Disember 31, 2022
Azam Tahun Baru Paling Popular
SUMBER FOTO : Shutterstock |
AZAM TAHUN BARU PALING POPULAR | Tinggal beberapa jam saja lagi. Korang dah ready ke nak masuk tahun baru π? Syu yakin. Mesti ramai yang dah list down azam tahun baru yang bakal korang capai tahun depan.
Apa itu azam tahun baru?
Azam tahun baru atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil new year resolutions merujuk kepada matlamat/kemahuan/keinginan yang ingin dicapai. Samada untuk jangka panjang mahupun jangka masa pendek. Bergantung pada status pencapaian.
Kalau azam tahun baru yang dah diset masih lagi belum tercapai. Maka, azam tersebut akan di carry forward ke tahun yang seterusnya. Sampai tahun bila? Yang ini kena tanya pada diri sendiri π€.
Azam tahun baru paling popular
Kebiasaannya, azam tahun baru banyak menyentuh aspek kesihatan, kewangan, self rewards, ibadah, perubahan sikap/tabiat, kerjaya & juga inisatif untuk tingkatkan taraf hidup.
Kalau korang nak tahu, ini antara azam tahun baru popular yang selalu ada dalam senarai.
1) Diet
2) Berhenti merokok
3) Tamatkan zaman bujang
4) Tukar kerjaya
5) Beli rumah
6) Perbaiki diri
7) Berjimat cermat & buat simpanan
8) Pergi melancong
9) Langsaikan hutang
10) Tingkatkan kualiti & amal ibadah
Walau apa pun azam atau resolusi tahun baru korang, Syu ucapkan semoga berjaya! - Tuju dekat diri sendiri juga π. Cuma satu perkara korang kena ingat. Tahun baru bukan sahaja masa untuk korang ‘refresh’ diri korang. Pada masa yang sama, untuk korang buka ‘buku baru’ & pandang terus ke hadapan.
Perkara yang lepas biarkan berlalu. Tak payah nak toleh-toleh belakang dah. Mana yang kurang cuba perbaiki. Yang buruk jadikan pengajaran & sempadan. Selain itu, belajar juga untuk reset diri supaya kekal positif.
Jangan serabutkan fikiran untuk capai target. Just follow the flow saja. Mungkin kita rasa aturan kita dah cantik. Tapi, yang pasti, perancangan Allah lagi maha terbaik.
Disember 26, 2022
Wall's Mochi Chocolate & Vanilla : Sedap Sangat Ke?
Aiskrim import dari negara jiran rupanya. Patutlah susah nak nampak bayang π
. |
Aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni, sikit punya susah nak jumpa masa dia mula-mula keluar dulu. Almaklumlah, pantang diviralkan mesti lesap dari pandangan. Sama macam aiskrim Nestle Mochi Boba yang lagi satu tu. Baru ini nampak penuh dalam peti ais π .
Kalau tidak, memanjang saja tak ada dalam freezer. Alang-alang dah nampak. Kita cuba rasa dalam beberapa peket - Sepeket harga RM2. Nak tahu juga. Sedap sangat ke aiskrim ni sampai licin tak nampak bayang dalam freezer π?
Sedap ke aiskrimya?
Sedaplah juga aiskrimnya. Masih boleh diterima tekak. Cuma, tak boleh lawan Wall's Mochi Durian yang Syu makan hari tu. Pada Syu flavour yang ada pada aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni biasa-biasa saja. Mungkin sebab Syu dah familiar sangat dengan aiskrim perisa coklat & vanila agaknya π . Jadi, tekak macam dah terbiasa.
Macan inilah rupa isi dalamnya π. |
Disember 25, 2022
Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor
Sedap ke mentarang ni? Seumur hidup tak pernah langsung makan mentarang. Baru ini kali pertama Syu cuba π. Selama hari dok lalu jalan Sekinchan, kerap juga terpandang orang berjual mentarang ni. Tapi, tak pernah teringin pula nak cuba makan.
Berapa harga sekilo mentarang?
