10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Membuat Tapai

Disember 27, 2021

Hari tu Syu ada kongsi cara buat Tapai Pulut. Hari ni Syu nak kongsi sikit pantang larang orang-orang lama yang dikatakan boleh menyebabkan tapai tak menjadi sekiranya dilanggar. Dedulu, nak buat tapai ni renyah. Banyak proses & pantang larang yang nak kena diikut. Macam Syu, masa buat tapai memang tak ikut pun pantang larangnya. Sebab pada Syu, jadi tak jadi satu-satu tapai tu bergantung kepada ragi, faktor kebersihan, persekitaran & dengan izin Allah juga 😊💕.


Pengusaha tapai Pulau Pinang
"Ada pantangnya, kalau tak ikut, tapai akan menjadi tidak manis, jadi merah, masam dan tawar" - Nordin Yusof @ Abang Din


Kalau ikutkan, banyak juga pantang larang buat tapai yang Syu & mak Syu pernah langgar masa buat tapai ni sebenarnya 😅. Siap pakai bekas merah lagi. Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Tapainya tetap menjadi. Tak jadi masam & merah pun tapainya. Elok putih serlah & manis. Tak pula jadi macam yang orang tua-tua dulu cakap 😂.



Untuk pengetahuan korang, ini antara pantang larang yang Syu pernah dengar mak & arwah opah Syu ceritakan sepanjang proses nak buat tapai :


  1. Buat ketika dalam keadaan yang bersih - tak datang bulan. 
  2. Dah buat tapai jangan bagitahu dekat siapa-siapa. Takut tapainya merajuk @ tak menjadi. 
  3. Buat dalam keadaan yang tenang. Jangan marah-marah.
  4. Pulut yang nak dibuat tapai hanya untuk dibuat tapai sahaja. Jangan dicuit sikit pun untuk buat makan.
  5. Masa buat tapai jangan cakap perkara-perkara yang tak elok. Even perkataan tak jadi pun jangan disebut. Takut masin apa yang dicakap. Kata-kata tu kan satu doa. Sebaik-baiknya berselawat ke atas Nabi.
  6. Jangan diintai-intai kawan tu kalau dia belum masak. Takut terkencat proses penapaiannya.
  7. Simpan ditempat yang gelap & tak ada siapa pun tahu. Kawan tu dah masak nak riuh sekampung pun tak mengapa 😁.
  8. Tukang buat tapai tak boleh makan benda masam-masam & sireh (orang tua-tua dulu suka makan sireh) ketika membuat tapai. Nanti tapainya jadi masam & berwarna merah.
  9. Jangan guna peralatan yang berwarna merah ketika membuat tapai. Nanti tapainya jadi merah juga.
  10. Jangan peram tapai atas lantai. Nanti tapai tak menjadi.


Sejauh mana kebenaran pantang larang buat tapai ni pun Syu tak pasti. Pada Syu, orang tua-tua dahulu memang tertib dalam buat apa jua perkara. Mungkin dalam setiap pantang larang ni ada maksud yang tersirat yang cuba diorang sampaikan. 



Nama pun nak buat barang pemakan bagi orang makan kan. Semestinya tukang membuat makanan tu kena dalam keadaan bersih & suci. Masak dalam suasana yang tenang & tak marah-marah. Baru berkat & menjadi makanan yang nak bagi orang makan tu 😁.


Sebaik-baiknya masa tengah masak tu berselawat supaya dapat bagi terang hati orang yang makan. Bukannya dimaki-maki marah-marah makanan tu. Rezeki kan. Tak elok dimarah-marah dibentak-bentak. Itu pada pendapat Syu lah yer.



Bagi Syu, pantang larang masa buat tapai ni antara perkara-perkara yang sebaiknya kita berfikir banyak kali samada ada mahu percaya ataupun tidak sebab dikhuatiri boleh jatuh syirik. Ikut boleh petua & pantang larangnya. Percaya jangan. Kalau terjadi pun mungkin ianya hanya satu kebetulan.

Comments

  1. banyak nya pantang larang! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kan 😂. Tapi Syu tak ikut sangat pun UG. Orang moden buat tapai banyak derhaka sikit. He2~

      Padam
  2. Wah banyak rupanya pantang larang. Pernah dengar no 1 dan 2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dikatakan banyaklah juga sebenarnya 😂. Tapi, kalau tak ikut pun tak mengapa. Sebab pernah juga buat tapai langgar pantang. Alhamdulillah elok menjadi tapainya.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!