Pada awalnya agak seram juga nak jejakkan kaki bercamping ke Cameroon Highland lagi. Tambah-tambah lepas dapat tahu ada kes tanah runtuh dekat jalan Simpang Pulai hari tu. Almaklumlah, cuaca hujung tahun ni tak berapa nak elok sangat. Tapi disebabkan dah rancang lama & permohonan tapak di Sistem E-eko Rimba pun dah lulus. Nak tak nak terpaksa juga teruskan. Cuti pun dah approved. Takkan nak duduk saja di rumah. 😌 Mendap weyh...
Lepas kejadian kes tanah runtuh hari tu, kalau ikutkan kitaorang laki bini cadang nak naik Cameron Highland guna jalan Tapah. Tapi disebabkan jalan Simpang Pulai dah dibuka, kitaorang pun cuba nasib sajalah untuk naik melalui jalan tu. Masa nak naik tu memang mengucap panjang yer 😌. Rasa risau., gementar seram sejuk semua ada.
Lepas balik kerja Syu & encik suami pun bersiap-siap naik Cameron Highland. Terus terang cakap. Sepanjang-panjang perjalanan nak naik Cameron Highland dari Simpang Pulai tu anginnya memang kuat sangat. Nampak macam angin biasa-biasa tapi anginnya merbahaya tau. Kalau bawa laju, takut kereta terpelanting kena angin lintang. Itu belum campur dengan kabus tebal & hujan lagi. Nak tak nak terpaksalah bawa kereta perlahan-lahan. Alhamdulillah, pelan-pelan drive akhirnya sampai juga ke puncak. Tak kisahlah lambat sampai sekalipun. Janji selamat 😊💕.
Sejuk-sejuk dapat makan masakan panas memang mantap 😋. |
Sebelum bergerak masuk ke tapak perkhemahan, kami laki bini singgah makan sekejap dekat kedai makan. Lapar punya pasal. Lagipun malas nak masak-masak & pegang periuk belaga segala masa kat tapak khemah nanti. Kalau boleh, lepas pasang khemah nak mandi-mandi teru tidur jer 😁. Sesampai jer di tapak perkhemahan, hujan turun memang tak berhenti-henti yer kawan-kawan 😂. Nak tak nak terpaksa teruskan juga perkhemahan.
Hujannya turun tak berhenti-henti ☔ |
Walaupun hujan cuma turun renyai-renyai, Syu tetap sediakan ponco (a.k.a baju hujan) & payung siap-siap dalam kereta yer kawan-kawan. Bukan apa, sekurang-kurangnya tak ada lah basah teruk sangat masa nak angkut barang & pasang khemah. Sejujurnya, bila terkena dengan cuaca macam ni, sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja kitaorang nak pasang flysheet & khemah. Even nak keluar berjalan-jalan pun susah sebab faktor cuaca yang kurang elok 😩.
Ni pemandangan tapak khemah kitaorang pada waktu malam dari arah surau. |
Memandangkan sepanjang hari perkhemahan tu hujan. 😂 Maka, gambarnya pun yilek! Kalau dapat ambil pun hanya sekeping dua sahaja. Itupun atas dasar ehsan abang ipar. Jadinya, untuk entri pasal perkhemahan ni Syu gunakan beberapa gambar yang Syu sempat ambil masa berkhemah di sini masa bulan Oktober yang lalu. Walaupun gambarnya dah basi. Sekurang-kurangnya, korang nampaklah juga gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana. Gambar-gambarnya korang boleh tengok pada entri Syu yang seterusnya pada bahagian PART 2 😉❤️.
Sekarang ni tengah musim hujan,
BalasPadammungkin tak sesuai untuk aktiviti perkhemahan.
Betul tu wak.
PadamMacam kes Syu ni apa boleh buat...salah percaturan 😅.
Lepas ni memang tobat lahum nak berkhemah time musim hujan.Memang sejuk. Tapi ada risiko lain menanti.