Walaupun Syu bukan peminat mentarang, tapi Syu ambil pusing juga pasal perkembangan harganya dari semasa ke semasa. Pada Syu, harga mentarang hari ni agak pricey jugalah sebenarnya.
Dahulu, masih boleh dapat lagi harga mentarangnya dalam RM8/kilo. Sekarang tak dapat dah ya. Harganya kini dah cecah RM40 ke RM50 sekilo π . Bergantung kepada saiz mentarang.
Inilah rupa mentarangnya. Yang ini gred A. Saiznya besar sikit. RM24 untuk ½ kilo. |
Dengar cerita, spesis mentarang ni dah tak berapa nak ada dah di daerah Sekinchan ni - Mentarang makin pupus. Stok pun agak terhad & susah nak dapat. Jadi, mungkin sebab itulah harganya makin hari makin mahal.
Lagipun, proses nak mencari mentarang ni bukannya mudah. Sebab mentarang ni kulitnya lembut. Duduknya pula dalam pantai berselut π. Sekor-sekor nak kena cari pakai tangan bila air laut dah surut. Makan masa & agak berisiko juga sebenarnya.
Cuba mentarang di Din Mentarang Bakar 2
Berdasarkan rating orang ramai di Google review. Di daerah Sekinchan ni, mentarang di gerai Faridah Mentarang Bakar antara yang paling famous & selalu mendapat sambutan. Pengunjung yang datang bertandang jangan cakaplah. Boleh tahan ramai juga! Kalau lalu depan kedai bersusun kereta π .
Kedainya dari luar nampak biasa saja. Tapi, masakannya sedap. |
Niat asal memang nak cuba masakan mentarang di Faridah Mentarang Bakar nun. Tapi, ramai pula orang dekat sana. Jadi, kita batalkan niat & singgah ke satu lagi gerai yang ada jual makanan laut eksotik ni. Iaitu di Din Mentarang Bakar 2.
Walaupun, kedai ni nampak biasa & agak underrated. Tapi, rasa masakannya memang sedap. Especially mentarang masak lemak cili api. Cuma pilihan makanan laut di kedai Din Mentarang Bakar 2 ni terhad kepada mentarang & belut sahaja - Kita tak makan belut masalahnya π. Stok belangkas pun tak ada. Mungkin ikut musim agaknya.
Mentarang sedap masak apa?
Nampak macam banyak. Tapi bila dah cicah dengan sambal belacan terus jadi tak cukup π. |
Pada Syu, mentarang ni sedap bila dibakar & dibuat masak lemak cili api. Actually, mentarang celup tepung pun sedap juga. Tapi, kalau betul-betul nak rasa keaslian mentarang yang sebenar. Mentarang bakar is the best choice! Nak-nak bila di cicah dengan sambal belacan ππ.
Sebab apa? Bila mentarang ni dimasak secara bakar. Korang dapat rasa kesegaran & kemanisan asli isi mentarang tu sendiri. Ditambah pula dengan rasa smoky bakar-bakar tuπ. Jadi, pada yang baru nak merasa makan mentarang. Nasihat Syu, pilih cara masakan yang simple sahaja.
Yang ni mentarang gred A. Besar sikit saiznya. |
Mentarang bakar cicah sambal belacan ni memang padu π. |
Mentarang masak lemak cili apinya sedap π. |
Avatar The Way of Water [2022]
SUMBER FOTO : WDW News Today |
Genre :
13 tahun tunggu filem Avatar ni keluar panggung. Akhirnya! Keluar juga. Kalau korang nak tahu, filem Avatar The Way of Water terbitan Walt Disney Pictures ni mula ditayangkan pada 13 Disember 2022 & ia merupakan sekuel filem Avatar yang telah diterbitkan pada tahun 2009.
Filem yang menelan belanja RM1.5 bilion ni memang sangat colorful & penuh dengan imaginasi. Kemudian disuntik pula dengan elemen aksi & kekeluargaan. Sekaligus menjadikan filem ni bertambah menarik. Tak banyak plot twist & senang nak digest jalan ceritanya. Teknik CGI yang digunakan jangan cakaplah. Memang luar biasa! – Menyesal pula tak tengok versi IMAX 3D π.
