Memandangkan jalan ceritanya masih fresh dalam kepala otak. Syu rasa ada baiknya Syu buat review sikit pasal movie ni. Kalau nak tahu, No Time To Die ni adalah kesinambungan dari movie James Bond tahun 2015 yang bertajuk Spectre. Jadi, sebelum tengok movie ni sebaiknya korang tengok Spectre terlebih dahulu. Kalau tak nanti korang susah nak faham jalan ceritanya macam mana π.
Dalam movie James Bond kali ni, jalan ceritanya lebih ke arah pengakhiran karier James Bond dalam dunia perisikkan. Selepas menyelesaikan misi Spectre di kota London, James Bond membawa dirinya bersama Madeline ke Matera, Itali. Semasa di Matera, penduduk di sana ada buat upacara pembakaran rahsia. Syu sendiri pun tak pasti apa nama upacara tu. Yang pasti orang-orang dekat Matera tu tulis rahsia diorang pada kertas lepas tu diorang bakar kertas tu. Masa malam upacara tu James Bond ada tanya Madeline pasal rahsia dia. Tapi Madeline cakap yang dia akan bagitahu rahsianya tu lepas James Bond menziarah makam Vesper Lynd.
Esoknya James Bond pergilah ke makam tu. Entah macam mana makam tu tiba-tiba meletup kena bom. Bila kena macam tu, James Bond syak yang Madeline khianat dengannya. Nasib dia terselamat dari kena bom. Tapi, serangan tu tak berhenti macam tu jer. Balik tu James Bond & Madeline kena serang pula dengan beberapa pembunuh upahan Spectre yang diketuai oleh Premo. Lepas kes kena serang tu, James Bond buat keputusan untuk berpisah dengan Madeline. Tapi masa tu, James Bond tak tahu yang Madeline disahkan mengandung.
Sejak dari kejadian tu, James Bond pun buat keputusan untuk bersara dari dunia perisikan & menghabiskan masanya di Jamaica. Posisi lamanya sebagai ajen 007 pun dah terisi dengan pelapis yang baru. Walaubagaimanapun, perjalanan dia tak terhenti di situ jer. Lepas beberapa tahun, James Bond terpaksa melupakan hasrat persaraannya tu apabila sahabatnya Felix meminta bantuannya untuk menyelesaikan satu kes jenayah dari satu projek terlarang yang diberi nama Projek Heracles.
Projek ni antara projek terlarang yang dibuat oleh "M" sendiri & secara tak segaja telah bertukar menjadi salah satu projek yang merbahaya. Semua ni berlaku apabila saintisnya jatuh ke tangan penjahat yang bernama Safin. Safin ni ada kena mengena juga dengan peristiwa lampau Madeline. Disebabkan Madeline terhutang budi & nyawa dengan Safin, jadi dia terpaksa membiarkan dirinya diperalatkan.
Misi James Bond kali ni macam agak sulit nak diselesaikan. Sebab ianya melibatkan satu senjata bio merbahaya yang mengandungi nanobots. Fungsi nanobots ni lebih kurang macam virus Covid yang ada sekarang ni. Cuma ianya dicipta khas untuk menyerang manusia melalui sentuhan dengan berdasarkan DNA yang telah disetkan sahaja.
Sejujurnya, movie James Bond : No Time To Die ni memang best & agak menyedihkan juga pengakhirannya yer kawan-kawan. Nak tahu macam mana pengakhiran jalan ceritanya? Korang WAJIB tengok sendiri. Tak syok lah jadi tukang spoiler. Setakat bagi hint & teaser sikit-sikit tu boleh lah π. Apa-apa pun, 5π untuk No Time To Die!!
Uncle pun dah tonton.... uncle bagi banyak bintang... cuma cerita paaaaanjaaanggggg sangat!
BalasPadamπ Kalau ceritanya pendek...dia tak jadi movie dah uncle. Dia jadi cerpen!!
PadamMelawak jer uncle. π Jangan marah aaaaa...He2~
abe kie baru tgok separuh malam td. too long. hari ni nak sambung lagi. mcm pening gak nak memahami plot citer ni.
BalasPadamToo long!!Yes...Yang itu memang tak dinafikan. UG pun mentioned perkara yang sama π.
PadamSyu pun pening jugak masa tengok mula-mula tu abe. Sebab jalan ceritanya ada kena mengena sikit dengan Spectre. Dah lah Spectre tu keluarnya tahun 2015, mana nak ingat sangat dah jalan ceritanya macam mana π.
Apa-apa pun selamat menonton yer abe. Tengok ending nanti jangan nangis tau π.
Serius citer lama tp ralek tgk..kak shida tgk kat TGV..ambil tiket last sekali hahaa..padan mukee masuk pkl 10.45mlm keluar pkl2 pagi..sabor jela ^_^
BalasPadam