Laicikang Homemade Mudah

Disember 13, 2021

Laicikang ni semalam punya agenda. Baru hari ni ada kelapangan nak up resepi. Aktiviti hujung minggu macam ni lah. Ada saja idea bernas keluar bila melibatkan bab-bab makan ni 😋. Alang-alang dah BUAT CINCAU HIJAU DARI DAUN CINCAU HITAM, apa salahnya kalau buat laicikang untuk sejukkan badan. Sebut pasal laicikang ni kan. Korang suka versi yang mana satu? Laicikang yang airnya rasa gula merah atau laicikang yang airnya ada rasa laici 😁.



Kalau Syu, Syu lagi prefer laicikang yang airnya rasa laici tu. Kalau yang gula merah tu Syu tak berapa berkenan sangat. Tak tahu kenapa. Dari bujang sampailah dah berkahwin. Memang tak minat langsung laicikang letak air gula merah ni. Nama pun laicikang kan...sepatutnya bukan kena letak laici ke 🤔?



Memandangkan semalam ada buat cincau. Maka, sesi mengorek barang-barang dapur pun bermula. Hasilnya, dapatlah air laicikang simple dalam beberapa mangkuk. Jadilah buat lepas teringin nak makan laicikang. Lama juga Syu tak minum air ni. Selalu kalau makan dekat kedai minum teh ais jer 😁. 



BAHAN-BAHAN

Cincau (Potong dadu)
1 Biji - Biji kembang semangkuk (Rendam dalam air panas sampai kembang) 
1/2 Sdt. -  Biji selasih (Rendam dalam air panas sampai kembang)
1/4 tin - Laici
Ais batu
2 Sdt. - Air gula


Semua bahan-bahan ni korang campur jer dalam satu mangkuk. Kalau korang rasa nak letak bahan-bahan lain macam kacang Shandong, halwa kundur, buah pala kering & biji sagu pun boleh. Terpulang pada citarasa korang. Laicikang yang Syu buat ni laicikang campak-campak jer. Bahan-bahan pun guna mana yang sedia-sedia ada dekat dapur jer.

Comments

  1. wahh..sedapnya..minum sejuk sejuk di tengahari..segerrrr

    BalasPadam
  2. bulan puasa laku ni.. yum yum...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!