Colonel Miles hidup lagi rupanya!
Di dalam filem Avatar The Way of Water kali ini, Jake Sully bersama keluarganya hidup dalam pelarian disebabkan niat jahat orang langit yang ingin menakluk Pandora & dendam Colonel Miles. Kalau ikutkan, Colonel Miles ni dah mati dah sebenarnya dalam filem Avatar yang lepas. Tapi, dia dihidupkan kembali dengan sisa memorinya yang ada ke dalam klon Na'vi-nya π.
Ketua puak Metkayina, Tonowari. |
Demi menyelamatkan isteri & anak-anaknya dari menjadi buruan orang langit & Colonel Miles. Jake Sully sanggup melepaskan jawatannya sebagai ketua puak Omaticaya & gelaran Toruk Makto yang dipegangnya selama hari ni kepada orang lain. Kemudian membawa dirinya bersama keluarga menyembunyikan diri jauh ke Selatan Pandora untuk meminta perlindungan dari puak Metkayina.
Pada awalnya Jake Sully & keluarga tidak diterima baik oleh puak tersebut. Tapi, atas dasar ehsan & rasa hormat Tonowari kepada Jake Sully. Dia membenarkannya untuk tinggal bersama puak Metkayina. Dengan syarat, Jake Sully & keluarga belajar beradaptasi dengan suasana & cara hidup puaknya. Nak tahu apa jadi lepas tu? Korang kena tengok sendiri filemnya di pawagam yang berdekatan dengan korang. Tak syoklah spill the tea dekat sini π.
Pada Syu, ianya satu penantian yang sangat berbaloi. Sebab jalan cerita filem Avatar kali ni memang epik & luar biasa. Penuh aksi, fantasi & sedikit sebanyak ada bermain dengan emosi juga sebenarnya. Meleleh jugalah air mata Syu tengok scene yang penghabisan tu. Tak sia-sia tunggu bertahun-tahun filem terbitan James Cameron ni π.
Walaupun ada sedikit plot hole dalam filem Avatar The Way of Water ni. Tapi Syu abaikan saja. Sebab pada Syu, James Cameron & krewnya dah letakkan effort yang sangat tinggi pada sekuel Avatar kali ini. Bukan mudah ya nak buat filem yang macam ni. Syu sendiri pun tak ada kegigihan & bakat macam James Cameron. Next, kita tunggu filem Alita pula. Filem ni pun antara filem yang Syu tunggu-tunggu juga sebenarnya.
Disember 09, 2022
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH | Bila datang ke Ipoh, jangan lepaskan peluang jejakkan kaki ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Tempatnya memang cantik & sangat memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini. Penuh kehijauan. Seimbang dengan elemen flora & fauna.
Bekas Tapak Lombong
Kalau korang nak tahu. Taman Rekreasi Gunung Lang ni sebenarnya merupakan bekas tapak lombong yang kaya dengan hasil biji timah. Sumber berharga ini telah mula diterokai hasilnya sejak tahun 1918.
Kemudian pada awal tahun 20-an, tapak bekas lombong ni tidak lagi digunakan untuk aktiviti perlombongan. Sebaliknya, ia dibangun & dikomersialkan menjadi salah satu produk geopelancongan yang kini popular di Negeri Perak.
Penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang π. |
Taman rekreasi seluas 75 ekar ni dikelilingi oleh bukit batu kapur & diliputi oleh tasik yang seakan-akan kehijauan airnya. Di dalam tasik ni pula kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Contoh macam ikan patin ni. Ikannya memang besar-besar belaka. Seram pula nak dibuat makan π.
Besar-besar ikannya. Takut kita π. |
Tarikan menarik
Hidden gems Taman Rekreasi Gunung Lang ni ada di seberang tasik. Nak pergi ke sana, korang kena menyeberang menaiki bot khas yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ni.
