Uqasha & Kamal Adli : Sudah Sebulan Disatukan

Disember 07, 2021

 Uqasha Senrose & Kamal Adli Nikah


Ujung pandang banyak bertemu
Tepi laut langitnya biru
Dipandang-pandang tiada jemu
Alangkah serasi pengantin baru


Tahniah buat pasangan merpati sejoli ni. Dah selamat bernikah rupanya 5 November lepas. Dengar khabarnya diorang berdua ni sepatutnya disatukan pada Jun lepas. Tapi disebabkan PKP, pernikahan diorang terpaksa ditangguhkan. Semalam diorang hadir ke PC (Press conference) bagi menjawab teka-teki pasal pernikahan diorang. Apa-apa pun barakallah buat kedua-dua pasangan.



By the way, suka sangat tengok baju pengantin yang Rizman Ruzaini reka. Memang cantik sangat. Tambah-tambah baju pengantin yang warna biru tu. Rizman kata baju pengantin tu diinspirasikan dari busana Cik Siti Wan Kembang. Memang terbaiklah. Hasilnya memang tak pernah mengecewakan. 


Busana Cik Siti Wan Kembang
Gambaran busana Cik Siti Wan Kembang yang menjadi sumber inspirasi kepada terciptanya busana pengantin Uqasha Sensrose.

Comments

  1. Suka tgk baju songket dia... cantek gilaaa!!

    BalasPadam
  2. sesenyap je dah sah ya... tak de pulak netizen yang dapat hidu... kalau tak musti dah kecoh

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!