D'Laksa Asam Laksa : Asam Laksa & Rojak Padu!!

Disember 09, 2021

Hari ni saja buat puasa sunat. Niat hati kononnya nak menahan nafsu makan lah kiranya sebab samalam dah perkena 4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo 😅. Tadi masa lunch break, tekak rasa macam teringin sangat nak makan sate. Memang dah angan-angan nak singgah pasar malam berbeli. Tapi malangnya, tak dapat nak pergi sebab hujan 😌. Rasa hampa lah sikit tak dapat nak perkena sate. 



Berbuka tadi Syu cuma minum air kopi semalam jer buat syarat nak batalkan puasa. Sedap juga 😁. Bila minum kopi semalam, tiba-tiba teringat cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang tajuk "Masam-masam Manis" tu. "Kopi semalam!!" katanya. 



Sebenarnya, nak kata Syu lapar sangat nak makan tu tak juga (Lebih kurang macam ayat semalam. Tak nak makan malam. Tapi, hujung-hujung berbeli 4Fingers.😂). Entah macam mana, masa tengah layan drama "Kisah Cinta Kita" tadi, tangan "tercapai" handphone tengok makanan dekat GrabFood 🤣.



Godek sana godek sini, terpandanglah D'Laksa Asam Laksa. Akhirnya terpengaruh juga. Memang gantung periuk belaga lagilah jawabnya hari ni. Kalau nak tahu, D'Laksa Asam Laksa dekat GrabFood ada diskaun 50% (Guna kod HOTDEALSGF dengan minimum order RM25). Servis penghantaran pun percuma tau. Bila dah nampak ada offer, apa lagi. Mengelejatlah submit order 😆. Kalau nak tahu, jumlah harga semua makanan yang Syu order ni cuma RM18 jer. Murah lagi dari 4Fingers semalam 😅.


D'Laksa Asam Laksa

Actually, sebelum-sebelum ni Syu pernah makan juga Asam Laksa dari D'Laksa ni. Dia punya rasa tu memang tak mengecewakan langsung. Cuma rojak dia jer Syu belum cuba lagi. Secara keseluruhannya, rasa masam, masin & manis kuah Asam Laksanya memang cukup rasa. Kuah tak berapa nak pedas & isi ikan pun banyak.

Untuk order kali ni Syu masukkan rojak buah dalam list sekali 😁. Saja nak rasa rojak dia macam mana. So far, rojaknya memang sedap!! Kacangnya memang banyak. Buah potongnya pula fresh & ranggup. Memang puas & kenyang makan 😋. Korang yang belum pernah rasa menu Asam Laksa & Rojak Buah D'Asam Laksa, Syu sarankan korang untuk mencuba. Dia punya rasa memang terbaik!! Pada yang teringin nak mencuba. Korang boleh pesan melalui GrabFood 😊👍🏻


Asam Laksa & Rojak

Comments

  1. wah mantap laksa dgn rojak dia. kena cuba ni :)

    BalasPadam
  2. Dia punya kuah rojak nampak menyelerakan... pekat likat tu,,,

    BalasPadam
  3. memang sedap kan syu , kak ana kalau pi aeon selalu beli..set rm24 tu semua dapat rasa hehe :)

    BalasPadam
  4. Ya allah sedapnyaaa tengok rojak buah tuuuu! Pekat elok kuahnya!

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!