Wajib naik bot. Baru boleh tengok apa ada dekat seberang lombong nun π. |
Actually, dari jeti nak ke seberang tasik tak lama mana pun. Cuma makan masa dalam 3 minit saja. Sambil-sambil menunggu bot, sementara tu bolehlah bagi ikan dalam lombong ni makan. Makanan ikannya ada dijual di kiosk berhampiran - RM1 sebungkus π.
Harga tiket bot & waktu operasi
Tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh dibeli di kaunter tiket berhampiran pintu masuk. Harga tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang tersangatlah murah.
Untuk pergi & balik, cuma RM1.50/pax sahaja dikenakan untuk pengunjung kanak-kanak & warga emas. Manakala, RM3.00/pax dikenakan kepada pengunjung dewasa. Murah kan?
Warna hijau penyejuk mata & penenang fikiran ππ. |
Untuk makluman korang, taman rekreasi ni dibuka kepada pengunjung setiap hari Isnin hingga Ahad (Termasuk cuti umum) seawal jam 8 pagi. Cuma waktu operasinya ada sedikit berbeza pada hari Jumaat, hujung minggu & juga cuti umum.
Luas & santai
Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang lokasi yang sangat sesuai untuk beriadah & luangkan masa bersama keluarga. Tempatnya memang luas & santai. Ada taman permainan, mini zoo, rumah tradisional & sarat dengan port bergambar.
Tempatnya luas. Berkicap juga nak jalan satu taman π. |
Dulu ada burung merak. Tak tahu ke mana perginya π . |
Actually, nak berpiknik dekat sini pun boleh. Sebab tempatnya redup & banyak pokok-pokok untuk dijadikan teduhan. Cuma korang kena berhati-hati sikit dengan monyet. Takut ada adegan rampas merampas makanan pula nanti π€.
Nak bergambar dekat rumah tradisional yang dekat sebelah nun. Tapi ramai orang pula π
. |
Pada Syu, memang satu kerugian besar kalau tak singgah ke sini bila datang bercuti di Ipoh. Sebab Taman Rekreasi Gunung Lang ni antara salah satu lokasi budget untuk korang kunjungi.
November 30, 2022
Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher
Roti, kek & muffin pun ada dijual kat sini π. |
Kopi Jalanan dekat Tambun sana Syu dah cuba. Kopi candu Station 18 pun dah perkena. Kali ni kita try Zus Coffee pula. Nak tahu juga mengancam ke tidak rasa kopinya π€. Sebab ramai yang kata kopinya sedap.
Memandangkan Zus Coffee ada buat promosi BUY1FREE1. Maka, kita gigihkan diri download aplikasinya di Playstore - Nak minum kopi percuma kenalah usaha sikit kan? Nanti tak merasa π.
Iced Caramel Machiato untuk Syu & Salted Caramel FrappΓ© untuk encik suami π. |
Actually, ini baru pertama kali Syu cuba air kopi dari Zus Coffee ni. Jadi, kita pesan air yang kita familiar & biasa minum saja. Nanti beli perisa yang pelik-pelik, takut kecewa pula π.
Seperti biasa. Kopi untuk encik suami, Syu ordered FrappΓ© yang ada Salted Caramel. Untuk Syu pula, semestinya Iced Caramel Machiato π.
Macam mana nak order?
Pada yang pertama kali nak cuba Zus Coffee. Korang layak untuk claim voucher promosi BUY1FREE1. Dengan syarat korang buat pesanan menggunakan aplikasi Zus Coffee.
Actually, senang saja nak buat pesanan & claim voucher percuma di aplikasi Zeus Coffee ni. Hanya perlu :
- Download aplikasi Zus Coffee
- Daftar akaun
- Follow 3 langkah mudah ni untuk buat pesanan & claim voucher
LANGKAH 1 : Pilih lokasi Zus Coffee yang berhampiran |
LANGKAH 2 : Pilih menu pilihan korang & tambah ke troli pembelian |
LANGKAH 3 : Masukkan kod voucher & buat pembayaran |
Selesai submit order, korang terus boleh datang pickup & enjoy korang punya kopi. Tak payah susah-susah beratur panjang lagi. Senang kan? Servisnya pun boleh tahan pantas juga ππ.
