Templat blog di Etsy memang cantik-cantik semuanya. Rambang mata bila tengok. Ada yang murah & ada juga yang mahal. Bergantung pada tema, susun atur & rekabentuknya. Tapi, semahal mana sekalipun template korang itu tak bermakna yang blog korang sudah cukup bagus untuk menarik minat pembaca. Blog yang terlampau sarat & serabut juga kadang-kadang boleh menyukarkan pembaca untuk cari entri yang korang dah post.
Selain dari Etsy ni, ada banyak platform lain yang menjual templat blog. Malah, templat blog percuma pun korang boleh dapat. Cuma, apa yang tak seronoknya pasal templat percuma ni adalah bila mana CSS, html & Javascript templat tu bermasalah & corrupted, korang sendiri pun jadi buntu macam mana nak betulkan 😅. Bila korang beli secara terus dengan perekanya sendiri, sekurang-kurangnya diorang boleh tolong korang sekiranya templat yang korang beli tu bermasalah.
Berdasarkan pengalaman Syu Beli Templat Di Etsy, proses membeli templat memang sangat-sangat mudah. Malah, pereka templat blog Syu juga sangat membantu apabila ada permasalahan pada templat. Memang tak dinafikan, ada sesetengah templat blog di Etsy mahal sampai harga cecah ratusan ringgit. Tapi, kalau korang bijak memilih. Korang boleh dapat templat yang harganya tak sampai pun RM30. Tak percaya? Dekat bawah ni Syu senaraikan 10 templat blog yang cantik & murah untuk korang miliki - Klik pada gambar untuk tengok live demo.
Memang rambang mata kalau masuk etsy! Rasa nak tukar template je setiap masa hahaha. Btw template blog saya yang orianna tu :P Haritu beli RM28 aje hehehe.
BalasPadamBetul. Ni pun ada rasa macam nak tukar template lagi 😂. Berkenan betul tengok Snowdrop tu.
Padamcantikkkkk
BalasPadamkenang la pulak
BalasPadamAmmi pernah masuk pastu rambang mata..
BalasPadamterus gi cari je yang free..
tapi ni dah gatal tangan nak cari template lain sbb rasa ada yg tak kene je ngan template sekarang
Baru tukar bulan 7 dengan AO. Baca entry akak rasa macam nak tukar lagi je. Tapi AO busy la pulak. oH no!!
BalasPadamMemang rambang mata. Dulu memang beli kat etsy je. Pernah guna yang orianna dan siobhan tu. Banyak yang minimalist dengan harga berpatutan.
BalasPadam