Bila sebut pasal mencekik ni kan. Actually, ada banyak maksudnya kalau dalam bahasa Malaysia kita ni. Mencekik mencengkam leher nak membunuh & satu lagi mencekik nak makan macam dialog dalam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu. Tapi, mencekik yang Syu nak bincangkan hari ni lebih kepada mencekik yang boleh dikatakan agak merbahaya juga bila dipraktikkan sebagai teknik pertahanan diri (self-defense) & kawalan fizikal (Physical restraints). Mencekik makan tu pun membunuh juga. Itu memang tak dinafikan. Cuma, membunuhnya tu dalam senyap jelah 😅. Jom kita tengok 2 teknik mencekik yang merbahaya tu.
1) CHOKE HOLD
Korang ingat tak perkongsian Syu hari Sabtu lepas?-A Soul For A Speaker. Kalau nak tahu, itu antara salah satu teknik pertahanan diri juga sebenarnya. Teknik tu kita panggil "Chokehold" atau dalam bahasa Melayunya kita panggil "Mencekik" [منچکيق]. Menurut Cambrige Dictionary, Chokehold ni merupakan suatu tindakan/perbuatan menyekat saluran udara dengan mengenakan tekanan pada bahagian depan leher dengan cara memegang seseorang dengan lengan supaya supaya seseorang itu sukar untuk bernafas. Jika dirujuk pula kepada kepada kamus Dewan Bahasa & Pustaka, perkataan "mencekik" ni merupakan salah satu perbuatan mencengkam leher seseorang sehingga menyukarkan seseorang itu untuk bernafas.
Lakonan semula semasa kejadian : Inilah dia teknik chokehold. Teknik ni jugaklah yang telah menyebabkan mangsa meninggal sesak nafas di tempat kejadian. |
Kalau korang tengok pada gambar, nampak gaya macam cekik biasa-biasa kan. Macam ala-ala wresler tengah wresling. Tapi, korang kena ingat yer. Cekik macam ni boleh menjadi luar biasa kepada mereka yang dicekik. Malah, ianya boleh membawa kepada perkara serius yang sememangnya kita sendiri pun tak jangka.
Jangan dibuat main yer dengan cekik mencekik ni. Silap cekik., boleh membawa maut tau. Pesan dekat anak-anak siap-siap. Takut benda-benda macam ni diorang guna untuk dijadikan sebagai bahan gurauan dengan adik-adik & kawan-kawan. Manalah tahu, gara-gara terikut-ikut dengan adegan dalam WWE (World Wrestling Entertainment) sampai terbawa-bawa untuk dijadikan bahan bergurau. Padahal, adegan dalam WWE tu semua acah-acah jer.
2) LATERAL VASCULAR NECK RESTRAINT (LVNR)
Selain dari "Chokehold", ada satu lagi teknik pertahanan diri yang sememangnya patut dielakkan penggunaannya. Tekniknya lebih kurang macam "Chokehold" jugak. Ianya dipanggil "Neck Restraint". "Neck Restraint" ni ada banyak jenis & tidak terhad kepada pengunaan lengan sahaja. Selalunya teknik macam ni biasa diguna pakai oleh angota-anggota polis di luar negara seperti di United Stated (US). Tapi, ada juga sesetengah negeri di US mengharamkan penggunaan teknik ni sebab penggunaannya dalam kalangan anggota polis telah mengakibatkan banyak kes kematian melibatkan teknik "Neck Restraint" ni.
Korang ingat tak kes kematian Gorge Floyd di Minnesotta, United State pada 25 Mei tahun lepas? Kes kematiannya adalah disebabkan salah seorang anggota polis menggunakan teknik "Neck Restraint" ketika menangkapnya. Macam insiden yang menimpa George Floyd ni, Derex Chauvin tak menggunakan lengan pun. Sebaliknya, dia menggunakan lutut dia untuk buat "Neck Restraint" pada bahagian leher George Floyd. Kononnya nak menghalang George Floyd dari bertindak ganas. Tapi malangnya, tindakan Derex Chauvin tu telah menyebabkan George Floyd meninggal dunia di tempat kejadian gara-gara tidak dapat bernafas. Disebabkan masa kejadian tu ada saksi & bukti, seluruh pelusuk US mengadakan protes dengan berslogankan "I can't breath" bagi membela nasib George Floyd.
Sebelum insiden menimpa Gorge Floyd ni berlaku, hanya Tennese & Illinios sahaja yang menharamkan teknik ni dari dipakai oleh anggota polis. Tapi sejak mendapat bantahan & protes dari penyokong George Floyd, sekarang ni dikatakan sudah ada 17 buah negeri di dalam US mengharamkan penggunaan teknik ni dari terus diguna pakai termasuklan Jabatan Polis yang terlibat dalam kes kematian George Floyd. Sepatutnya, teknik yang disarankan ketika berhadapan dengan penjenayah adalah Lateral Vascular Neck Restraint menggunakan lengan macam ni & bukannya menggunakan lutut macam yang dibuat oleh Derex Chauvin tu. Sangat merbahaya & boleh mengundang maut.
Lateral Vascular Neck Restraint (LVNR®) atau juga dipanggil Carotic hold antara restraint hold yang selalu digunakan. Teknik ni agak merbahaya juga untuk dipraktikkan sebenarnya. Walaupun ianya telah lama dipraktikkan sejak tahun 1970 di USA, hakikatnya ia boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada seseorang bila teknik ni digunakan secara tidak betul & membuta tuli.
Secara amnya, LVNR® ni tak akan dibuat ke atas seseorang penjenayah apabila penjenayah tersebut telah terdedah kepada semburan OC (Oleoresin capsicum)/pepper spray atau yang mengalami kesukaran bernafas. Selain tu, teknik menggunakan palang lengan di kerongkong/chokehold, pegang dengan pegangan yang berbahaya atau apa jua teknik tidak dibenarkan sama sekali.
Kebiasaannya, setelah penjenayah berjaya dikawal, barulah LVNR® ni akan dilonggarkan. Apabila LVNR ni gunakan ia akan menyekat arteri karotid dari berfungsi. Arteri karotid ni merupakan sepasang saluran darah yang terletaknya di kedua-dua belah leher. Saluran ni berfungsi untuk menghantar darah yang mengandungi oksigen ke otak dan kepala. Jadi tak hairanlah, LNVR ni boleh mengundang maut.
Kalau ikutkan ada bermacam-macam lagi jenis teknik kawalan fizikal yang selalu polis-polis praktikkan. Cuma setakat ini, dua teknik ni sahaja yang dikatakan banyak digunakan secara meluas untuk sebagai salah satu teknik kawalan fizikal untuk menangkap penjenayah. Setakat ni di Malaysia, polis-polis kita tak pernah guna teknik ni untuk menangkap penjenayah. Paling kurang pun, cukup sekadar tangkap, gari & lokap jer. Tak ada pula sampai mencekik & melutut macam nak membunuh. Cuma yang hairan, ada juga orang awam yang terlepas guna teknik yang merbahaya ni. Tak pasal-pasal kena masuk lokap & dicop sebagai pembunuh anak beranak. Jadi, janganlah dibuat main benda cekik mencekik ni. Bahaya yer.
SUMBER RUJUKAN
1) Legal & Liability Risk Management Institute
2) Washington Coalition For Police Accountability
4) CCJ
7) CNN
8) WKYC Studio
Kalau betul-betul terdesak.. boleh guna haha
BalasPadamIngatkan mencekik makanan
BalasPadam