Pada Syu, aplikasi Zus Coffee ni sangat mesra pengguna & tak lokek dengan rewards - Kena rajin login & collect points π€. Jadi, buat pengemar kopi. Tunggu apa lagi? Jom kita mengopi!
Pada yang tak suka kopi. Jangan risau. Korang masih boleh pilih minuman yang lain. Sebab menu di Zus Coffee ni tak terhad kepada menu berunsurkan kopi sahaja. Di Zus Coffee ada juga minuman yang berunsurkan teh, buahan-buahan & juga coklat.
November 27, 2022
Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? π€
Tak tahu nak ke mana lagi bila dah sampai Ipoh? Korang boleh singgah di salah satu Ipoh Heritage Trail ni. Concubine Lane nama tempatnya. Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Pekan Lama Ipoh & dibuka kepada pengunjung seawal 7 pagi.
Sejarah Concubine Lane
Concubine Lane atau dalam bahasa Melayu-nya kita panggil "Lorong Gundik" ni sebenarnya merupakan rumah warisan tinggalan Imigran Cina. Rumah-rumah ni telah wujud sejak tahun 1908 lagi.
Waktu ni tak ramai orang. Sebab Syu datang masa hari bekerja π. |
Suatu ketika dahulu, lorong ini terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian & rumah pelacuran. Malah, lorong ni juga dijadikan tempat taikun-taikun Cina menyimpan perempuan simpanan/gundik & isteri kedua.
Kini, lorong ni telah diberi nafas baru & ianya bebas dari sebarang aktiviti tidak bermoral. Malah, ia dibuka kepada pelancong dengan pelbagai tarikan yang menarik.
Apa yang menarik di Concubine Lane?
Waktu hujung minggu, Concubine Lane ni memang sarat dengan pengunjung. Jadi, kalau nak datang ke sini, sebaiknya korang datang awal atau datang pada hari biasa. Kalau tak, memang stuck korang dekat dalam lorong ni π.
Rambang mata bila masuk ke sini tau π. |
Selain Pasar Karat Loken, Concubine Lane ni juga antara TARIKAN UTAMA pengunjung-pengunjung yang datang ke Ipoh. Kalau korang nak tahu, lorong sepanjang 100m ni menempatkan pelbagai kedai cenderahati, street foods, kafe, kedai pakaian & aksesori. Antara tarikan menarik yang ada di sini :
1) Blue sand museum
Bila korang masuk ke Concubine Lane, korang akan nampak ada seekor dinosaur terpacak dekat satu kedai ni. Blue Sand Museum namanya. Kedai ni jual barangan cenderamata - Mostly keychain. Yang uniknya, keychain-nya dibuat dari sejenis pasir yang boleh glow in the dark. Memang cantik! ππ
Jangan lupa singgah ke Blue Sand Museum ni. Masuk percuma π. |
2) Platform 9½ Cafe
Platform 9½ Cafe yang diinspirasi dari filem bersiri Harry Potter ni antara tarikan menarik yang ada di Concubine Lane ni. Tempatnya cantik & mesra foto juga. Pada yang suka bergambar tu memang sesuai sangatlah pilih kafe ni. Cuma Syu tak berapa pasti samada kafe ni berstatus halal atau tidak π .
3) Roti bakar pelangi KUMA
Dengar cerita, KUMA ni famous dengan roti bakar pelanginya. Tapi, Syu tak berani nak beli. Sebab tak pasti halal ke tidak π.
Macam sedap. Tapi, tak berani nak cuba π. |
4) Bahulu Rose Hill @ Laksa-Mana
Kuih bahulu kalau makan panas-panas memang sedap kan? Nak-nak kena bahulu yang gebu, lembut & sedap. Manis pun sedang-sedang saja. Dekat Concubine Lane ni ada satu kedai jual kuih bahulu panas-panas. Kedainya betul-betul depan Laksa-Mana. Bahulu Rose's Hill namanya. Pada Syu, memang tak rugi beli. Sebab bahulunya memang sedap. Beli sikit confirm tak cukup π.
