Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Disember 01, 2021

Beberapa hari lepas Syu ada cerita pengalaman Syu temuduga Rumah Perakku di Dewan Komuniti Chemor - Rumah Perakku : Temuduga. Memandangkan ada yang bertanya, sebaiknya Syu buat perkongsian sikit macam mana cara nak mohon. Mana tahu ada golongan B40 senasib dengan Syu yang berhajat sangat nak kan rumah pertama untuk didiami. 

Tapi, awal-awal Syu pesan yer. Permohonan ni hanya sekadar ikhtiar. Sebab yang memohonnya ramai. Quota rumah yang dibuka untuk program ni pun hanya beberapa buah sahaja. Dapat tak dapat bergantung pada rezeki. πŸ˜‰πŸ’•Apa-apa pun, jangan serik berusaha okey!!


Untuk pengetahuan korang, segala projek & permohonan Perumahan Negeri Perak ni berada di bawah tanggungjawab & bidang kuasa LPHP (Lembaga Perumahan & Hartanah Perak). Untuk Perumahan Negeri Perak ni projeknya bukan terhad kepaada kategori Rumah Perakku sahaja.

Actually, ada banyak projek lain seperti Perancangan Rumah Tersusun, Program Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia, Perwira & Rumah Perakku 1. So, masa membuat permohonan nanti korang kena pilih betul-betul kategori rumah pilihan korang yang macam mana korang nak. Maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi LPHP



Pendaftaran & permohonan


Rumah Perakku


Sebelum diterima untuk ditemuduga, korang diwajibkan membuat pendaftaran/permohonan terlebih dahulu di laman web PENDAFTARAN PERUMAHAN NEGERI PERAK. Memang tak dinafikan yang website LPHP ni mobile friendly.


Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang permasalahan ketika pendaftaran, sebaik-baiknya korang mendaftar dengan menggunakan komputer. Selain tu, korang kena pastikan juga yang korang layak & memenuhi syarat-syarat pendaftaran ni :


  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)


Sekiranya korang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, permohonan korang akan ditolak & tidak akan disenaraikan dalam senarai temuduga. Lepas dah isi segala maklumat peribadi, email & kata laluan di bahagian pendaftaran, korang boleh hantar pendaftaran/permohonan korang tu untuk semakan LPHP.



Untuk pengetahuan korang, proses pendaftaran/permohonan ni akan memakan masa lebih kurang 7 hari bekerja. Kadang tu tak tentu. Macam Syu hari tu tak sampai 7 hari pun. Kira cepat jugaklah diorang semak & proses. Sekiranya pendaftaran berjaya, pihak LPHP akan maklumkan kepada korang melalui email & selepas tu barulah korang boleh log in untuk buat pengemaskinian.



Kemaskini Maklumat


Rumah Perakku

Untuk pengemaskinian, korang hanya perlu masukkan kata laluan berdaftar yang korang dah submit semasa pendaftaran/permohonan tadi. Sekiranya ada sebarang perubahan maklumat, korang boleh buat pengemaskinian dari masa ke semasa. Sebaik-baiknya korang buat dua tahun sekali. Kalau korang tak buat kemaskini, kebarangkalian untuk dipanggil temuduga mungkin tipis.




Sesi Temuduga


Rumah Perakku


Sekiranya permohonan korang berjaya, pihak LPHP akan menghantar surat panggilan temuduga ke alamat surat menyurat korang. Di dalam surat tu nanti, akan disenaraikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa, tarikh, tempat & masa temuduga. Berikut Syu senaraikan dokumen-dokumen yang pihak LPHP minta untuk dibawa bersama ketika temuduga tu:


  1. Kad pengenalan suami/isteri & salinan
  2. Sijil nikah/pendaftaran perkahwinan/surat perceraian & salinan
  3. Kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak/tanggungan & salinan
  4. Penyata gaji terkini suami & isteri bagi yang bekerja di sektor awam/swasta & salinan
  5. Surat pengesahan & perakuan pendapatan bulanan pemohon & isteri/suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)/penghulu/pesuruhjaya sumpah sekiranya bekerja sendiri
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) terkini pemohon & isteri/suami
  7. Laporan kredit dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit(AKPK)/laporan CTOS/Bank Negara


Pasal temuduga jangan risau. Temuduganya tak macam korang temuduga SPA 😁. Lebih kepada sembang-sembang & sesi soal jawab santai-santai jer. Masa temuduga nanti pegawai LPHP akan semak dokumen korang, tanya sikit pasal komitmen, latar belakang kerja & status penginapan terkini korang (sewa/duduk dengan keluarga).


Kemudian pegawai tu akan bagitahu lokasi, harga & details rumah yang korang bakal beli. Lepas dah habis dengar dia berceloteh, dia akan beri peluang kepada korang untuk bertanya soalan. Masa ni nanti korang tanyalah puas-puas apa benda yang korang nak tanya.



Secara roughly, apa yang Syu boleh simpulkan. Proses permohonan rumah ni terbahagi kepada beberapa peringkat. Permohonan, temuduga, cabutan undi (nombor rumah) & proses jual beli. Sekiranya bernasib baik & permohonan diterima, korang kena ingat yang rumah tu mestilah didiami, tak boleh dijual/dipajak & tak boleh dibuat disewa mahupun dibuat homestay. Syu harap perkongsian Syu yang panjang lebar ni dapat membantu korang. Sebarang pertanyaan korang boleh drop di ruangan komen/contact form 😊🍎.

Comments

  1. Balasan
    1. Kalau ada saudara mara/kawan-kawan yang duduk di negeri Perak, suruh diorang mohon okey!!πŸ˜‰πŸ’•

      Padam
  2. Perkongsian baik, senang rujuk info sini, terima kasih Syu.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!