Buat Cincau Hijau Dari Daun Cincau Hitam

Disember 12, 2021

Petang semalam sempatlah luangkan masa sekejap dekat kebun mini belakang rumah Syu nun. Boleh tahan dia punya caca merba yer πŸ˜‚. Lama juga tak jenggah pokok-pokok Syu dekat belakang rumah ni. Malas nak manjakan sangat. Selalunya Syu tengok perkembangan diorang melalui tingkap jer. Alhamdulillah, cuaca asyik hujan jer. Tak payah kalut nak bersiram pokoknya 😁. 



Lepas jer kejadian serangan berjemaah dengan beberapa pest & diseases hari tu, Syu jadi macam putus asa sekejap nak menghadap. Hasil tanaman Syu jadi tak berapa cantik. Tapi, walau macam mana pun Syu sempatlah merasa makan rockmelon hasil dari tanaman Syu tu. Itupun buahnya kecil jer. Jadilah dapat merasa hasil tanaman sendiri. Cuma pokok tomato, bendi & cili Syu terpaksa buang. Sebab teruk sangat kena serang dengan mealybugs 😌.


Cincau
Pergi ke kedai ternampak cincau. Cincau tak dibeli. Jawabnya buatlah sendiri!! πŸ˜œ

Hari ni pergilah ke belakang sekejap menyantuni diorang 😌. Saja nak tengok-tengok perkembangan. Tak sangka. Elok pula segar bugar & berkembang biak bila tak dibelai manja. Syu punya pokok mint, cincau, pandan & kunyit elok membesar. Sampai terkeluar-keluar dari pasu. Nak tak nak Syu trim & semai balik mana yang boleh disemai. Hasil bekebun tadi dapatlah daun cincau dalam satu raga kecil. Jadi, mencincaulah kita hari ni dekat dapur. Bahan-bahan nak buat pun senang. Resepinya korang boleh rujuk dekat SINI πŸ˜‰πŸ’•


Cincau hijau
Terpokaldot tanpa sengaja πŸ€£. 


So, inilah hasil cincaunya. Syu buat cincau hijau jer. Senang sikit. Kalau nak buat cincau hitam nak kena jemur dulu daunnya sampai kering. Makan masa pula nak membuat cincaunya nanti πŸ˜‚. Dah lah daunnya tak banyak. Buat yang ini pun tak berapa nak hijau cincaunya. Kalau dikeringkan, jangan cakaplah. Entah jadi cincau hitam ataupun tak πŸ˜….



By the way, kalau nak tahu. Yang bintik-bintik putih tu jadi sebab Syu tak gaul tepung jagung tu sampai betul-betul sebati sebelum masak atas dapur 😌. Syu campak terus tepungnya masuk ke dalam air cincau yang Syu dah kisar. Sepatutnya kena larutkan dulu dengan air sikit. Itu pasal warnanya bercepak-cepak macam tu. Maka, terhasil lah cincau hijau polkadot secara tak sengaja (Dalam hati : Elok juga rupa dia jadi polkadot macam tu πŸ˜‚) 

Comments

  1. nampak fresh betul daun tu
    menarik gak cincau kaler hijau ni heheh
    btw done follow sini ya :D

    BalasPadam
  2. Letak ais batu nikmati waktu panas2 gini , memang sedap hehe

    BalasPadam
  3. Wow first time tgk daun cincau..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa...ini lah dia cincau yang orang dok kata dalam ayat "pergi ke kedai membeli cincau" tu. Sekarang dah tahu kan? 😁 He2~

      Padam
  4. Wah saya juga pertama kali nampak daun cincau

    BalasPadam
  5. Lah baru tau ada daun cincau 1πŸ˜…. Tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Yang Syu pakai ni orang panggil daun cincau hitam (Platostoma palustre). Kalau daun cincau hijau (Cyclea barbata) yang orang selalu pakai tu lain sikit rupa dia. jenis yang ini pun boleh juga kalau nak guna buat cincai hijau πŸ˜‰πŸ’•.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!