Shopee Game Best #1 : Shopee Pets

Disember 15, 2021

Main Shopee Games Di Shopee Prizes ni memang menyeronokkan & ada banyak Shopee Game Best yang korang boleh main kat sana. Kalau korang nak tahu, Shopee Games ni merupakan permainan online di aplikasi Shopee. Sambil-sambil korang cuci mata bershopping, sambil-sambil tu korang boleh gerakkan jari jemari & kembangkan sel-sel otak korang sekali dengan bermain permainan online di aplikasi Shopee😁. Untuk pengetahuan korang lagi, hanya pengguna yang mempunyai akaun berdaftar di Shopee sahaja yang boleh main permainan online ni. Tak ada akaun Shopee tak boleh main yer πŸ˜‰.



Pada yang belum ada akaun Shopee tu korang boleh gunakan KOD RUJUKAN : Syu379 ni masa buat pendaftaran. Bila korang mendaftar dengan kod rujukan ni, korang layak untuk dapat RM10. Duit RM10 tu akan dikreditkan secara automatik ke dalam Shopee wallet dalam tempoh 3 hari bekerja. Pada yang dah ada akaun Shopee, jangan cuba-cuba buat yang baru yer. Nanti tak pasal-pasal kena banned dengan Shopee πŸ˜….



Dalam banyak-banyak permainan online di halaman Shopee Prizes, Syu paling suka main permainan online Shopee Pets ni. Memang ralik gila main. Dah lah comel. Lepas tu senang pula nak mainnya sebab konsep & cara permainannya lebih kurang macam korang main game Pou. Cuma, grafik & features Shopee Pets ni lebih cantik & jauh ke hadapan berbanding game Pou. 


Shopee Pets






CARA MAIN SHOPEE PETS


Di dalam Shopee Pets ni korang ditugaskan untuk menjaga & membesarkan anak ayam korang dengan baik. Bagi makan, mandi & bermain dengan ayam supaya moodnya sentiasa happy & membesar seperti juara . Selain tu, korang kena hantar dia pergi belajar di Universiti Shopee tau 😁.


Shopee Pets


Secara keseluruhannya, terdapat 50 level yang korang kena lalui & pada setiap level yang ke-15, 35 & 50, ayam korang akan berubah rupa bentuk menjadi ayam dewasa😁. By the way, sebelum Syu terlupa. Lepas selesaikan tasks dengan anak ayam, korang jangan lupa guna diamond yang korang ada untuk menebus Shopee Coins atau membuat korang boleh gunakan diamond tu juga untuk membuat pengubahsuaian pada rumah anak ayam korang.



Sebenarnya dalam Shopee Pet ni ada lagi permainan-permainan lain yang korang boleh main. Ia bukan hanya terhad kepada aktiviti menjaga & mendidik anak ayam korang sahaja πŸ˜…. Antara permainan lain yang ada dalam Shopee Pets ni adalah :


  1. Soccer -Sepak bola bagi masuk ke dalam gawang
  2. Trampoline Jump - Lompat menggunakan trampoline setinggi yang boleh
  3. Lari berpagar - Kena lumba lari dengan pemain-pemain Shopee Pets yang lain 
  4. Jawab kuiz - Jawab soalan yang menguji minda tentang pelbagai topik & hiburan semasa
  5. Tangkap note muzik
  6. Cari perbezaan dalam gambar 


Rasanya, cukup setakat inilah Syu cerita pasal permainan online Shopee Pets ni. Untuk entri yang seterusnya, Syu akan cerita pasal Best Shopee Games #2 : Shopee Candy pula. Sekiranya korang berminat nak main Shopee Pets dengan Syu, korang boleh follow Syu punya akaun Shopee : Syu379 atau korang boleh klik pada banner di bawah. Baru seronok kalau dapat main ramai-ramai kan πŸ˜‰πŸŽ? Untuk maklumat lanjut berkenaan Shopee Pets ni korang boleh rujuk SINI.

 

Shopee Pets
Jom join Syu main Shopee Pets sama-sama πŸ‘†

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!