Kuih "Barang Dalam Kain" Asal Usul Nama Putu Halba Kelantan

Disember 30, 2021

Ingat tak entri Syu Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tempoh hari. Dalam entri tu Syu ada cerita pasal kuih putu halba? Kalau nak tahu kuih "Barang dalam kain" itulah nama jolokkan asal kepada nama kuih ni 😅. Suatu ketika dahulu dalam sekitar tahun 2018, nama jolokan ni selalu digunakan pada kalangan-kalangan peniaga kuih putu halba ni dengan niat nak melariskan jualan.



Kalau nak tahu, kuih putu halba ni memang terkenal & boleh dikatakan sinonim juga dengan negeri Kelantan. Bila pergi ke sana, korang akan nampak ramai penjaja meniaga kuih ni di tepi-tepi jalan terutamanya pada bulan Disember. Dengar cerita kuih ni memang selalu dijual & dimakan ketika musim banjir & musim tengkujuh. Harganya memang murah. RM2 korang boleh dapat dalam 5 ketul 😁. 


Putu Halba
Rasa kuihnya seakan-akan kuih putu piring. Cuma teksturnya melekit & dicampur dengan biji halba.





KENAPA "BARANG DALAM KAIN" ?


Dek kerana kuih ni dimasak dengan cara berbungkus dengan kain. Maka namanya jolokkan "barang" (merujuk kepada kuih) & "dalam kain" (kuih tu duduk bertekup dengan kain semasa dimasak) diberikan😂. Bunyi macam lawak. Tapi, sekiranya ada segelintir yang tersalah tafsir. Ada kemungkinan ianya akan berubah menjadi sesuatu ungkapan tersirat yang berbaur lucah. Walaupun, hanya sekadar nama jolokkan kepada kuih. Bait-bait perkataan ni boleh menyebabkan orang salah anggap & mengundang kepada persepsi negatif.


Barang dalam kain
Orang Kelantan panggil "Bare dalam kain" sebab kuihnya duduk dalam kain ketika dimasak 😁.





MENDAPAT TEGURAN MUFTI


Disebabkan nama jolokkannya agak kurang elok untuk digunakan. Maka penggunaan nama jolokkan kepada kuih ni telah mendapat teguran dari Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Katanya, penggunaan jolokan "Barang dalam kain" tu agak tidak sesuai digunakan ke atas makanan sebab dikhuatiri boleh mengundang persepsi negatif masyarakat. Malah, ianyanya nampak seperti kurang sopan jika digunakan ke atas sesuatu yang kita buat pemakan.



Pada Syu, ada betulnya juga tindakan Mufti Kelantan tu menegur penggunaan nama jolokkan macam tu. Nampak tak molek & tak sedap untuk didengar. Benda nak buat makan. Lepas tu letak nama panggilan bukan-bukan & tak berapa nak senonoh untuk dipanggil 😅. Walaupun bukan dengan niat. Ianya tetap tak nampak elok. 



Tapi, nama seperti kuih tahi itik tu mungkin masih boleh diterima lagilah jika dibandingkan dengan "Barang dalam kain". Korang faham-faham sendirilah yer maksud "Barang dalam kain" tu apa. Walaupun hanya sekadar nama jolokkan, tapi ianya macam "sesuatu" yang agak memalukan pula bunyi panggilannya 😂. Tak boleh bayangkan masa nak buat pesanan kita cakap - "Adik, beri bare dale kain se!!". Ni kalau adik tu tersalah faham, boleh dapat makan selipar percuma jawabnya 😂.

Comments

  1. Oooo mcm kuih putu bambu eh... Tp part halba tu yg alaaaa.. Kuat sgt ke rs halba tu eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupa dia macam putu piring. Rasa dia adalah seakan-akan putu bambu & putu piring juga.
      Halbanya?
      Kuat sangat!!😂
      Dahlah kita tak suka halba. Tapi telankan juga sebab dah beli. Ha3 😅.

      Padam
  2. abe kie kie x suka make bare dale kain ni. kalu ibu mentua n isteri mereka berehi la make kuih goni.

    BalasPadam
  3. macam nama asal PCB..dulu kan terasa juga kelucahannya sehingga ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan

    BalasPadam
  4. Baiklah dah diubah. Risau jugak kalau nama lama tu kekal.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!