Bulan lepas kalau tak silap Syu, TEXAS Chicken jual menu ayam goreng ala-ala Korea - TEXAS Chicken Ramyeon. Kali ni diorang bawakan kembali menu ayam goreng Glazed Herbs & Garlic 😋. Bila tengok gambar dekat GRABFood memang terliur sungguh dibuatnya. Rupa ayam gorengnya memang tempting gila. Merelit-relit kena glazed dengan herbs & garlic (Dalam hati : Ada aku repeat order lagi ni nanti 😂). Lepas tu, ditambah pula dengan side dishes & air Coca-cola tu. Hurmmm...anda rasa saya ada ke masa untuk diet? 😌
Korang tengoklah. Macam ni punya rupa menu, takkan boleh tak tergoda lagi 😅. |
Kalau ikutkan ada banyak lagi menu-menu special TEXAS Chicken ni sebenarnya. Malah, kebanyakkan perisa, tekstur & rasanya memang memenuhi citarasa tekak orang Malaysia yang berbilang bangsa ni. Kalau korang nak tahu, antara menu-menu special yang TEXAS Chicken pernah perkenalkan adalah :
- Ayam Asam Madu
- Tokyo Chicken
- Fortune Chicken
- Mala Chicken
- Ayam Lada Lapan Bersaudara
- Glazed Herbs & Garlic
- Chicken Ramyeon
[Notes : Di Malaysia, setakat ni ada 7 jenis menu ni sahaja yang Syu dapat kenal pasti. Kalau ada yang lain, Syu akan tambah dari masa ke semasa 😉]
Sejujurnya, kedua-dua flavours TEXAS Chicken ni memang sedap & tak mengecewakan langsung untuk dicuba berkali-kali. Kalau nak tahu, rasa Glazed Herb & Garlic ni lebih menjurus ke arah perisa bawang putih sikit. Rasa pedas memang tak ada langsung & rasa bawang putihnya pun tak terlampau melampau sangat. Syu rasa, orang yang tak berapa minat bawang putih pun boleh menerima. Cuma Glaze Herb & Garlic Biscuit tu tak berapa nak kena rasa dia pada tekak Syu 😅. Kalau Syu, Syu lagi prefer Honey Butter Biscuit sebab gabungan madu & biskut TEXAS Chicken tu memang serasi.
Untuk Ramyeon Chicken pula, rasa dia lebih kurang jer macam ayam Korea yang korang pernah makan ataupun buat sendiri tu. Ada rasa masam, manis, pedas & masin. Cuma rasa umami dia tu macam kuat sikit ada iras-iras ayam 4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo yang Syu makan hari tu. Secara keseluruhan, rasa dia memang sedap & well balance. Ayam pun masih kekal ranggup & tak kembang lepas di salut dengan sos Ramyeon. Yang paling penting, tak masin!! 😋
ATAS KIRI : TEXAS Chicken Glazed Herbs & Garlic. BAWAH KANAN : TEXAS Chicken Ramyeon |
Pernah makan jenis Mala. Betul sedap.
BalasPadamOh ada lagi perisa lain. Masalahnya sini jauh dengan Texas Chicken jadi sekali dapat makan.
Memang nampak sedap dan menyelerakan
BalasPadamsedapnya. tak pernah langsung rasa texas ciken ni.bole try la nanti
BalasPadamSangat menggoda
BalasPadam😋 Kan...
PadamPaling suka honey butter biscuit kt situ..
BalasPadamSama!!Kita pun suka jugak Honey Butter Biscuit tu 😋.
Padammemang puas hati kalau makan di texas ni,ayamnya besar2
BalasPadamBetul!!Memang puas hati sangat. Ayam besar lepas tu sedap pulak tu.Paling suka dia punya Honey Butter Biscuit 😋.
PadamBiskut dia memang favourite juga!
BalasPadam