Makan sebiji terus rasa tak cukup. Sanggup patah balik beli satu container terus π. |
Actually, ada banyak lagi tempat menarik di Concubine Lane ni. Cuma Syu tak sempat nak explore habis. Yang pasti, dalam bab makan korang sendiri kena pandai pilih. Sebab kebanyakkan yang berjual di sini mostly peniaganya bukan muslim.
Jadi, sebelum nak beli & makan. Teliti & selidik dulu betul-betul samada halal atau tidak. Even pork free & alcohol free pun belum tentu 100% meyakinkan π
. Apa-apa pun tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya selera ya. Kalau ikut selera memang on saja.
November 20, 2022
Bay YanlΔ±Ε [2021]
Genre :
Tahun 2017 yang lalu diorang berdua pegang watak Nazli & Ferit dalam drama bersiri bertajuk Dolunay. Kali ni sekali lagi!! Pasangan ni digandingkan bersama untuk drama yang bertajuk Bay YanlΔ±Ε (Mr.Wrong). Suka tau bila diorang berdua ni berlakon. Seorang cantik & seorang lagi kacak. Memang sama padan bila digandingkan bersama. Watak yang dimainkan pun nampak hidup & bersahaja.
Untuk drama bersiri Bay Yanlis kali ni. Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Ezgi yang terlampau desperate nak kan pasangan dalam hidup. Selepas ditinggalkan kekasihnya. Dia terpaksa membawa dirinya untuk tinggal di tempat yang baru supaya dia dapat melupakan segala kesedihannya. Bermula dari situlah dia mula berkenalan dengan jejaka bernama Ozgur yang juga merupakan jiran sebelah rumahnya.
Nak dijadikan cerita. Ahli keluarga Ozgur sedang berusaha mencari pasangan hidup untuknya. Malangnya, Ozgur masih belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Jadi, dia berpakat dengan Ezgi untuk berpura-pura menjadi pasangan kekasihnya.
Dari situ hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat & bibit-bibit cinta pun mula berputik. Tapi, lama kelamaan tembelang Ozgur & Ezgir ni pecah. Jadi kedua-dua belah keluarga Ozgur & Ezgir tak merestui hubungan diaorang berdua. Nak tahu sejauh mana mana hubungan Ozgur & Ezgir ni berakhir. Korang kena tonton sendiri drama ni sampai habis/ Sejujurnya, drama ni memang best ππ!
November 19, 2022
Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog
Kehabisan idea nak tulis blog macam Syu π
? Jom kita pakat ramai-ramai sertai giveaway anjuran
blogger Syazni Rahim ni. Syarat penyertaannya mudah sahaja & terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
SYARAT PENYERTAAN
- CREATE ENTRI bertajuk "Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog"
- COPY & PASTE banner giveaway pada blog
- BACKLINK banner ke entri giveaway
- Jangan lupa TINGGALKAN link penyertaan di ruangan komen pada entri giveaway
Nak tahu lebih lanjut lagi pasal giveaway ni. Korang boleh klik pada banner. Untuk makluman korang. 3 pemenang yang bertuah akan dipilih secara UNDIAN RAWAK & bakal menerima hadiah MISTERI. Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Pada yang dah sertai - ALL THE BEST! ππ
November 18, 2022
Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis Panduan Keluar Mengundi PRU15
Esok PRU15. Seluruh rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin Malaysia yang baharu. Tapi, mesti ada yang masih tertanya-tanya. Boleh ke individu yang dijangkiti Covid-19 keluar mengundi? π€
Jangan risau. Penggundi yang dijangkiti Covid-19 DIBENARKAN untuk keluar mengundi. Cuma ada beberapa senarai semak & garis panduan yang perlu dipatuhi.
Bagi mengelak berlakunya penularan, sebaiknya ikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Walaupun dikhabarkan tiada laluan khas disediakan buat pengundi-pengundi yang dijangkiti Covid-19 ketika PRU15 nanti. Kawalan kendiri mesti terus kekal diamalkan. Baik yang positif Covid-19 mahupun negatif.
Senarai semak pengundi positif Covid-19
Bagi pengundi yang positif Covid-19. Berikut senarai semak yang perlu dipatuhi sebelum keluar mengundi.
