh aplikasi ini, versi pengoperasian sistem (Android atau iOS), waktu pertemuan dan maklumat Received Signal Strength Indicator (RSSI).
10. Adakah maklumat peribadi saya yang dikongsi dalam aplikasi ini selamat?
MySejahtera & MySJ Trace dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia.
11. Adakah MySJ Trace memerlukan sambungan Internet selepas pemasangan?
Ya, sambungan internet diperlukan apabila anda mula mengaktifkan fungsi MySJ Trace dan semasa memuat naik data.
12. Apakah peranti (device) yang menyokong fungsi MySJ Trace?
Fungsi ini disokong oleh peranti telefon bimbit yang menggunakan perisian sistem Android versi 8 ke atas dan iOS versi 10 ke atas. Untuk peranti Android, MySJ Trace akan terus berfungsi samada dalam paparan aktif atau tidak aktif, sekiranya telefon telah disetkan ke mod senyap (non-sleep). Untuk peranti iOS, MySJ Trace perlu sentiasa berada pada paparan aktif dan peranti hendaklah dihidupkan sepanjang penggunaan aplikasi.
13. Adakah Bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa?
Ya. Bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa untuk MySJ Trace berfungsi dengan sepenuhnya.
14. Adakah pengunaan Bluetooth akan menyebabkan pengunaan bateri yang tinggi?
Pengaktifan Bluetooth melalui aplikasi ini pada telefon bimbit hanya menggunakan kuasa bateri yang rendah kerana penghantaran data adalah secara berkala tidak seperti penggunaan Bluetooth yang berterusan seperti ‘music streaming’.
15. Adakah aplikasi ini akan menggunakan tenaga bateri yang maksima sekiranya MySJ Trace dibiarkan berjalan setiap masa?
MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy(BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minima. Oleh itu, aplikasi ini tidak akan menggunakan tenaga bateri telefon bimbit pengguna secara berlebihan untuk tujuan mengumpul informasi pengesanan kontak yang berterusan.
16. Apakah penggunaan Bluetooth dengan MySJ Trace akan menjejaskan aksesori Bluetooth yang lain?
MySJ Trace tidak akan menjejaskan penggunaan atau prestasi aksesori Bluetooth lain seperti pembesar suara tanpa wayar (wireless speakers), wireless earpiece/headphones dan jam pintar (smartwatches).
17. Mengapa saya perlu mengaktifkan kebenaran lokasi untuk perisian Android?
Perisian Android memerlukan kebenaran lokasi untuk membolehkan fungsi MySJ Trace menggunakan fungsi Bluetooth. Walau bagaimanapun, data geo lokasi tidak akan dikumpulkan. Untuk perisian iOS, hanya fungsi Bluetooth yang perlu diaktifkan.
[Sumber : MySejahtera]
Disember 24, 2021
3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 2
Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands |
Untuk masuk ke tapak perkhemahan, korang kena masuk melalui pintu utama Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab Taman Eko Sg.Pauh nya terletak dalam kawasan Pejabat Perhutanan tu juga. Jadi, nak tak nak korang kena masuk juga dari pintu pagar utama. Dari pintu pagar utama tu nanti korang kena masuk ke lorong kiri & terus sampai ke belakang sampai korang jumpa satu kawasan berpagar. Dekat dalam pagar tu lah tapak perkhemahannya π.
Tapi harus diingat satu perkara yer kawan. Kereta korang tak dibenarkan letak depan pintu masuk ke tapak perkhemahan ni sebab ruangannya terhad. Kalau setakat nak unload barang tu tak menjadi masalah. Jadi, sebaik sahaja korang keluarkan barang-barang. Ambil pas letak kereta di kaunter pembayaran (Dalam kawasan tapak perkhemahan - banggunan warna kuning) kemudian letak kereta korang di tempar parkir yang disediakan di depan Pejabat Perhutanan. Nasihat Syu, sebelum korang tinggalkan kereta korang ditempat parkir, sebaiknya korang angkat semua barang-barang yang korang nak guna semasa berkhemah. Kalau tak jenuh korang nak ulang alik ke kereta π.
Lantai tapak khemah memang dah dipasang siap dengan kayu. Jadi, khemah tak akan kotor terkena pasir. |
Ada juga disediakan kemudahan lain seperti surau, sinki, wakaf, tempat BBQ, plug- point & dewan terbuka. |
TANDAS & BILIK MANDI CANTIK & SELESA
Tandas cangkung, tandas duduk & bilik mandi masing-masing ada dua. |
Tandas yang selesa adalah kegembiraan setiap wanita π. |
BOLEH MANDI MANDA
Sungai cetek jer. Budak kecil pun boleh mandi. |
BOLEH BUAT AKTIVITI MENDAKI JUGA
Nak hiking Gunung Berembun ni kena ambil permit dulu yer kawan-kawan. Jangan main masuk jer π |
Selain mandi-manda & berkhemah, korang juga boleh melakukan aktivit mendaki gunung. Kalau nak tahu, bersebelahan dengan tapak khemah ada satu laluan untuk mendaki ke Gunung Berembun. Jarak ke puncak gunung ada lah dalam 4.5 kilometer macam tu. Tapi sebelum korang buat pendakian, korang kena mohon permit terlebih dahulu melalui Sistem E-eko Rimba Negeri Pahang. Atau korang boleh mohon melaui kaunter. Itupun kalau pegawai benarkan lah π .
