🤲🏻Alhamdulillah...Ada Yang Datang Merisik

Disember 01, 2021

Happy
Relaxation


Hello December!! Alhamdulillah. Mood & hari yang indah untuk bercerita di permulaan bulan December ni. Nak bercerita semalam macam tak ada idea. Kerja pulak macam menimbun-nimbun jer tak henti-henti. Dekat tempat kerja...kerja. Balik rumah pun kerja. Celik mata tutup mata semuanya kerja 😂.


Kalau ikutkan semalam lepas balik kerja & selesai memasak segala nak jenggahlah sekejap tengok syuderis.com. Malangnya, tetap tak berkesempatan jugak sebab sibuk nak kena alter seluar kerja baru encik abang seorang tu. Seluar kerja tu disuruhnya alter macam seluar cikang (a.k.a seluar kaki kecik).



Setahu Syu, style seluar macam tu wujud masa zaman sekolah dedulu jer. Tak sangka time kerja pun masih ada lagi yang praktikkan 😅. No wonderlah tukang jahit tak nak buat (Dalam hati : Penyudahnya, aku jugak yang kena jahit 😏). Ni kalau dekat sekolah ni memang Syu masukkan siap-siap nama dalam buku catatan pegawas. Memang mendapatlah jawabnya dengan guru disiplin 😜.



By the way, siapa yang datang merisik? Jeng3. 😳 Merisik Syu? 🙅Tidak...tidak...tidak...Kita dah pegang status puan yer. Mana boleh dirisik lagi. Kalau merisik syuderis.com tu ada lah. Tapi, maharnya tak adalah mahal mana pun Syu letak. Orang kata, kalau jual mahal nanti tak laku.


Pada Syu, kalau tak ada yang datang merisik pun tak apa. Sekadar nak mempromosikan bisnes sahabat semuslim sebangsa kita. Lagipun, Syu berblog hanya untuk suka-suka jer. Tak terfikir jauh pun sampai nak dapat income segala. Tapi, kalau yang merisiknya syarikat besar-besar macam Megah Holdings tu mungkin kasar sikit Syu cas 😁.



Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi datang merisik syuderis.com untuk dijadikan salah satu platform untuk beriklan. Syu doakan semoga tuan empunya bisnes murah rezeki & perjalanan bisnesnya meletop-letop lancar tanpa henti.

Comments

  1. untung laaa dah dirisik. kita masih belum hahaha

    BalasPadam
  2. Uncle orang merisik khabar je...

    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke merisik khabar jer ni uncle 😜. He2~

      Padam
  3. Bestnya kena risik....panjang- panjangkanlah risikan tu...hehehehe

    BalasPadam
  4. Tahniah.. Rezeki jgn ditolak

    BalasPadam
  5. alhamdulillah semoga bertambah byk dpt offer lepas ni. sikit2 lama2 byk la tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 🤲🏻 Amin mama. Kecil tapak tangan nyiru Syu tadahkan 😁.

      Padam
  6. hehhehe alhamdulilah rezeki tu syu... :) semoga bertambah risikan nya tu :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. 🤲🏻 Alhamdulillah kalau bertambah-tambah. Pucuk dicita ulam mendatang tau Kak Ret. 😁💕He~

      Padam
  7. alhamdullilah rezeki syuu.. rezeki jgn ditolakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Betul OB. Rezeki jangan ditolak 😁💕.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!