Garis panduan pembuangan undi
November 17, 2022
Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa π
Kemarin masa di tempat kerja, badan dah mula rasa tak sedap. Tekak rasa merenyam-renyam sangat. Ditambah pula dengan batuk. Jenuh jugalah kemam gula-gula Hacks semata-mata nak bagi lega. Tapi malangnya, tetap tak jalan juga.
Pada awalnyanya, Syu ingat batuk & sakit tekak biasa. Jadi, kita pun buat don't know sajalah. Sebab pagi sebelum pergi kerja tu, Syu dah siap-siap buat self-test. Result-nya pun negatif. Lepas balik kerja. Cuba buat self-test untuk kali kedua.Masih negatif juga result-nya.
Syu rasa macam tak logiklah pula. Sebab encik suami dah disahkan positif. Mungkin belum sampai masanya lagi gamaknya. Tunggu punya tunggu. Malam tu baru kena teruk. Pakej sekali demam & sakit sendi lagi. Subuh semalam, sebelum solat terus Syu buat self-test untuk kali yang ke-3. Tak ada gosok gigi bagai. Memang air liur basi pure Syu guna buat test π. Akhirnya, inilah hasilnya.
Jelas, nyata & terang double line-nya π |
Terang berderang line-nya kome. Nampak gayanya, tak dapatlah nak join buang undi time PRU15 ni nanti. Bila dah disahkan positif. Nak tak nak, kenalah update status dekat aplikasi MySejahtera - Terpaksa install balik sebab dah buang dah aplikasinya π. Lepas tu Syu inform juga dekat kawan-kawan HR yang lain. Supaya diaorang tahu yang Syu boleh kembali bertugas lepas habis kuarantin.
Breakfat pagi ni pun hanya mampu makan beberapa sudu saja. Tak lalu nak menelan π |
Semalam, memang sehari suntuk tak mampu nak sentuh apa-apa langsung. Sebab memang dah tak larat sangat. Habis semua sendi-sendi ditangkapnya. Kepala pun sakit. Betul-betul mampu bangun untuk mandi, solat & makan saja. Itupun Syu paksa. Rumah jangan cakaplah. Memang Syu lantakkan saja bersepah. Nanti dah sihat baru kita buat deep cleaning.
Tolak tawaran jadi petugas SPR
Sehari sebelum positif Covid-19. Actually, nama Syu dah masuk dah dalam senarai petugas SPR untuk pusat mengundi di Tambun. Just tunggu masa untuk attend taklimat saja lagi. Malangnya, terpaksa tolak offer tu di saat-saat akhir sebab dah disahkan positif. Hasrat nak buat duit tepi kononnya. Tapi, apa boleh buat. Aturan Allah lagi maha hebat. Jadi, anggap saja rezeki tak menyebelahi Syu.
Keluar mengundi ke PRU15 ni?
Pengundi yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan keluar mengundi sebenarnya. Pihak KKM pun dah keluarkan garis panduan untuk memudahkan orang yang dijangkiti Covid-19 macam Syu ni pergi keluar membuang undi. Cuma Syu sendiri yang tak berani nak ambil risiko. Bukan apa, nanti tak pasal-pasal ada pula kena jangkitan.
SUMBER FOTO : Bear Witness |
Lagipun, bila dah kena Covid-19 ni. Bukannya lalu nak ke sana ke mari. Even nak pergi ke tandas pun kepala dah berpinar-pinar. Inikan pula nak pergi berbaris & tunggu turn mengundi. Dengar cerita, tiada laluan khas disediakan untuk pengundi yang dijangkiti. Mangkor kome!
Jadi, pada yang berpeluang keluar mengundi tu. Undilah dengan bijak ya. Syu hanya mampu tunggu keputusan saja dekat rumah. Tak pun tengok keadaan macam mana. Kalau Syu larat, Syu keluarlah sekejap pergi buang undi π.