Sebagai peringatanlah yer. Sebaik-baiknya masa buat permohonan permit mendaki tu nanti korang sertakan juga nama guiders. Penting juga sebenarnya upah guiders yang berpengalaman untuk mendaki gunung ni. Sekurangnya dengan bantuan guiders, korang boleh tahu serba sedikit selok-belok pasal hutan. Selain tu, dengan adanya guiders ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko korang tersesat ketika mendaki. Jangan main-main dengan Bukit Berembun ni sebab LALUAN KE BUKIT BEREMBUN ni ada banyak. Takut korang masuk dekat Kem Sg.Pauh, keluarnya dekat Robinson Falls π .
Pada Syu, permohonan permit mendaki ni boleh dikatakan penting juga sebenarnya. Bukan apa, sekurang-kurangnya pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tahu & dapat jejak korang sekiranya apa-apa berlaku. Kalau ikutkan, Syu ada juga buat permohonan untuk mendaki Gunung Berembun ni. Tapi tak diluluskan. Yang lulus hanya permohonan untuk melakukan aktiviti perkhemahan sahaja. Mungkin disebabkan faktor cuaca, permohonan permit mendaki Syu tu ditolak agaknya.
SERONOK KE?
Sejujurnya, masa berkhemah dekat kem Sungai Pauh ni masa bulan Oktober hari tu memang puas tak terkata. Cuma kali ni agak kurang menyeronokkan sebab hujan punya pasal π. Nak buat sebarang aktiviti pun agak terbatas. Lepas tu, sejuknya jadi berganda-ganda sampai terpaksa pakai stokin & berbaju sejuk tebal. Air nak mandi jangan cakaplah. Macam air sejuk beku. Memang idaklah nak mandi 2 kali sehari macam duduk di rumah. Walau macam mana sekalipun, tidur tetap lena juga yer kitaorang laki bini. Makan jangan cakaplah. Memanjang saja lapar π.
Secara keseluruhannya, perkhemahan kali ni agak mencabar sikitlah. Tapi, alhamdulillah. 3H2M malam berjaya ditempuhi dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Setakat hujan tu biasalah. Alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun, Syu berterima kasih pada abang Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab sentiasa bersiap sedia sepanjang hari perkhemahan tu. Almaklumlah, hujan tak berhenti-henti. Angin pun boleh tahan kuat. Risau kot-kot ada pokok tumbang. Campers yang lain pun boleh tahan juga ramah anak beranak. Walaupun basah berhujan. Jadi terhibur dapat berkongsi suasana sama-sama.
Sekiranya korang ada perancangan nak buat aktiviti perkhemahan di Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni, sebaiknya korang elak datang ke sini ketika musim hujan. Sebab ianya mencabar pada mereka-mereka yang tak suka berhujan π. Sebelum datang, tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebagai panduan. Walaupun, ramalan cuaca tu tak boleh dipercayai 100%. Hanya sekadar ikhtiar untuk korang rancang percutian korang dengan lebih lancar. Atau korang boleh telefon terus pihak Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat lebih lanjut ππ.
Dari segi pembayaran fi masuk & sewa tapak perkhemahan, korang boleh bayar di kaunter yang terletak berhampiran dengan pintu masuk ke tapak perkhemahan. Di sana ada pegawai yang ditugaskan untuk kutip fi masuk & sewa tapak khemah. Masa dekat kaunter nanti korang cuma bagitahu nama, jumlah orang & hari korang berkhemah. Nanti pegawai tu akan kira & keluarkan resit pembayaran. Pada Syu, harganya kira okeylah untuk kitaorang laki bini π. Berkhemah 3H2M dekat Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni tak sampai pun RM50.
Ni kadar fi masuk & sewa tapak khemah yang dikenakan untuk berkhemah di sini. |
[Notes : Kebanyakkan gambar-gambar ni Syu ambil semasa berkhemah pada bulan Oktober lepas. Syu letak dalam entri ni supaya korang boleh nampak gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana]
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "Ψ¨ِΨ³ْΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ِ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩْΩ ِ" Untuk Entri Blog
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
- 10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
- Masa Untuk Tone Down & Reset Diri!
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
ARCHIVE
-
▼
2021
(332)
-
▼
Disember
(36)
- Kalendar Malaysia 2022 : Cute Coffee
- Kalendar 2022 Yilek!
- Kuih "Barang Dalam Kain" Asal Usul Nama Putu Halba...
- 10 Template Blog Cantik & Murah Di Etsy
- Salah Apakah Aku?
- Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang
- 10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Memb...
- MySJ Trace : Soalan-soalan Lazim
- 3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland -...
- 3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland -...
- Tapai Pulut Manis
- Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC) : Dah Upgraded!!
- Spider-Man : No Way Home [2021]
- Camping Mood ON!!
- Shopee Game Best #2 : Shopee Candy
- DevTools : Ubah Suai Theme Blog Tanpa Merosakkan K...
- Shopee Game Best #1 : Shopee Pets
- TEXAS Chicken : Ramyeon Chicken Vs. Glazed Herbs &...
- Shopee Games Di Shopee Prizes
- Laicikang Homemade Mudah
- CTRL + U & F12 : Cara Nyahaktif Fungsinya Di Blogger
- Buat Cincau Hijau Dari Daun Cincau Hitam
- Announcement : Shopee 12.12 Birthday Sale
- Annoncement : Promosi Kraft Malaysia AEON Mall Sta...
- Yay...Friday!!
- D'Laksa Asam Laksa : Asam Laksa & Rojak Padu!!
- 4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo
- 2 Teknik Mencekik Yang Boleh Membawa Maut
- Uqasha & Kamal Adli : Sudah Sebulan Disatukan
- My Monday Memandey-mandey
- Free Guy (2021)
- Black Widow [2021]
- Terima Kasihlah Banyak-banyak
- No Time To Die [2021]
- Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri T...
- π€²π»Alhamdulillah...Ada Yang Datang Merisik
-
▼
Disember
(36)