November 14, 2022
18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15
Seperti yang ditunggu-tunggu. Akhirnya! Diumumkan juga cuti umum pada 18 & 19 haribulan November ni. Bukan apa, kita yang kerja bahagian Human Resource (HR) ni jadi runsing nak menjawab pertanyaan-pertanyaan staff & operator pasal cuti PRU15 yang bakal tiba tak lama lagi. Nak-nak kita yang swasta ni ada yang kerja full day pada hari Sabtu.
SUMBER FOTO : BBC News |
Semasa kerajaan umumkan hari Sabtu sebagai hari membuang undi. Kami-kami yang duduk dalam HR Department ni jadi serba tak kena dibuatnya. Kalau ikutkan ramai juga yang berhajat nak mohon cuti tahunan & cuti tanpa gaji. Tapi, kalau dirujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ianya salah disisi undang-undang sekiranya majikan tolak cuti & gaji pekerja pada hari mengundi π.
Runsing memikirkannya. Nak dibagi cuti ke atau dibagi pelepasan. Replacement? Sah-sah diaorang
tak nak punya. Andai dibagi pelepasan untuk keluar mengundi. Yang
mengundi di luar negeri macam mana pula? Sempat ke nak balik mengundi π
. Kalau ke luar daerah mungkin sempat.
Selain cuti umum. Ada juga berita gembira lain diselitkan buat penjawat awam & pengguna lebuhraya. |
Bila tadi kerajaan umumkan 18 & 19 haribulan November tu cuti umum. Maka,
hilanglah segala kegusaran & kepeningan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang
ke kampung mengundi. Termasuk juga kami-kami yang HR ni. Lapang dada terus dibuatnya. Harap-harap diganjakkan terus cutinya sampai ke hari
Isnin sebagai tanda kemenangan parti pemimpin Malaysia yang baru nanti π. Dapat cuti panjang sikit.
November 13, 2022
Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak
Beberapa bulan yang lepas ada dapat jemputan dari biras Syu. Adiknya nak kahwin katanya. Tapi, jemputan pakai mulut sajalah masa tu. Awal-awal dah dipesannya kami laki bini apply cuti π .
Dah convert jadi GIF. So tak ada lagu π€. |
Sebulan sebelum majlis resepsi, biras Syu ada hantar video kad jemputan melalui WhatsApp. Memang cantik kad jemputannya. Siap ada background music lagi.
Memang jauh berbeza dengan kad jemputan kita dulu-dulu. Lepas dah tempah kena tulis nama & letak dalam sampul surat satu-satu. Lepas tu baru bagi by hand pada jemputan.
Nampak macam renyah. Tapi, sebenarnya ia satu nostalgia. Mungkin lepas ni takkan ada lagi kad jemputan bercetak. Almaklumlah, ikut peredaran zaman π.
Banyak barang pemakan
Nama pun kenduri kan. Dah sah-sahlah banyak pilihan makanan. Dari menu pembuka selera, main course sampailah ke pencuci mulut. Memang cukup lengkap. Cuma lalu dengan lalu saja nak sumbat dalam perut π.
Dah lama juga tak perkena nasi kenduri ni π. |
Tadi, masa dekat rumah pengantin perempuan. Syu mampu makan nasi minyak dengan laksa saja. Menu-menu selingan yang lain memang tak mampu nak jamah dah. Sebab dah terlampau kenyang.
Jadi, nak tak nak terpaksalah kita surrender lebih awal π³️. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kedua pasangan. Semoga bahagia berkekalan hingga ke jannahπ€²π». Esok kita pergi bertandang rumah pengantin lelaki pula.
Sempat ambil gambar orang saja. Gambar sendiri tak sempat nak ambil π. |
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "Ψ¨ِΨ³ْΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ِ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩْΩ ِ" Untuk Entri Blog
- Apa Yang Menarik Tentang Perayaan Kuih Bulan?
- 10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Membuat Tapai
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
ARCHIVE
-
▼
2022
(157)
-
►
November
(15)
- Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher
- Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? π€
- Bay YanlΔ±Ε [2021]
- Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog
- Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis ...
- Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa π
- Doa Ketika Sakit
- 18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15
- Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak
-
►
November
(15)